Set as Homepage Add to Favorites
 
Control Panel
Username :  
Password :  
   
   
Register
Forgot your password?
Your Online Media and Journal » News » Sports
Navigation
Home KMPlayer
Spybot Moonlight VPN
HJSplit Webmail
Chat Here Jus Monavie
 
Support
Advanced Search
Last News
Menu
Find Us on Facebook
Bok Miah

Create Your Badge
Web Activity Calendar
«    May 2012    »
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
Most Read Articles
» [New Season] House M.D Season 08 EP01 - EP22 [Finale]
» Forgive Me For Raping You (2010) DVDRip
» Strike Back (2011) Season 02 EP01 - EP10
» Senarai VCD Karaoke Melayu, English, Indonesia - For VI ...
» Side Line (2011) DVDRip
» Tequila Bum Bum (2003) IPTVRip
» [REQ] Lois & Clark: The New Adventures of Superman [All ...
» Al-Quran Interaktif (30 Juzuk 114 Surah - Sheikh Saad S ...
» [New Season] Desperate Housewives S08 EP01 - EP23 [Week ...
» "Nazmi mempunyai potensi yang hebat"
Site Info
Site Statistics
Top Author:
  1    cyberez 6301
  2    faridkl 2510
  3    Tok Dalik 2141
  4    bokmiah 2098
  5    Pakatan Rakyat 247
  6    abelexx 78
  7    heda 31
  8    wanOwan 25
  9    usery1972 17
  10    azhelmy 12


Membership:
  Total : 912   ( +4 )
  This month : 152
  This hour : 1
  Banned : 1012


Articles:
  Total : 13515  ( +14 )
  This Month : 362
  This hour : 7
  Awaiting validation : 0


Comments:
  Total : 23739  ( +40 )
  This month : 928
  This hour : 6
Site Visits
Today Visits: 4539
This Week Visits: 43227
This Month Visits: 188408
This Year Visits: 1091277
All Visits: 4762031
Record: 15751 In 21.04.2011
Who is online :
Guest Guest Guest Guest Guest Guest Guest Guest Guest Guest Guest Guest Google Inktomi Spider Guest Guest Guest anz Guest Guest Guest Guest Guest Guest Guest
Total: 25


The Last Registered User:
acik
ahhm30
syahforever
mas_h4ry
dedik7399
zazs
sabran
Symnamarl
Kianseng
sky3677

Last Commented
Advertiser
Archives
May 2012 (321)
April 2012 (322)
March 2012 (239)
February 2012 (369)
January 2012 (350)
December 2011 (454)
Top| Random | Latest News
Top News:
» [Video] Ceramah Ustaz Azhar Idrus
» Dato Shake - Kau Bungaku
» Koleksi 3GP - Macam-macam Ada - Part 27
» Pakej Promosi Streamyx Untuk Pelajar + Free 10.1" Netbook!
» Awek-awek Melayu Yang Seksi - Bab 2
» Awek-awek Melayu Yang Seksi
» Dilema seorang suami : Tidak Pernah Puas Di Bilik Tidur
» Koleksi 3GP - Macam-macam Ada - Part 23
» The Japanese Wife Next Door (2004)
» Koleksi 3GP - Macam-macam Ada - Part 24

Latest News:
» Datang Bulan (2011) SDTVRip
» Lebah perit hadapi Kijang
» Safe House (2012) BRRip 720p 800MB
» Kolej kroni tuntut RM15 bilion dari PTPTN
» Yeop Hitler Arah Filem Perang Pertamanya
» Remaja Maut Digilis Treler
» Pembangkang mungkin guna cara demonstrasi ganas untuk menang PRU-13 - Tun M
» ADUN: Cabutan bertuah BMW tunjukkan kegilaan
» WWW 1 terima bidaan tertinggi dengan nilai RM520,000
» Isu Shukri, Pukulan Libas Buat FAM!

Random News:
» Adobe Photoshop Lightroom 3.4.1 Final Incl Video Learning
» Yurikos Aroma (2010) DVDRip Eng Subs
» Sea Game Pre Match : Malaysia U23 vs Nepal National Team
» [Bergambar] Kisah Seorang Padri Katolik Peluk Islam
» Berita Khalwat Panas Libatkan Ahli Politik!
» Pengasas Facebook Disaman Kali Kedua
» Shelter [2010] DVDRip | Bluray 720p
» Avanquest Expert PDF Professional v7.0.1370.0 Portable
» The Boy She Met Online (2010) DVDRip XviD
» F1 Challenge Delux (2010)
Live Visitors

Google PageRank Checker
 
Support This Advertiser

 

Sort news by: Date | Popularity | Attendance | Commentaries | Alphabet

News » Sports : Azzuddin selamat, Annuar Musa dalam bahaya
 
Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad terlepas dari dikenakan tindakan selepas komen terhadap skuad Olimpik Malaysia.

Pada 16 Mac. Datuk Azzuddin telah mengkritik persembahan skuad Olimpik negara yang gagal mendapatkan sebarang mata dan seterusnya tersingkir dari saingan kelayakan Olimpik.

Namun, Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa masih dalam bahaya atas komen yang dibuatnya terhadapa prestasi skuad kebangsaan pada 13 Mac.

Jawatankuasa Disiplin FAM, Datuk Taufik Tan Sri Abdul Razak mereka telah mendapati bahawa komen yang dibuat oleh Azzuddin "tidak menghina".

"Kami telah melihat semula video komen yang beliau lakukan, dan mendapati komennya adalah secara umum," kata Taufik di sidang media FAM semalam.

"Kami juga mendapati komen Azzuddin tiada silapnya kerana mengikut artikel 88 statut FAM, beliau berhak memberi komen. Artikel itu turut menjelaskan hanya presiden FAM dan Setiausaha Agung berhak membuat komen seperti itu kepada media."
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Sports : Forkey Doe digelar 'hitam', 'monyet'
 
Pemain import Francis Forkey Doe mendakwa dia telah dilemparkan kata-kata berunsur perkauman semasa bertemu LionsXII di Singapura Selasa lepas.

Sepanjang perlawanan timbal balik suku akhir Piala FA antara LionsXII dengan Singapura pada Selasa lepas, Doe telah dihina dan diherdik hebat oleh penyokong tuan rumah.

Bagaimanapun, beberapa pihak memberitahu Doe dilayan seperti itu selepas dia menunjukkan isyarat jari tengahnya kepada penyokong LionsXII semasa sesi memanaskan badan.

Antara kata-kata yang dilemparkan kepada Forkey Doe adalah 'orang hitam' dan 'monyet'.

"Mereka kerap kali memanggil saya 'monkey' (monyet) dan 'black' (hitam) dan saya sangat kecewa." kata Forkey Doe.

"Mengapa perlu menggelar saya seperti itu? Adakah kerana saya berkulit gelap atau kerana saya orang Afrika?" tambahnya lagi.

Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh juga kecewa dengan apa yang telah berlaku di Singapura dan telah melabel mereka yang terlibat sebagai tidak bertamadun.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Sports : LionsXII terima padah jika berjaya
 
Dato' Hamidin berkata FAM akan kuat kuasakan peraturan pasukan Bawak-23 musim depan jika LionsXII berjaya julang piala.

Apabila perjanjian ditandatangani bulan Julai lepas, kedua-dua Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju pembangunan pemain muda berada dalam minda mereka apabila mereka memutuskan untuk kedua-dua negara menghantar satu pasukan untuk beraksi dalam liga domestik negara masing-masing.

Kandungan penjanjian mengatakan bahawa kedua-dua persatuan akan diwakili oleh pasukan umur Bawah 23 tetapi FAM telah memberi kebenaran untuk LionsXII melibatkan pemain berumur maksimum 28 tahun memandangkan pasukan Bawah-23 mungkin akan terhad dengan pemain yang menjalani Khidmat Negara sepenuh masa.

Tetapi Timbalan Presiden FAM, Dato' Hamidin Amin mendedahkan bahawa peraturan Bawah 23 tahun itu akan dikuatkuasakan semula musim depan.

"Jika LionsXII menjuarai Liga, Piala Malaysia dan Piala FA, kami akan mempunyai masalah. Kami semua mahu saingan yang baik tetapi kami harus berlaku adil kepada pasukan Malaysia.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
Crime, Sports : Pegawai Johor FA Ditahan, Didakwa Terlibat Atur Perlawanan Bola Sepak
 
Oleh LOURDES CHARLES

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai daripada Persatuan Bola Sepak Johor (Johor FA) ditahan kerana didakwa terlibat dalam aktiviti mengatur perlawanan bola sepak di negeri itu.

Difahamkan, wanita berusia 31 tahun itu telah ditahan pada Ahad berikutan satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Johor FA pada hari tersebut.

Beberapa sumber memberitahu, wanita itu yang didakwa mempunyai kaitan dengan beberapa bookie tertentu, telah ditahan reman selama tujuh hari bagi melengkapkan siasatan polis.

Mereka berkata, polis turut menyiasat dakwaan mengenai wanita berkenaan yang berhubung rapat dengan seorang pegawai polis dari Bahagian Anti Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian.

“Polis, bersama-sama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan mengatur perlawanan di mana mereka hanya 'merosakkan' perlawanan bola sepak.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Sports : Giliran Tunku Ellie Kritik FAM, Beranikah FAM?
 
Oleh Aiman - suarasukan1mas

Belumpun reda isu membabitkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib hujung bulan ini, badan induk bolasepak tanah air itu terus dikritik hebat, kali ini giliran orang kuat bolasepak wanita, Tunku Ellie Badariah Tunku Ahmad.
 
Tunku Ellie, yang merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Wanita Malaysia, menerusi laporan yang dipetik dari Bernama (baca sini), nyata kecewa dengan sikap endah tak endah FAM terhadap pembangunan bolasepak wanita, meskipun ‘TERTUDUH’ bagi kes pertama, Annuar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Wanita telahpun memulakan langkah pembangunan sejak 2009 dulu, namun tidak mendapat reaksi positif FAM.
 
Untuk rekod, Tunku Ellie adalah dari kerabat diraja Negeri Sembilan, dan beliau telah berusaha gigih lebih separuh abad untuk membangunkan sukan bolasepak wanita. Beliau yang berusia 67 tahun, merupakan Pengasas Persatuan Bolasepak Wanita Negeri Sembilan pada 1956, sebelum ianya berkembang ke Johor, Melaka, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur selain penubuhan pasukan bolasepak wanita PDRM.
 
Oleh kerana telah mengkritik FAM yang kebal dan tidak boleh dikritik, penulis berpendapat Tunku Ellie juga akan menerima SURAT PERTUDUHAN tidak lama lagi dari Setiausaha Agung FAM, Datuk Azuddin Ahmad, dan berkemungkinan besar beliau akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM meskipun kenyataan beliau itu 100% benar, sepertimana berlaku kepada Annuar – tetapi beranikah FAM?
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Sports : Tan Sri Annuar Musa : ''Datuk Azzuddin tiada kuasa''
 
Tan Sri Annuar Musa berkata, Azzuddin tidak diberikan kuasa untuk mengeluarkan kenyataan media tentangnya.

Tan Sri Annuar Musa menegaskan, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad tidak wajar mengeluarkan kenyataan media bahawa beliau telah dipanggil untuk menghadap Jawatankuasa Tatatertib badan itu.

Timbalan Presiden FAM ini berkata, Azzuddin tidak diberikan kuasa untuk mengeluarkan kenyataan media dan berharap Setiausaha Agung itu tidak dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin ekoran tindakannya.

"Setahu saya, Jawatankuasa FAM tidak pernah memberi kebenaran kepadanya untuk membuat sebarang kenyataan akhbar apatah lagi mendedahkan secara terperinci pertuduhan sebelum ianya sampai kepada saya.

"Lagipun buat masa ini Presiden berada di luar negara dan saya adalah antara pegawai tertinggi yang ada dalam negara untuk dirujuk," kata beliau dalam laman Facebooknya, petang ini.

Annuar berkata demikian mengulas laporan media hari ini bahawa Jawatankuasa Tatatertib FAM kelmarin telah memanggilnya menghadap FAM berhubung kenyataannya mengenai prestasi skuad kebangsaan ketika Majlis Penutup Bengkel Pemasaran dan Pembangunan Penyokong Kelab MSL, Selasa lalu.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Sports : Jurulatih Kitchee FC Resah & Mat Zan Sasarkan Kemenangan
 
KEHEBATAN sebenar Terengganu dalam kancah bola sepak Asia bakal teruji petang ini apabila skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu turun melayan kunjungan kelab gergasi Hong Kong, Kitchee FC dalam aksi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2012.

Berbekalkan kemenangan besar 6-3 ke atas Sabah dua hari lalu, keyakinan seratus peratus turut dilaungkan kesebelasan utama skuad Penyu yang tekad memburu tiga mata penuh pada aksi yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, sekali gus merampas kedudukan Kumpulan F.

Ketika ini, Terengganu dan Kit- chee berkongsi tiga mata selepas masing-masing mencatat kemenangan pada aksi pembukaan tiga minggu lalu, namun kelebihan masih memihak kepada kelab Hong Kong itu berdasarkan perbezaan jaringan.

Kitchee sebelum ini menewaskan jaguh Singapura, Tampines Rovers 3-1, manakala skuad Penyu sekadar melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas kelab Vietnam, Song Lam Nghe An.

Bagi Mat Zan, beliau awal-awal lagi memberi peringatan kepada barisan pemainnya agar mengubah tempo permainan mengikut keperluan semasa
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Sports : Penjelasan Tan Sri Annuar Musa Mengenau Kritikannya
 
TIMBALAN Presiden Persatuan Bolesepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa belum menerima surat tunjuk sebab daripada badan induk bola sepak negara itu berhubung tindakannya yang dikatakan mengkritik prestasi skuad kebangsaan menerusi media baru-baru ini.

“Saya masih belum menerima surat dari FAM. Saya akan masuk pejabat Jumaat ini selepas pulang dari Myanmar,” katanya menerusi laman sosial Facebook.

Bernama melaporkan Timbalan Pengerusi Pasukan Kebangsaan berkata beliau akan meneliti isi kandungan surat itu sebaik menerimanya dan akan membuat pertimbangan sama ada perlu melantik peguam bagi membela diri.

FAM sebelum ini menuntut Annuar supaya memberi maklum balas terhadap kritikannya sebelum Jumaat ini dan Jawatankuasa Disiplin FAM akan menilai maklum balas itu sebelum dipanggil berdepan jawatankuasa itu pada 29 Mac ini.

Annuar didakwa melanggar peraturan FAM selepas menyatakan keraguannya terhadap kemampuan skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF 2012 pada hujung tahun ini berikutan prestasi hambar skuad kebangsaan dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Sports : Bojan : Saya Bukan Pak Turut
 
Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berpuas hati dengan satu mata yang dikutip pasukannya pada perlawanan pertama Piala AFC menentang Navibank Saigon semalam.

Bojan berpendapat hujan lebat di sepanjang 60 minit terakhir permainan, sedikit membataskan aksi pemainnya yang tidak dapat menampilkan potensi sebenar, namun keputusan seri tanpa jaringan mungkin berbeza sekiranya Kelantan memanfaatkan deretan peluang terhidang tatkala pasukan lawan dilihat tenggelam punca beraksi di padang becak.

“babak awal permainan kita memberi mereka (Navibank) ruang untuk mengasak, selepas 15 -20 minit barulah pemain saya dapat cari rentak permainan, kita kuasai permainan, menyerang mereka dari segenap sudut, tapi itulah bolasepak, segalanya tidak bermakna kalau tak dapat jaringkan gol..”.

“kita memang tumpul di barisan depan, kita kehilangan penyerang terbaik Norshahrul, Indra Putra slight knock, dan saya mempertaruhkan dua import di barisan depan, tapi saya tak boleh salahkan mereka, penyerang terbaik dunia pun adakalanya buntu di depan gol, Ghaddar cukup hampir, begitu juga Nwoha, anda mungkin mempersoal kredibiliti Nwoha, tetapi percayalah dia penyerang yang bagus, saya harus memberi dia peluang, dia perlukan masa untuk menemui sentuhan, dia pernah bermain di liga utama Qatar, saya percaya dia akan bangkit, jangan menilai pemain berdasarkan 2-3 perlawanan sahaja..”. – Bojan Hodak.

Pada perlawanan semalam, Bojan memilih untuk merehatkan Norfarhan Muhammad dan Indra Putra Mahyuddin, dan tempat kedua-dua mereka diisi dua pemain import, Dennis Antwi dan Mahmoud Ghaddar – namun kedua-dua mereka gagal memberi impak kepada prestasi keseluruhan pasukan.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Sports : Raja Hairan Kenyataan Annuar
 

oleh aiman - suarasukan1mas


Ketua Jurulatih Bolasepak Kebangsaan, Datuk K.Rajagobal menegaskan skuad bolasepak negara tetap berada di landasan tepat untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi dua tahun lalu, di sebalik pertikaian hebat mengenai kredibiliti pasukannya. 


Rajagobal berpendapat prestasi goyah pasukan kebangsaan sejak beberapa perlawanan lalu sebagai tidak membimbangkan, meskipun ketika ini berada di ranking ke-152 dunia – situasi yang juga menyebabkan Malaysia sukar mendapatkan perlawanan kompetitif berstatus A dan sekadar beroleh perlawanan bertaraf tempatan menentang Selangor, Kelantan, Sabah dan terbaru Sarawak.


“Bukan saya nak bagi alasan, selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia dengan Singapura saya tak pernah guna pemain terbaik, dalam konteks itu kita ada menang ada kalah, perlawanan antrabangsa yang kita main tahun lepas adalah menentang Australia, dua perlawanan dengan India, tahun ini Filipina, kesimpulan yang dapat saya buat, kita main baik, saya guna pemain berbeza, yang pertama kali mewakili negara. Bukan senang untuk bentuk keserasian dan kuatkan pasukan, tiba masanya saya akan umumkan pasukan terbaik..”.


Dan menjawab pertanyaan selama mana eksperimen beliau akan berterusan tatkala Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Tan Sri Annuar Musa sendiri seolah tidak berpuas hati dengan pendekatan yang dilaksanakannya menerusi laporan di Astro Arena dan akhbar Metro hari ini (baca sini), Rajagobal berkata beliau hairan dengan kenyataan Annuar itu.


 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Sports : Ahmad Said bimbangkan skuad Penyu
 
Persembahan skuad Penyu dilihat pincang dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ingin memastikan Terengganu tidak terbabit dengan gejala rasuah bola sepak.

Bercakap di majlis Bicara Menteri Besar Terengganu Bersama Media di Kuala Terengganu kelmarin, Ahmad berkata, pengurusan persatuan perlu meneliti sebab juara Piala FA musim lalu itu bermain hambar dan cuma menang satu gol ke atas pasukan belasahan Liga Super musim ini.

"Walaupun kita menang malam itu, saya dan ramai lagi penyokong pasukan kecewa melihat persembahan Terengganu yang gagal menunjukkan permainan sebenar, seolah-olah ada yang tidak kena.

"Demi masa depan pasukan, pegawai dan pengurusan perlu mencari punca sebenar kepincangan mereka dan kita mesti pastikan yang persembahan buruk itu tiada kena-mengena dengan rasuah bola sepak," katanya.

Ahmad berkata, sebelum ini pegawai persatuan ada memberitahunya mengenai beberapa masalah yang timbul berikutan pengambilan pemain import.

"Ada kedengaran timbulnya beberapa puak dalam pasukan, termasuk pemain tempatan yang kurang senang dengan import.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Sports : Tugas Irfan kian perit
 
Oleh Aziman Rosdi
TUGAS Selangor untuk mengejar kejuaraan Liga Super musim ini semakin sulit selepas menerima tamparan hebat tumpas di tangan pasukan yang bergelut di zon penyingkiran Kedah 1-0 pada aksi di Stadium Darulaman, kelmarin.

Kekalahan ketiga liga anak buah kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu meletakkan skuad Gergasi Merah merosot ke tangga kelapan dengan mengumpul 12 mata selepas sembilan perlawanan.

Aksi tidak konsisten Selangor pastinya membingungkan bekas pengendali Terengganu itu selepas menyaksikan skuadnya menewaskan pendahulu liga, Kelantan 2-1 pada aksi sebelum ini.

“Kami memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol berbanding Kedah namun peluang itu gagal disempurnakan dengan baik oleh pemain saya. Mohd Fitri (Shazwan Raduwan) misalnya gagal menjaringkan gol ketika pintu gol sudah terbuka selain Safiq Rahim dan juga Mohd Amri Yahyah juga terlepas peluang baik untuk menghasilkan gol.

“Memang penyerang import kami, Bosko Balaban dikawal ketat pemain Kedah namun pemain lain gagal mengambil kesempatan. Kami beraksi dengan 10 pemain pada tempoh 30 minit terakhir namun masih berjaya memberikan saingan kepada pasukan tuan rumah,” katanya.

Selangor tertekan dalam perlawanan itu selepas terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain pertahanan dari Lubnan, Ramez Dayoub dilayangkan kad merah kerana sengaja menahan bola dalam kotak penalti.
 
 
Comments (0)  Read more...