 |
| Menu |
 |
|
 |
| Find Us on Facebook |
 |
|
 |
| Top| Random | Latest News |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 10-05-2013, 18:21 | Views: 23 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
oleh NIZAM ZAIN
Salahuddin Ayub
KUALA LUMPUR 10 Mei 2013 - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub kesal apabila nombor telefon bimbit peribadinya disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur hasutan dan perkauman.
Mesej itu yang berbunyi "Cina telah cuba tolak kuasa Melayu tetapi gagal, 'Chinese are not the king maker!' sekarang masa Melayu bersatu untuk ajar Cina", dipercayai telah disebarkan tanpa pengetahuan beliau.
Katanya, beliau hanya mengetahui kewujudan SMS itu setelah beberapa pihak memberitahunya menerima mesej berbaur perkauman itu daripada beliau.
"Dari jam 8 malam tadi hingga 12 tengah malam, ada pihak salah guna nombor telefon mudah alih saya iaitu 013-727 8292 untuk hantar SMS mesej berbaur hasutan dan perkauman.
"Perbuatan tak bertanggungjawab itu telah cemarkan nama baik saya dan cuba bunuh karier, ia juga menanam kebencian orang Cina terhadap saya," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 10-05-2013, 14:52 | Views: 17 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
oleh SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
Azmin Ali bersama penyokongnya pada sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari tadi. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
PETALING JAYA 10 Mei 2013 - Di sebalik desas-desus perebutan jawatan menteri besar dan niatnya untuk meninggalkan parti, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini berkata, ia hanya khabar angin yang direkayasa oleh Barisan Nasional (BN).
"Saya tidak berhasrat untuk letak jawatan dalam parti, jauh sekali letak jawatan ahli Parlimen dan Adun Bukit Antarabangsa," ujar Azmin pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.
Menurut Azmin, kesetiaannya kepada parti tidak boleh dipertikaikan dan beliau sama sekali tidak akan mengkhianati kepercayaan rakyat kepadanya yang memilih sebagai sebagai Adun Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak.
"Saya percaya khabar angin ini dimulakan oleh Umno-BN.
"Dari khabar-khabar angin ini mereka ingin menuduh saya sebagai individu yang tidak bertanggungjawab yang akan meninggalkan parti untuk kepentingan material dan kedudukan politik," katanya lagi. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 10-05-2013, 11:17 | Views: 35 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Oleh Mohd Farhan Darwis
KUALA LUMPUR, 9 Mei — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu bertanggungjawab ekoran kehilangan kerusi Kota Damansara yang ditandingi calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggunakan lambang PKR kerana beliau yang memberi watikah bagi membolehkan calon PAS bertanding di kawasan tersebut, kata Azmin Ali.
Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, tindakan PAS meletakkan calon mereka di kerusi berkenaan mengakibatkan PKR kehilangan kerusi yang menjadi miliknya pada Pilihan Raya 2008 di kawasan berkenaan yang mana menurutnya telah diputuskan secara kolektif sebelum penamaan calon.
"Tapi malangnya PAS ganggu dan calon PAS itu tidak akan boleh bertanding di Kota Damansara tanpa watikah daripada Presiden ... jadi Presiden PAS harus bertanggungjawab sepenuhnya berhubung perkara tersebut.
"Keputusan yang dicapai secara kolektif hasil perbincangan di peringkat negeri dan nasional, PAS dan PSM tidak seharusnya mengganggu di Semenyih dan Kota Damansara kerana ia adalah keputusan yang telah ditetapkan sebelum hari penamaan calon," tegas Azmin (gambar) yang ditemui pemberita di Ibu Pejabat PKR hari ini. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 10-05-2013, 11:15 | Views: 11 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
oleh MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
Norfarhan kembali perkuat jentera tengah Kelantan dalam pertemuan dengan Negeri Sembilan di Paroi, malam ini.
10 Mei 2013 - TIADA belas kasihan buat pasukan tercorot, Negeri Sembilan apabila melayan kunjungan Kelantan pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.
Sebaliknya pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak memberi amaran betapa rekod cemerlang pasukannya merakamkan sembilan kemenangan daripada 12 perlawanan lalu menjadi modal terbaik buat mereka menakluki gelanggang keramat skuad Jang.
“Kami berada pada landasan terbaik untuk mendaki ke tangga pertengahan liga. Saya harap momentum kemenangan ke atas Felda United tempoh hari dapat diteruskan malam ini.
“Kemenangan ke atas Negeri Sembilan amat penting kerana selepas ini kami akan buat perhitungan dengan Selangor di Kota Bharu minggu depan. Saya cukup yakin kami mampu menewaskan Negeri Sembilan," katanya kepada Sinar Harian, semalam. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 10-05-2013, 11:13 | Views: 24 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
oleh ROSMIZA KASIM
Mohd Amar
KOTA BHARU 10 Mei 2013 - Kerajaan Kelantan bersedia mempertimbangkan bagi memberi peluang kepada Pesuruhjaya Pas II Negeri, Datuk Husam Musa meneruskan khidmat dalam saf kepimpinan.
Tanpa menyebut mana-mana posisinya, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, perkara tersebut akan dibincangkan di peringkat parti kerana kepimpinan tidak pernah menolak khidmat bekas exco kanan kerajaan negeri itu.
“Husam yang juga Naib Presiden Pas itu sebenarnya mempunyai idea yang bagus. Ini boleh mengukuhkan kerajaan dalam bentuk yang berbeza.
“Kita tidak menolak Datuk Husam. Kita terpaksa terimalah keputusan Husam tidak mendapat perkenan daripada Istana Kelantan untuk dilantik sebagai exco kerajaan negeri,” katanya kepada media semalam selepas menghadiri Mesyuarat Perhubungan Pas di JKR 10.
Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas III negeri berkata demikian mengulas situasi yang menimbulkan perbagai persepsi selepas Husam tidak dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 10-05-2013, 11:09 | Views: 39 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
oleh HASLINA KAMALUDIN
Niaz Ahmad cuba dihalang untuk mengundi pada 5 Mei lalu.
SHAH ALAM 10 Mei 2013 - "Hey, sini ada satu lagi pengundi hantu. Ini Bangla," suara dari satu kumpulan yang menerjah ke arah Tajudeen Anvar Batcha, 50, 5 Mei lalu apabila dia dikatakan pemilik MyKad palsu.
Tajudeen, kelahiran Taiping, Perak, berang apabila dituduh sebagai warga asing. Paling menyedihkan apabila dia turut dipukul dan ditendang kumpulan yang memakai baju kemeja-t berwarna kuning. "Saya bukan Bangla, Saya orang Malaysia. Saya ada MyKad sah dan saya ada hak mengundi," balas Tajudeen namun tiada reaksi positif daripada kumpulan itu.
Pengalaman mengundi kali pertama Dewan Serbaguna Bt 17, Rawang memberi seribu satu kenangan buat dirinya. Berketurunan India-Muslim, inilah pengalaman paling ngeri dalam sejarah hidupnya.
"Ini kali pertama saya mengundi di Rawang walau sudah menetap di sini hampir 10 tahun. Sebelum ini saya mengundi di Ampang. Apabila berpindah, saya tukar pusat mengundi. "Semangat saya pada pagi itu bagai disentak. Ketika saya berjalan menuju ke pusat semakan mengundi, kumpulan ini datang ke arah saya dan menjerit-jerit ke arah saya. Mereka mahu tengok kad pengenalan saya. Kerana tak tahu apa-apa, saya berikan sahaja. Selepas itu, saya dihalau daripada kawasan itu," katanya. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 10-05-2013, 11:06 | Views: 28 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Zuraida
SHAH ALAM 10 Mei 2013 - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menggesa Pas dan DAP tidak campur tangan dalam urusan pemilihan Menteri Besar atau memberikan sokongan kepada pihak tertentu.
Menurut beliau, persoalan siapa calon yang bakal mengisi kerusi MB itu hanya akan diputuskan oleh pucuk pimpinan PKR Pusat dan bukannya boleh dibuat spekulasi sahaja.
“Saya baca dalam surat khabar yang memaklumkan Pas dan DAP mahu Abdul Khalid sebagai MB. Kemudian Dr Rani pula jawab beliau sedia jadi MB. Saya ingat apa hal dengan mereka ni? Dah gila kuasa ke? Dah gila jawatan.
“Sedangkan keputusan belum dibuat. Lagipun ini kerusi PKR kenapa Pas dan DAP yang terlampau ghairah untuk menamakan diri mereka atau menamakan orang itu ini jadi MB? Ini persoalan saya,” katanya dipetik dalam portal berita Antarapos.
Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung DAP baru-baru ini mengisytiharkan partinya mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor, sungguhpun parti itu kurang kerusi Dun berbanding DAP dan Pas.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Sports : Hodak kecewa dengan segelintir penyokong |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 9-05-2013, 10:29 | Views: 13 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Thursday 9th May 2013 - Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak kecewa dengan segelintir penyokong The Red Warriors (TRW) yang mengejek pemain ketika menentang FELDA United.
Kelantan berjaya menang 3-0 ke atas FELDA United pada Selasa malam hasil jaringan dua gol oleh Indra Putra dan gol ketiga oleh Badhri Radzi. Namun perlawanan itu tercemar dengan ejekan daripada penyokong pasukan tuan rumah terutamanya terhadap penyerang, Fakri Saarani.
Hodak akui kesal dengan sikap segelintir penyokong dan beranggapan mereka sepatutnya memberi sokongan padu kepada pemain dan bukannya memberi tekanan kepada mereka.
"Pemain saya terutama Fakri (Ahmad Fakri) tertekan kerana ejekan penyokong sendiri. Ia dapat dilihat dengan jelas apabila Fakri gagal bermain pada kemampuan sebenar dan tiada keyakinan melakukan penyudah serta membuat hantaran tepat.
"Apa yang saya lihat, Fakri bermain lebih baik ketika beraksi di tempat lawan berbanding di tempat sendiri. Penyokong TRW perlu mengubah sikap itu jika mahu melihat pasukan terus mempamerkan aksi terbaik untuk perlawanan seterusnya," katanya selepas kemenangan 3-0 Kelantan ke atas FELDA United, di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam kelmarin.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
|
|
|
|
| |