 |
| Menu |
 |
|
 |
| Find Us on Facebook |
 |
|
 |
| Top| Random | Latest News |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 8-05-2013, 11:55 | Views: 70 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V (duduk, empat kanan) berkenan bergambar kenangan bersama barisan exco baru diketuai Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik Datuk Ahmad Yakob
KOTA BHARU 8 Mei 2013 – Nama Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan tidak mendapat restu daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk berada dalam barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan menyebabkan beliau terpaksa disingkirkan di saat-saat akhir.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, nama Husam sudah dimasukkan di tempat yang paling atas di antara barisan pimpinan terpilih namun ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah diteruskan kelmarin.
Menurutnya, selain Husam, nama Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.
“Nama Husam atas sekali, yang keduanya exco lain termasuk Datuk Amar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) dan ustaz Latiff (Abdul Latiff). Ini nama kita kemukakan untuk mendapat keizinan tuanku bagi pelantikan exco.
“Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan saya bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut, tidak boleh angkat sumpah jadi angkatlah saya sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang,” katanya kepada media semalam. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 8-05-2013, 11:53 | Views: 24 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
oleh ROSLINDA HASHIM
Mukhriz melihat tempat duduknya di Dewan Persidangan Dun yang sebelum ini diduduki Azizan.
ALOR SETAR 8 Mei 2013 - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir diharapkan supaya memberikan tumpuan kepada pembangunan pendidikan di Kedah.
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menasihatkan Mukhriz supaya memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) dan Maahad Tahfiz Sains Pulau Tuba setelah mengambil alih pentadbiran negeri.
Dalam masa sama, Azizan mengakui Insaniah mengalami kekangan kewangan dan berharap kerajaan negeri yang baru ini dapat membangunkan kolej universiti itu setaraf universiti lain kerana ia menjadi pilihan pelajar antarabangsa.
Beliau turut meminta supaya projek Maahad Tahfiz Sains Pulau Tuba diteruskan berikutan bajet bagi projek berkenaan sudah diluluskan.
“Buatlah kerja elok-elok. Harap dapat bagi perhatian kepada pembangunan Insaniah dan Maahad Tahfiz sehingga berjaya,” katanya. Azizan berkata demikian ketika diziarahi Mukhriz di Kedah Medical Centre (KMC). |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 8-05-2013, 11:51 | Views: 37 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
oleh RUWAIDA MD ZAIN
Mustafa Ali
SHAH ALAM 8 Mei 2013 – Pas Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) baru-baru ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
“Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Semalam, Sinar Harian menyiarkan laporan siapakah bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor memandangkan ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi hampir sama, iaitu Pas dan DAP sebanyak 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Local Political : Najib: Kerajaan tidak tumbang walaupun sebahagian kaum Cina pilih pembangkang |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 7-05-2013, 17:05 | Views: 39 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto Bernama
KUALA LUMPUR 7 Mei 2013 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak tumbang walaupun sebahagian besar kaum Cina menyokong pembangkang seperti yang dilihat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata realitinya ialah kaum Bumiputera dan masyarakat India masih memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan BN untuk terus menerajui negara berdasarkan mandat yang diperoleh dalam PRU13, Ahad lepas.
"Kita harus sedar bahawa parti pembangkang khususnya DAP telah menggambarkan kepada masyarakat Cina (kononnya) mereka boleh mengubah kerajaan...malah slogan yang digunakan seolah-olah (kalau) orang Cina sokong pembangkang, mereka boleh ubah kerajaan.
"Hakikat dan realitinya walaupun sebahagian besar (masyarakat Cina) sokong pembangkang, tetapi kerajaan tidak tumbang, kerajaan BN masih kekal," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan anggota parlimen baharu BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Perjumpaan tertutup selama hampir dua jam itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 7-05-2013, 16:56 | Views: 44 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Oleh Amin Iskandar, Penolong Pengarang Berita
7 Mei — Pilihan Raya 2013 menyaksikan golongan reformis dalam parti Islam PAS yang digelar kumpulan “Erdorgan” terkubur apabila kebanyakkan daripada mereka tewas dikerusi-kerusi yang ditandingi. Perkembangan ini menyebabkan dinamik dalam PAS itu sendiri akan berubah.
Jikalau sebelum ini golongan reformis dilihat menguasai parti tersebut selepas Mohamad Sabu menang dalam pertandingan jawatan timbalan presiden parti itu mengalahkan Nasharuddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim tidak lama dahulu, dan barisan naib presiden yang dilihat progresif, selepas ini kemungkinan besar ianya akan berubah.
“Hubungan simbiotis antara ulama dan reformis dalam PAS dijangka kekal kerana masing-masing ada pengikut. Politik tarik-tali akan berlaku,” kata Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya kepada The Malaysian Insider.
Nama-nama pemimpin tertinggi PAS seperti Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Dr Dzulkefly Ahmad tewas di kesemua kerusi yang mereka tandingi.
Mohamad kalah di kerusi Parlimen Pendang ditangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Othman Abdul dengan majoriti 2,638 undi. Salahuddin pula tewas di kedua-dua kerusi Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya yang ditandinginya masing-masing dengan majoriti 3,226 dan 2,201 undi.
Husam gagal untuk menggugat Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor apabila kalah di kerusi Parlimen Putrajaya dengan majoriti besar 5,541 undi.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 7-05-2013, 16:53 | Views: 31 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Oleh Syed Jaymal Zahiid Najib tidak menyatakan apa yang dibantah dalam akhbar berbahasa Cina. - GAmbar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 7 Mei — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak telah menafikan keputusan pilihan raya menunjukkan jurang bandar-luar bandar dan mempertahankan Utusan Malaysia yang menyalahkan masyarakat Cina di atas persembahan tidak baik gabungan itu pada pilihan raya 5 Mei.
Perdana menteri mengatakan kajian gabungan tersebut bertentangan dengan dakwaan BN hanya disokong di kawasan luar bandar Malaysia kerana kajian BN menunjukkan peningkatan sokongan terhadap sokongan Melayu di kawasan bandar.
Beliau juga mempertahankan serangan Utusan Malaysia terhadap komuniti CIna kerana menyokong DAP. Beliau mendakwa parti pembangkang yang dikuasai Cina itu telah menyesatkan Cina ke polarisasi kaum yang lebih besar menjadikan mereka berfikir mengundi parti itu akan membawa kepada perubahan kerajaan.
“Kamu menyalahkan Utusan akan tetapi kamu tidak tanya tentang akhbar Cina,” kata Najib dalam sidang akhbar apabila ditanya bagaimana untuk mencapai perdamaian kebangsaan jika Utusan Malaysia masih memainkan isu-isu perkauman. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
Majalah : Les Filles de Playboy N 110 - May / June 2013 / France |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 7-05-2013, 15:38 | Views: 26 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
|PDF | 106 Pages | French | 101,13 MB| |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
Majalah : Young Animal(Yangu Animaru) - Storm 6 (1 June 2013) |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 7-05-2013, 15:37 | Views: 46 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
|Japan | 23 pages | PDF | 26 MB|
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
|
|
|
|
| |