 |
| Menu |
 |
|
 |
| Find Us on Facebook |
 |
|
 |
| Top| Random | Latest News |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 5-03-2012, 11:28 | Views: 62 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
LONDON: Andre Villas-Boas dipecat oleh Chelsea selepas tidak sampai semusim menjadi pengurus di Stamford Bridge, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu dalam laman web rasmi mereka, malam tadi.
Bekas pemain tengah Chelsea, Roberto Di Matteo, yang bekerja sebagai penolong Villas-Boas, dilantik sebagai pengurus sementara hingga hujung musim ini.
Villas-Boas, yang tiba dari Porto pada Jun 2011, terpaksa menerima hakikat kerana keputusan hambar menyaksikan Chelsea kini berada di tangga kelima dan di ambang penyingkiran daripada Liga Juara-Juara musim ini selepas kekalahan 1-3 di tangan Napoli pada perlawanan pertama, pusingan kedua.
Pengendali berusia 34 tahun itu juga mempunyai hubungan dingin dengan beberapa pemain senior Chelsea, termasuk pemain tengah England, Frank Lampard dan keputusan buruk, termasuk hanya satu kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir dan hanya tiga daripada 12 perlawanan terakhir liga, memaksa pemilik kelab, Roman Abramovich bertindak.
Kelmarin Blues mengalami kekalahan mengaibkan 0-1 di tangan West Bromwich Albion berikutan gol lewat Garth McAuley. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Sports : FIFA siasat perlawanan Bahrain-Indonesia |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: faridkl | 4-03-2012, 13:37 | Views: 119 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Kemenangan 10-0 Bahrain ke atas Indonesia pada kelayakan Piala Dunia Rabu lepas akan disiasat oleh FIFA kerana terdapat unsur-unsur meragukan.
"Disebabkan keputusan perlawanan luar biasa yang berkaitan dengan keputusan yang diharapkan dan juga menurut sejarah, Pegawai FIFA akan mengadakan siasatan ke atas perlawanan ini dan keputusannya," kata FIFA dalam satu kenyataan.'
Bahrain memerlukan kemenangan sembilan gol dalam Kumpulan E Asia bersama dengan kekalahan Qatar ke atas Iran, untuk layak ke pusingan seterusnya.
Qatar layak ke pusingan seterusnya, namun, gol yang dijaringkan oleh Qatar pada minit ke-86 dan memberikan keputusan 2-2 telah menyebabkan Bahrain gagal untuk mara.
Indonesia yang telah tersingkir menurunkan pasukan yang lebih lemah kerana kebanyakan dari pemain utama mereka telah digantung oleh persatuan bola sepak mereka kerana beraksi di dalam Liga Super Indonesia.
Bahrain mendapat dua penalti dalam perlawanan itu dan pengadil telah melayangkan kad merah kepada penjaga gol Indonesia hanya selepas dua minit
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: faridkl | 4-03-2012, 13:35 | Views: 41 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Pemain pertahanan West Brom Gareth McAuley menjaringkan gol kemenangan yang telah meninggalkan Andre-Villas Boas dengan kelihatan pucat.
McAuley telah menjaringkan gol lapan minit sebelum masa penamat untuk meraih kemenangan pertama pasukan Albion ke atas pasukan Blues sejak tahun 1979.
Ia meninggalkan Chelsea tiga mata di belakang Arsenal, yang telah memenangi perlawanan dengan Liverpool.
Chelsea mengancam untuk kali pertama apabila Sturridge merampas bola dari Jonas Olsson dan memberi hantaran kepada Juan Mata tetapi pemain Argentina itu gagal memberi mengawal rembatan volinya.
Mata sekali lagi membuat percubaan beberapa minit kemudian tetapi bekas pemain Manchester United Ben Foster berjaya menghalangnya. Ridgewell kemudian telah menghalang percubaan Gary Cahill selepas tendangan sudut Frank Lampark.
Foster menunjukkan kemahirannya tujuh minit sebelum masa rehat dengan menghalang percubaan Michael Essien dari jarak jauh. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Sports : Bahrain scores 10 goals but fail to advance in 2014 World Cup qualifying |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 1-03-2012, 01:01 | Views: 79 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Bahrain beat Indonesia 10-0 in their final Group E qualifier, but still had their hopes of reaching the 2014 World Cup ended.
The Bahrainis, managed by Englishman Peter Taylor, went into the game knowing they had to overturn a goal difference deficit of nine to have any chance of overhauling Qatar and taking second place in the group.
They managed to go one better by scoring 10 in an extraordinary match.
Indonesia had goalkeeper Samsidar sent off after just three minutes, with Ismail Abdullahatif converting the resulting penalty.
That was one of four spot-kicks awarded to Bahrain in the match - Abdullahatif missed the second, Mahmood Abuldrahman scored the third, before Mohammed Al Tayeb spurned the last late on with his side nine goals ahead.
Abdullahatif scored twice, as did Abdulrahman, with both Sayed Ebrahim and Al Tayeb notching hat-tricks. But despite the remarkable scoreline, Bahrain did not advance after Gulf rivals and 2022 World Cup hosts Qatar secured a last-gasp draw in Iran.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Sports : KAFA Tamat Kontrak Butler, Hodak sudah mula turun padang |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 28-02-2012, 14:28 | Views: 89 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
KOTA BHARU, 28 feb :Selepas melalui beberapa hari penuh kontroversi, Peter James Butler akhirnya ditamatkan kontrak serta merta selaku ketua jurulatih The Red Warriors oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), tengahari tadi.
Dalam satu mesyuarat khas yang diadakan di Kota Bharu, KAFA terpaksa mengambil tindakan tegas selepas Butler dikhabarkan terus berkeras untuk tidak tunduk pada desakan pihak Persatuan.
Tindakan bekas ketua jurulatih tersebut menyebabkan KAFA tiada pilihan lain selain menamatkan kontrak Butler dengan serta merta.
Biarpun ditamatkan kontrak, Butler akan menerima pampasan seperti yang termaktub dalam kontrak yang telah dipersetujui bersama dengan KAFA pada awal kehadiran beliau, beberapa bulan lepas.
Dengan penyelesaian seperti yang telah berlaku, kerusi panas ketua jurulatih Kelantan kini kosong dan spekulasi dari kem The Red Warriors mengatakan Bojan Hodak mungkin akan mengambil tugas alih melatih pasukan selepas ini. -RedsfcNews-
Hodak sudah mula turun padang
JURULATIH dari Crotia, Bojan Hodak memulakan tugasnya, semalam, apabila ‘turun padang’ melatih pemain The Red Warriors, di Padang Mardi, Pasir Tumbuh, Kota Bharu. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Sports : Peter Butler kecewa digantung KAFA |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 26-02-2012, 12:10 | Views: 61 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Jurulatih Kelantan, Peter Butler akui kecewa dan sedih selepas digantung oleh Kelantan FA.
Peter Butler telah digantung oleh Kelantan FA bermula pada 23 Februari walaupun beliau telah membawa Kelantan ke puncak Liga Super dan mara ke pusingan kedua Piala FA.
Kelantan mengatakan bahawa mereka telah merehatkan Butler dari segala aktiviti berkenanaan bola sepak dengan pasukan Kelantan.
Kini Peter Butler hanya mahu menamatkan hal ini dengan penun bermaruah.
"Kelihatannya jelas saya dikritik. Saya tidak akan mendedahkan segalanya tetapi saya telah membawa pasukan saya ke puncak liga dan semua ini yang berlaku agak tidak adil buat saya," kata bekas pemain West Ham United itu kepada akhbar Today.
"Saya sedih dan kecewa tetapi saya sedang cuba untuk belajar dari pengalaman. Saya akan minta nasihat dari peguam saya dan menyediakan respon yang bermaruah dan kenyataan benar tentang apa yang sebenarnya telah berlaku," tambahnya lagi.
Butler telah diarahkan untuk memberikan penjelasan kepada pengurusan selepas beliau memberitahu pihak media bahawa beliau tidak mempunyai hak dalam pemilihan pemain import.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Sports : [Video] KAFA, Casamesra tandatangan MoU bina stadium |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 26-02-2012, 11:54 | Views: 54 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
KOTA BHARU - Impian rakyat Kelantan untuk memiliki stadium bola sepak yang lengkap dengan kemudahan menghampiri kenyataan selepas termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat Casamesra Sdn. Bhd. dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).Melalui MoU tersebut, Casamesra diberi hak membina stadium tersebut dianggarkan berharga RM300 juta di atas tanah milik Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V seluas lapan hektar di Tunjong dekat sini.Memorandum itu ditandatangani Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa manakala Casamesra diwakili Pengarahnya, Azhar Mustapha dalam satu majlis yang berlangsung di sini, semalam."Kita perlu usahakan pembinaan stadium ini. Kita nak wujudkan KAFA sebagai satu pasukan yang lengkap, punyai rumah sendiri. Kita nak bina stadium ratusan juta sudah tentu tak mampu."Jadi, bila Tuanku (Sultan Muhammad V) perkenan tanah di Tunjong, kita tidak mahu lepaskan peluang tersebut. Casamesra telah diberikan hak oleh Tuanku Sultan untuk majukan sebahagian tanah milik baginda yang mahu dibangunkan bandar Diraja Tunjong."Mereka (Casamesra) perlukan tuan rumah kepada stadium itu. Jadi, hari ini (semalam) KAFA buat MoU mengatakan kita sanggup untuk jadi tuan rumah kepada stadium ini seperti Stadium Emirates, tuan rumahnya ialah pasukan Arsenal," katanya di sini, semalam.Menurut Annuar, KAFA hanya menjadi pengurus dan mengendalikan stadium sahaja.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 24-02-2012, 11:13 | Views: 39 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
NORZASRUDIN MOHAMED NOR
TROFI Piala Liga yang bakal menjadi rebutan antara Liverpool dan Cardiff, Ahad ini.
'IBARAT langit dengan bumi.' Itulah situasi yang dapat digambarkan pada perlawanan akhir Piala Liga antara kelab kerdil Wales, Cardiff City dan kelab gergasi England, Liverpool di Stadium Wembley, Ahad ini.
Memiliki rekod selaku juara kelab Eropah (Liga Juara-Juara) sebanyak lima kali, Liga Perdana England (18 kali), Piala FA dan Piala Liga (7 kali), Liverpool yang dibimbing Kenny Dalglish diletakkan sebagai pilihan untuk menjadi juara.
Keyakinan itu semakin kukuh berdasarkan pencapaian Liverpool dalam saingan liga domestik dan Piala FA baru-baru ini.
Skuad The Reds turut dibarisi ramai pemain berstatus bintang seperti kapten, Steven Gerrard, Andy Carroll, Dirk Kuyt dan penyerang kontroversi Uruguay, Luis Suarez.
Selain itu, kehadiran semula penyerang Wales, Craig Bellamy di Anfield dianggap sebagai suatu kelebihan buat Liverpool kerana bekas pemain Manchester City ini pernah dipinjamkan ke Cardiff pada musim 2010-2011.
Bagaimanapun, Liverpool tidak boleh memandang rendah kemampuan Cardiff kerana ketika ini skuad bimbingan Malky Mackay ini memiliki semangat juang yang tinggi.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Sports : KAFA Kutip Dana Bantu Sazali P.Ramlee |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 21-02-2012, 15:44 | Views: 104 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Sazali P.Ramlee. Foto SENSASI SELEBRITI
KOTA BAHARU: Anak angkat kepada Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sazali, 53, akan menerima wang sumbangan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), hasil jualan tiket dan kupon Karnival Akademi Bola Sepak Al-Hamra Red Warriors (ARMY) yang akan diadakan Sabtu ini.
Naib Presiden KAFA, Datuk Ismail Mat Nor berkata, langkah itu adalah sebagai tanda prihatin persatuan terhadap kesusahan yang dialami Sazali, yang kini terlantar sakit berikutan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan tisu lututnya terkoyak.
"Tiket bagi menonton perlawanan antarabangsa antara Kelantan dan Angkatan Bersenjata Singapura pada 9 malam, Sabtu ini, dijual pada harga RM2 bagi tempat terbuka dan RM20 untuk astaka," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Media baru-baru ini melaporkan tentang nasib Sazali yang sebelum ini bekerja sebagai tukang sapu di Semenyih, Selangor, kini hilang sumber pendapatan apabila terpaksa bergantung kepada tongkat dan kerusi roda untuk bergerak selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Selain Sazali, para penyokong The Red Warriors yang berada dalam kesusahan turut mendapat bantuan tersebut.
Tambah Ismail, pada karnival itu juga, 300 peserta remaja berumur bawah 14 tahun dan 16 tahun akan berentap dalam pertandingan bola sepak di sebelah pagi bagi mencari bakat baru untuk membentuk pasukan pelapis di peringkat negeri dan antarabangsa.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
|
|
|
|
| |