 |
| Menu |
 |
|
 |
| Find Us on Facebook |
 |
|
 |
| Top| Random | Latest News |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Sports : Persiba Balikpapan bingung Dengan Peter Butler |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 9-05-2012, 17:05 | Views: 48 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Pengurus pasukan Persiba Balikpapan, Jamal Al-Rasyid memberitahu ESPNSTAR.my bahawa mereka keliru dan bingung dengan situasi Peter Butler.
Peter Butler semalam telah memberitahu ESPNSTAR.my bahawa beliau telah secara rasminya meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Indonesia Super League (ISL), Persiba Balikpapan.
Namun, pengurus Persiba Balikpapan, Jamal Al-rasyid ketika dihubungi hari ini mengatakan bahawa beliau masih jurulatih mereka.
"Kami di Persiba Balikpapan masih menganggap Peter Butler sebagai ketua jurulatih kami." kata Jamal.
"Apa yang pasti, beliau telah meninggalkan Persiba Balikpapan tanpa izin kami. Selepas perlawanan hari Sabtu lalu, beliau telah meminta kebenaran untuk ke Bali.
"Tiba-tiba kami mendapat khabar bahawa beliau berada di Malaysia. Kami di sini sangat terperanjat dengan perkara itu." katanya lagi.
Beberapa sumber memberitahu bahawa Peter Butler telah pun berurusan dengan Terengganu FA tiga hari yang lepas tentang jawatan ketua jurulatih di sana |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Sports : Ong Kim Swee: Nazmi akan ke S.C. Beira-Mar |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 9-05-2012, 17:00 | Views: 61 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Nazmi Faiz telah berjaya menarik perhatian kelab Portugal, S.C. Beira-Mar dan akan ke sana bersama bapanya pada hari Ahad ini untuk sesi pemilihan.
Selepas Ong Kim Swee memberitahu bahawa Nazmi Faiz akan ke Eropah beberapa hari lepas, banyak spekulasi yang mengatakan dia akan beraksi di Cardiff City atupun salah satu kelab liga utama di Portugal.
Ong Kim Swee ketika dihubungi ESPNSTAR.my hari ini mengesahkan Nazmi Faiz akan menjalani sesi pemilihan pasukan utama kelab S.C.Beira-Mar di Portugal yang menduduki tempat ke-12 dari 16 pasukan Primeira Liga Portugal.
"Terdapat perkara yang benar dan tidak benar dengan spekulasi Nazmi Faiz ke Eropah. Tetapi apa yang mustahak, hari ini kami mendapat perjanjian antara Nazmi dengan kelab liga utama Portugal, S.C. Beira-Mar." kata Ong Kim Swee kepada ESPNSTAR.my.
"Nazmi Faiz akan menjalani sesi pemilihan pemain bersama kelab tersebut pada 14 hingga 21 Mei ini"
Laporan sebelum ini menyatakan Nazmi Faiz berjaya menarik minat kelab tersebut selepas mereka menyaksikan beberapa video Nazmi beraksi dalam perlawanan.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Sports : Nazmi dijangka sertai kelab Portugal |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 9-05-2012, 11:53 | Views: 113 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Perkembangan terbaru mengatakan bahawa bintang Harimau Muda Nazmi Faiz hampir pasti akan menyertai pasukan Division 1 di Portugal.
Football Management International yang mengusahakan perpindahan pemain berusia 17 tahun itu walaubagaimanapun enggan mendedahkan identiti kelab itu dan butiran permohonan.
Tetapi Marco Guimaraes, pengarah bole sepak di Football Management International memberitahu akhbar Today bahawa kelab dari Portugal berminat dengan Nazmi Faiz.
"Kelab tersebut adalah kelab yang menduduki pertengahan Liga Primeira Portugal dan mereka sangat memuji Nazmi setelah menonton aksi Nazmi yang dirakamkan," kata Guimaraes kepada Today.
"Perpindahan ke Eropah akan membantu untuk mengembangkan bakatnya kerana dia akan menjadi berbahaya untuk beraksi dalam pasukan utama."
Tambahnya lagi: "Kami akan menyelesaikan beberapa perkara terkahir, Nazmi dan bapanya akan berangkat ke Portugal pada Ahad ini untuk membincangkan dengan kelab dan mungkin akan menandatangani pra-kontrak." |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 9-05-2012, 11:50 | Views: 28 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Liverpool meletakkan kekecewaan kekalahan perlawanan akhir Piala FA di belakang mereka untuk mencatat kemenangan terbesar mereka dalam liga musim ini.
Pasukan Kenny Dalglish memulakan separuh masa pertama dengan cemerlang, seperti mana mereka bermain di separuh masa kedua di Wembley pada hari Sabtu lalu.
Pengurus Chelsea Roberto Di Matteo kelihatan sudah menerima kenyataan pasukannya tidak akan dapat mengakhiri musim ini di kelompok empat teratas dan menurunkan kesebelasan utama yang lemah dan kini akan memandang hadapan ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara.
Tetapi susah untuk melihat jika Chelsea dapat menghalang pasukan Reds, yang menjaringkan empat gol dalam liga buat kali pertama sejak menang 5-2 atas Fulham setahun lalu, walaupun jika kesemua pemain-pemain utama mereka bermain.
Pasukan tuan rumah mendahului perlawanan 3-0 di separuh masa pertama melalui jaringan-jaringan Michael Essien (jaringan sendiri), Jordan Henderson dan Daniel Agger manakala sepakan Stewart Downing terkena tiang.
Ramires menjaringkan gol untuk Chelsea selepas masa rehat tetapi Jonjo Shelvey menjaringkan gol keempat Liverpool. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Sports : Butler tinggalkan Persiba Balikpapan |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 8-05-2012, 13:37 | Views: 36 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Peter Butler hari ini telah secara rasminya meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Liga Super Indonesia, Persiba Balikapapan. Beliau yang meninggalkan pasukan Kelantan pada akhir Februari tahun ini telah dilantik sebagai ketua jurulatih Persiba Balikpapan pada bulan Mac.
Hari ini, Peter Butler yang hebat diperkatakan akan menggantikan Mat Zan Mat Aris telah secara rasminya telah meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Persiba Balikpapan.
Keputusan itu terpaksa dibuat selepas masalah bola sepak di Indonesia kelihatan tiada jalan penyelesainnya di mana Liga Super Indonesia (ISL) kini tidak diiktiraf oleh AFC atau FIFA dan menyebabkan jawatan dan dirinya dalam bahaya.
"Ini jalan yang terbaik. Kelab gagal menyediakan visa pekerjaan kepada saya kerana status ISL yang tidak diiktiraf FIFA atau AFC. Ini menyebabkan nasib saya dalam bahaya dan saya mungkin dihantar pulang kerana bekerja tanpa visa perkerjaan yang sah di Indonesia." kata Peter Butler kepada ESPNSTARmy
Selain itu, kelewatan pembayaran gaji dan bonus perlawanan juga antara faktor Peter Butler terpaksa meletakkan jawatan dari tugas yang dipegang selama tiga bulan itu. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 8-05-2012, 13:34 | Views: 27 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Jurulatih Terengganu Mat Zan Mat Aris telah meletak jawatan selepas tekanan yang meningkat berikutan beberapa keputusan yang mengecewakan. Presiden Terengganu FA Datuk Che Mat Jusoh mengesahkan Mat Zan mengemukakan peletakan jawatannya selepas perbincangan yang panjang semalam.
Mat Zan telah diarahkan untuk "berehat" selama dua minggu setelah pasukan Penyu kalah 2-1 kepada Sime Darby FC di peringkat separuh akhir Piala FA.
Kegagalan beliau untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA mereka meningkatkan lagi tekanan atas Mat Zan dan pembantu jurulatih Mohd Khalid Dahan telah ditugaskan sebagai jurulatih sementara.
Che Mat berkata FA telah menerima perletakan jawatan Mat Zan.
"Terengganu FA mahu mengucapkan terima kasih kepada Zan Mat atas sumbangan beliau musim ini.
"Beliau mengakui beliau berasa tertekan dan tidak mahu keadaan itu menjejaskan pasukan," kata Che Mat. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Sports : 3 pemain Harimau Muda ke luar negara |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 6-05-2012, 23:04 | Views: 41 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Tiga pemain Harimau Muda dilaporkan sudah bersedia untuk mendapatkan kontrak bersama kelab luar negara.
Jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, ketiga-tiga pemain tersebut yang kini beraksi dalam Liga Singapura telah menarik perhatian beberapa ejen dan keputusan akan dibuat oleh FAM dalam masa terdekat.
Tiga pemain tersebut adalah Wan Zack Haikal, Wan Zaharulnizam dan Mohd Nazmi Faiz.
Kim Swee tidak mendedahkan kelab-kelab yang berminat dengan pemainnya tetapi dipercayai bahawa Wan Zack dan Wan Zaharulnizam akan menyertai kelab Jepun dan Nazmi Faiz akan ke Eropah.
"Kami hampir menyelesaikan beberapa perkara dan jika semua berjalan lancar, mereka bertiga akan beraksi di luar negara dengan kontrak pemain profesional tahun ini," kata Kim Swee kepada The Star.
"Tidak dinafikan kami kurang peluang untuk beraksi di tahap lebih tinggi. Kami sedikit sebanyak telah menemui formula untuk berjaya dalam rantau Asia Tenggara tetapi kami kini harus bekerja keras untuk tahap seterusnya, Asia."
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 6-05-2012, 16:41 | Views: 53 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
gambar fail: Peter Butler dijangkakan akan menggantikan Mat Zan Mat Aris sebagai ketua jurulatih pasukan Terengganu FA.
Butler yang sebelum ini membimbing pasukan Kelantan dalam Liga Malaysia dilaporkan adalah diantara calon yang telah disenarai pendek oleh Terengganu FA dalam pencarian jurulatih baru.
Jurulatih berasal dari England itu telah meninggalkan Kelantan selepas hanya kurang dari empat bulan menjadi jurulatih selepas ketidak sefahaman dengan pihak pengurusan Kelantan.
Butler dikatakan sebagai calon utama untuk menjadi jurulatih Terengganu selain daripada bekas jurulatih skuad Bawah 23 Malaysia, Hateem Soiussi.
Tetapi Butler yang merupakan jurulatih kelab Indonesia, Persiba Balikpapan enggan terlibat dengan spekulasi yang mengatakan beliau calon utama untuk menduduki jawatan itu.
Beliau telah memberitahu akhbar Today bahawa Terengganu tidak menghubunginya tetapi telah mengatakan beliau berminat dengan jawatan itu jika diberi peluang. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 4-05-2012, 17:51 | Views: 44 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Jurulatih pasukan antarabangsa Malaysia K.Rajagopal percaya Kelantan akan menewaskan LIONSXII malam ini.
Pasukan LIONSXII melawati Stadium Sultan Mohammad IV malam ini dengan mahu melanjutkan pendahuluan mereka di atas Liga Super Malaysia kepada lapan mata, dengan tiga perlawanan di dalam tangan.
Ratusan peminat LIONSXII telah pun tiba di Kota Bharu untuk perlwanan ini dengan keyakinan pasukan mereka dapat menewaskan pasukan Red Warriors tetapi K.Rajagopal merasakan komitmen dan kesungguhan pemain-pemain Kelantan, serta sokongan hebat peminat mereka akan mendorong pasukan Bojan Hodak kepada kemenangan di padang sendiri.
Beliau memberitahu akhbar TODAY di Singapura: "Dengan sokongan para peminat, dan saya pasti stadium akan penuh, pemain-pemain Kelantan akan bermotivasi untuk membuat yang terbaik. Ramai orang mengatakan Kelantan bermain dengan lebih semangat di padang sendiri dan itu memang benar. Lebih penting perlawanan itu, lebih baik Kelantan akan bermain."
Walaubagaimanapun, pasukan Bojan Hodak harus cuba berbuat demikian tanpa khidmat pemain-pemain utama Mohd Daudsu Jamaluddin dan penyerang Mohammad Ghaddar yang digantung perlawanan. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 4-05-2012, 11:42 | Views: 30 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Jurulatih pasukan Terengganu, Mat Zan Mat Aris telah direhatkan oleh Terengganu FA sehingga 15 Mei 2012.
Selepas tewas di pusingan separuh akhir Piala FA musim ini, Terengganu FA telah membuat keputusan untuk merehatkan ketua jurulatih, Mat Zan Mat Aris sehingga 15 Mei 2012.
Terengganu yang gagal mempertahankan kejuaraan Piala FA sebelum ini mengalami kemerosotan dalam prestasi sejak tewas 6-1 dengan Selangor dalam perlawanan Liga Super dan Mat Zan Mat Aris telah dikritik hebat oleh ramai pihak temasuk penyokong skuad Penyu.
Walaubagaimanapun, Terengganu bangkit semula apabila berjaya mencatatkan kemenangan dan mara ke pusingan kedua Piala AFC selepas menewaskan Song Lam Nghe An dari Vietnam.
Selepas mesyuarat pihak pengurusan Terengganu semalam, mereka telah membuat keputusan untuk merehatkan Mat Zan Mat Aris sehingga 15 Mei 2012.
Pengurus pasukan Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh memberitahu ESPNSTAR.my: "Kami telah mengadakan mesyuarat semalam dan membincangkan tentang pemain, prestasi pasukan dan tahap fizikal semua anggota. Kami juga mengambil kira penyertaan dalam Piala AFC." |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 3-05-2012, 17:08 | Views: 32 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Real Madrid menggantikan Barcelona sebagai juara Liga Sepanyol selepas kemenangan 3-0 atas Athletic Bilbao di San Mames.
Gonzalo Higuain membuka jaringan dengan rembatan hebat pada minit ke-16 selepas sepakan percuma Cristiano Ronaldo tersasar.
Tetapi pemain dari Portugal itu meletakkan kekecewaan itu di belakangnya untuk membantu Mesut Oazil menjaringkan gol kedua pasukan mereka pada minit ke-20 dan akhrinya menjaringkan gol beliau lima minit selepas masa rehat apabila menanduk masuk sepakan sudut Ozil untuk jaringan 44 beliau dalam liga musim ini.
Kemenangan itu mengekalkan pendahuluan tujuh mata Madrid di hadapan Barcelona dengan hanya dua perlawanan untuk dimain, kemenangan 4-1 Barca atas Malaga sebelum itu hanya menangguhkan sambutan Madrid untuk beberapa jam.
Kejayaan itu bermakna jurulatih Madrid, Jose Mourinho kini telah menjuarai liga di empat negara yang berbeza selepas menang di Porto, Chelsea dan Inter Milan.
Athletic, yang mungkin sedang memberikan lebih tumpuan kepada perlawanan-perlawanan akhir Copa Del Rey dan Liga Eropah, mengakhiri perlawanan itu
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
|
|
|
|
| |