 |
| Menu |
 |
|
 |
| Find Us on Facebook |
 |
|
 |
| Web Activity Calendar |
 |
 |
| « February 2012 » |
|---|
| | | | | | |
|---|
| | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | | 27 | 28 | 29 | |
|
 |
|
 |
 |
| Top| Random | Latest News |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: faridkl | 13-12-2010, 16:01 | Views: 89 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Pembinaan Kapal Titanic merupakan kapal penumpang kepunyaan White Star Line, dibina di limbungan Harland and Wolff di Belfast, Ireland. Kapal ini direka untuk menyaingi kapal milik syarikat Cunard Line iaitu Lusitania dan Mauretania.
Titanic, bersama kapal saudaranya kelas-Olympic, Olympic dan yang akan dibina Britannic, pada asalnya dinamakan Gigantic yang bertujuan untuk menjadi kapal paling mewah dan terbesar yang pernah dibina.
Pembinaan RMS Titanic dibiayai oleh hartawan Amerika, J.P. Morgan dan syarikatnya International Mercantile Marine Co., bermula pada 31 Mac 1909. Badan kapal Titanic dilancarkan pada 31 Mei 1911, dan kelengkapan dalaman disiapkan pada 31 Mac tahun berikutnya.
Titanic mempunyai ukukran sepanjang 269 meter (882 kaki 9 inci) dan 28 meter (92 kaki 6 inci) lebar, seberat 46,328 tan kasar, dan ketinggian dari paras air ke geladak setinggi 18 meter (60 kaki). Walaupun ia melitupi lebih banyak ruang dan dengan tan kasar yang lebih, badan kapal Titanic adalah sama panjang dengan kapal Olympic. Titanic dilengkapi dengan dua enjin bersetentangan empat silinder, tiga pembesaran, enjin wap terbalik dan satu turbin Parsons bertekanan rendah yang menggerakkan tiga kipas.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: faridkl | 13-12-2010, 14:40 | Views: 59 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
PADA 1573, seorang lelaki Perancis, Gilles Garnier dibakar hidup-hidup selepas lebih 50 saksi melihat dia mengoyak badan kanak-kanak dan memakan daging manusia yang dibunuhnya.
Garnier mengaku dia membunuh dan memakan daging lebih empat kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana dia adalah serigala jadian. Menurutnya, dia memperoleh keupayaan untuk bertukar daripada manusia kepada raksasa serigala selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malam.
Syaitan itu memberi krim magis yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak-kanak serta memakan daging mangsanya itu. Bagaimanapun, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya yang sedang melakukan perbuatan berkenaan.
Kira-kira 31 tahun kemudian, kes sama turut berulang di Perancis. Seorang remaja, Jean Grenier, 13, mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian.
Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan memakan kanak-kanak. Grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: faridkl | 13-12-2010, 14:34 | Views: 57 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Oleh Jamhariah Jaafar
RAKYAT tempatan terutama generasi selepas merdeka sudah pasti tidak meletak sebarang keistimewaan kepada tarikh 16 Jun, walaupun mata pelajaran Sejarah Tingkatan 3 ada mencatat tarikh berkenaan dan peristiwa yang tercetus pada hari terbabit 61 tahun lalu.
Tanggal 16 Jun 1948 adalah hari bermulanya komunis Tanah Melayu mengganas tanpa ampun dan Kerajaan British ketika itu, menjalankan gerak gempur secara habis-habisan dengan mengisytiharkan darurat di bumi tercinta ini.
Pada pagi hari malang 61 tahun lalu itu, pengganas komunis menyerbu ke Estet Elpil, di Sungai Siput, Perak, dan tanpa teragak-agak menembak mati pengurusnya, Arthur E Walker, 50.
Pada masa sama, satu kumpulan lain menyerang ladang getah bersebelahan dengan membunuh pembantu pengurus, Ian Deare Christian, yang baru berusia 21 tahun, sebelum menembak mati pengurusnya, John Mun Allison.
Tiga tragedi pada pagi itu bukan saja mengejutkan penghuni ladang getah, bukan saja di Perak bahkan ke seluruh ladang di Tanah Melayu, yang hampir semuanya milik Inggeris dan ia dilihat sebagai kempen keganasan komunis yang memang sengaja disasarkan kepada bangsa British yang berada di tanah air ketika itu.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: Tok Dalik | 13-12-2010, 11:30 | Views: 22 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Pahang
Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng.
Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur. Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang.
Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Tembeling. Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu Mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu. Dari Pokok Mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu.Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan.Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: bokmiah | 23-11-2010, 18:20 | Views: 73 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Kekadang, terdapat sesetengah fakta yang agak pelik untuk kita menerimanya. Fakta-fakta tersebut langsung bercanggah dengan hakikat yang sebenarnya. Tetapi fakta tetap fakta, ia tidak akan menjadi auta. Antara anda setuju atau tidak, ia tidak penting tetapi yang penting, anda wajib menerimanya. Sebab? Ia adalah fakta!
1. Sebelum Peristiwa Parti Teh Boston(Boston Tea Party) pada 1773, British telah menurunkan cukai teh dan bukannya menaikkannya!. Akan tetapi ramai beranggapan bahawa British telah menaikkan cukai teh sehingga menimbulkan kemarahan rakyat Boston.
2. Raja England, King George I adalah berketurunan Jerman dan dilahirkan di Lower Saxony(dahulunya adalah jajahan Britain tetapi sekarang menjadi milik Jerman). Beliau memerintah England serta Ireland daripada 1714 sehingga 1727.
3.Abel Tasman telah menemui Tasmania, New Zealand dan Fiji tetapi tidak pula menjumpai Tanah Besar Australia.! Padahal, Australia terletak tidak jauh daripada New Zealand mahupun Fiji.
4. Bernardo O’Higgins Riquelme adalah pengasas negara Chile yang bertanggungjawab memisahkan Chile daripada penguasaan penjajah Sepanyol. Tetapi, O’Hinggins hanya menjadi presiden kedua Chile iaitu pada 1817 sehingga 1823. Satu lagi fakta menarik, beliau adalah berketurunan Ireland dan Sepanyol etnik Basque.
5. Bekas presiden dan bapa kemerdekaan Amerika Syarikat, Thomas Jefferson dan John Adams meninggal dunia pada tarikh yang sama iaitu genap 50 tahun Pengistiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat.! |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: bokmiah | 9-11-2010, 19:08 | Views: 36 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Source From CBN:
There are differences among some people about who discovered america. The Saudi-funded textbooks being used in America’s K-12 classrooms. Teaching, among other things, that Jesus was a “Palestinian,” the state of Israel never existed, and that the Muslims discovered America before Columbus. At this rate, perhaps even Saudi grade-school textbooks, complete with jihadi and dhimmi declarations, will come to instruct American school-children.
“Public Schools Teach the ABCs of Islam,” by Erick Stakelbeck for CBN News, October 9, 2008:
CBNNews.com – Several recent studies have shown that American students are alarmingly ignorant about U.S. history and world events. Experts have contributed the problem to everything from failing schools to substandard teachers.
The Video of statement that Muslims was Discovered America
But what about content?
For instance, did you know that Muslims discovered America? Or that Jerusalem is an Arab city? That’s just some of the “history” that students in America’s K-12 classrooms have been taught in recent years–with the help of taxpayer money.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: faridkl | 3-11-2010, 17:08 | Views: 81 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Pernahkah anda mengetahui bahawa sebilangan besar syarikat besar di dunia pada masa kini pernah berkerjasama dengan negara-negara yang berperang ketika Perang Dunia ke-2 bagi mempertingkatkan kekuatan ketenteraan masing-masing. Peranan syarikat ini tersangat besar dalam menggerakkan Perang Dunia ke-2 selama 3 tahun itu. Perlu pembaca ketahui bahawa dianggarkan secara kasar Perang Dunia ke-2 telah menewaskan kira-kira 2 juta nyawa termasuklah orang awam. Adakah syarikat-syarikat ini perlu dibicara kembali dalam mahkamah jenayah perang?Pembaca nilailah sendiri. Selamat Membaca..
1. Mitsubhisi
Mitsubhisi adalah sebuah syarikat konglomerat tersohor di dunia. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1870 sebagai firma perkapalan oleh Yataro Iwasaki. Pada masa sekarang, Mitsubhisi adalah syarikat ke-7 terbesar pengeluarannya di Jepun. Akan tetapi, tahukah anda bahawa Mitsubhisi adalah sebuah syarikat yang membina pesawat Jepun yang digeruni pada Perang Dunia ke-2?
Mitsubhisi adalah syarikat yang dipilih oleh kerajaan Jepun secara tender untuk membina pesawat Jepun yang lebih dikenali sebagai Zero Fighter itu ketika kemuncak Perang Dunia ke-2. Pesawat ini amat digeruni oleh Pakatan Berikat (Allies) kerana kelajuan enjinnya dan juga berkemampuan untuk melakukan aksi aerobatik di udara bagi melaksanakan Kamikaze. Pengeluaran secara besar-besaran pesawat ini ketika kemuncak Perang Dunia ke-2 hampir menandingi pengeluaran sebuah lagi pesawat yang digeruni Pakatan Berikat, Lutwaffe.
2. Volkswagen (Orang tua panggil Wak Segan!)
Pada masa kini, Volkwegan adalah antara salah sebuah syarikat yang terbesar pengeluarannya di dunia pada masa kini. Syarikat yang berpengkalan di Wolfsburg,Jerman ini ditubuhkan pada 1937 oleh Persatuan Perniagaan National Socialist, German Labour Front. Tujuan asal syarikat pembuat kenderaan ini ditubuhkan adalah bagi merealisasikan projek kereta rakyat(people’s car) yang diasaskan oleh Aldolf Hitler ketika pemerintahannya pada 1930-1940-an. Sejak itu, Volkwegan telah mempelopori kereta yang berkualiti, ekonomi tetapi murah daripada segi harga sehingga mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat. Di Eropah, sekitar tahun 1930-an, kereta hanya dimiliki oleh golongan kaya sahaja kerana harganya pada waktu itu tersangat mahal. Hitler dengan idea bernasnya telah berjaya menawan hati masyarakat Jerman sehingga muncul masyarakat pertama yang mampu memiliki sebuah kereta bagi satu isi rumah. Di Malaysia, kereta ini lebih dikenali kereta katak!
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: faridkl | 3-11-2010, 13:42 | Views: 72 |
|
 |
 |
 |
 |
| |

Alcatraz berada di tengah-tengah perairan San Fransisco
Sekarang sibuk dibicarakan mengenai Penjara Pudu bakal dirobohkan. Apapun, baik kita menyelongkari penjara yang paling terkenal di dunia iaitu ALCATRAZ.
THE ROCK
al-maklum..Alcatraz adalah nama yang diberikan oleh seorang berbangsa Sepanyol iaitu Juan Manuel de Ayala pada 1775. Alcatraz adalah berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud Burung Undang. Ini mungkin kerana kawasan Alcatraz menjadi habitat spesies tersebut.
Alcatraz juga dikenali “The Rock”( filem yang menampilkan Nicholas Cage sebagai watak utama). Alcatraz dibuka secara rasmi sebagai penjara pada 1850-an. Penjara ini terkenal sebagai penjara yang kebal bukan hanya kerana struktur kubunya tetapi kerana penjara ini berada di tengah-tengah perairan teluk San Fransisco. (sama seperti Pulau Jerjak di Malaysia).
BANDUAN BERPROFIL TINGGI
Kalau sudah disebut Alcatraz, ia sangat sinonim dengan nama seorang penjenayah berbahaya suatu ketika dahulu,ia tak lain tak bukan kalau bukan Al Capone. Al Capone terkenal dengan kelicikan,sifat ganas, dan kaki perempuannya. Pernah diberitakan bahawa beliau pernah memukul dengan tongkatnya pada kepala seorang musuhnya hingga meninggal hanya kerana melawan cakapnya.Bergitu kejamnya beliau.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
|
|
|
|
| |