 |
| Menu |
 |
|
 |
| Find Us on Facebook |
 |
|
 |
| Top| Random | Latest News |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 2-05-2012, 16:34 | Views: 73 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
DI BAWAH pentadbiran Muhyiddin Yassin, Umno Wilayah (Persekutuan) sudah jadi macam parti mak bapak dia..Dia buat apa dia suka..Kerana dia penyamun besar yang berselindung atas nama nasionalisme Melayu dan Islam..Maka dilantiknya jawatan kanan Umno bahagian bdr tun razak semuanya banduan politik wang.”
Muhyiddin digelar sebagai anak paria, penyamun besar dan perosak Umno. Lebih hodoh lagi, Zaharin yang juga Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak mendakwa beliau ada maklumat bahawa Muhyiddin terbabit hendak menjatuhkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.
“Muhyiddin Yassin itu anak paria,” tulis Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin yang juga bloger Sang Kelembai dalam laman Facebook (FB) beliau.
Beliau menulis lagi, “16 September 2011 bermula konspirasi hendak menjatuhkan PM Najib oleh Muhyiddin Yassin, dgn perlantikan setiausaha dan bendahari bekas banduan politik wang dan seorang yd diadukan melanggar perlembagaan Umno, maka dengan sendiri Parlimen Bandar Tun Razak yg dinamakan sempena bapa PM Najib dgn mudah akan dimenang oleh pembangkang. Maka Muhyiddin Yasin akan minta PM Najib letak jawatan saperti yg pernah dia lakukan kpd Abdullah Hj Ahmad.”
pa yang ditulis Zaharin menunjukkan politiking dalam Umno memang hebat. Sentiasa panas dan bergolak. Selalunya kemelut dalaman Umno tidak diketahui rakyat kerana ia dapat disembunyikan oleh media tali barut Umno. Bila dibongkarkan satu-persatu mereka kata, ianya hanya ibarat ‘ribut dalam secawan kopi.’
Ribut dalam Umno kali ini memang hebat dan tidak dapat dibendung. Ia diluahkan dan didedahkan secara terbuka oleh bloger-bloger dan facebookers Umno. Laman sosial FB menjadi tempat mereka melepaskan geram terhadap seteru politik dalam Umno. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 17-04-2012, 10:36 | Views: 92 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Hassan Ali, wakil rakyat Gombak Setia yang mengidamkan jawatan Menteri Besar Selangor pada tahun 2008 masih lagi ingin menarik perhatian orang ramai dengan kenyataan-kenyataan beliau walaupun kini jelas beliau sudah kehilangan taring dan sering dikritik oleh orang ramai. Beliau telahpun ditendang keluar daripada PAS dan kini sedang meraba-raba mencari parti politik lain untuk bernaung seraya menyambung kerjaya politik beliau.
Sejak Mac 2008, Hassan sudah pun mula memperlekehkan kepimpinan MB Selangor Khalid Ibrahim dan memperkecilkan-kecilkan Pakatan Rakyat. Motif beliau pada masa itu sangat jelas. Beliau sememangnya menginginkan jawatan MB Selangor akan tetapi usaha beliau menemui kegagalan. Sekarang beliau sedang meraba-raba dalam dunia politik tetapi disebabkan beliau mendapat sokongan UMNO dan Perkasa, beliau masih boleh hidup.
Slogan Kosong
Beliau telah kehilangan kawan daripada parti PAS. Yang beliau gusarkan adalah walaupun mempunyai latarbelakang keagamaan, beliau telah jatuh ke satu tahap yang begitu rendah apabila cuba memalukan bekas rakan PAS yang dipilih untuk menggantikan beliau- seorang doktor perubatan. Beliau menyeru agar si doktor itu pergi untuk mendapat rawatan psikiatri. Ada dikalangan bekas penyokong beliau yang berpendapat bahawa Hassan mengalami masalah psikologi. Beliau dikatakan mempunyai mood yang impulsif dan meroskakkan- trait dan simptom ini dimiliki oleh mereka yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam keadaan di mana mereka perlu berkongsi dan melibatkan orang lain.
Hassan juga dikatakan mempunyai tabiat di mana beliau sukar untuk menyimpan perasaan beliau. Ada juga yang mengatakan beliau mempunyai personaliti kacau apabila beliau berhadapan dengan kebimbangan, kesedihan dan perasaan rendah diri. Beliau sekarang kelihatan penat; mental dan fizikal.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Rencana : Jangan Persulitkan Untuk Beri Tauliah Untuk Ustaz Azhar |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: faridkl | 12-04-2012, 10:14 | Views: 61 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Oleh Sayuti Mohd Noor
Kalau tidak silap pendengaran dan tanggapan saya, isu kedatangan Ustaz Azhar Idrus ke Kelantan dikatakan dipersoalkan oleh pihak Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) telah pun selesai. Azhar khabarnya dilarang untuk menyampaikan kuliah di masjid kerana tidak ada tauliah.Semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di Kota Bharu awal Mac lalu, beliau membayangkan rasa terima kasih kepada pihak tertentu kerana halangan untuk menyampaikan kuliah di Kelantan selesai.Penyelesaian itu terbayang dalam kata-katanya berbunyi; "kalau tidak boleh di masjid kita berceramah di futsal. Tetapi Alhamdulilah nampak orang terima kita."Beliau dilarang kerana tidak ada tauliah. Persoalan tauliah adalah subjektif. Saya membahas mengenai hal ini untuk apa tauliah sedangkan apa dilakukan Azhar itu untuk kebaikan umum. Ribuan anak muda dan remaja yang sebelum ini jarang mendengar syarahan agama mengerumui beliau. Bukankah itu satu perkembangan yang baik?Sehubungan itu demi memenuhi kehendak para peminatnya serta misi dakwahnya, Azhar sedia untuk 'memohon' mendapatkan tauliah walaupun perbuatan itu tidak penting sebenarnya. Tetapi kerana peraturan dan amalan terpaksa juga Azhar memohonnya seperti juga ustaz dan guru-guru lain.Mengembangkan agama Islam, memberi ilmu kepada umat Islam dan anak-anak mudah adalah tanggung semua individu apa lagi pihak berkuasa. Justeru tauliah tidak patut dijadikan birokrasi menyulitkan keadaan.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Rencana : Saya Tenguk Tengkok Hasan Akidah Pendek Sedikit? |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 9-04-2012, 10:01 | Views: 146 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Oleh Sayuti Omar
Semasa di masjid al Gufran Taman Tun Dr Ismail tengah hari tadi saya nampak bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tercokoh di hadapan sebelah kanan mihrab. Itulah tempat biasa bagi Pak Lah kalau dia berjumaat di situ. Sudah beberapa kali saya terserempak beliau bersembahyang di situ dan lokasi itulah tempatnya.Selesai sembahyang saya menapak ke arah Pak Lah. Sedang elok dia bangun ternampak saya menyapa dengan senyum. "Apa habaq?" itulah pertanyaan rutin Pak Lah kepada saya sejak tahun 80-an dulu lagi."Baik.. Pak Lah. Pak Lah apa khabar?" tanya pula saya. Kami bersalam erat. Memang salam Pak Lah terasa erat tidak seperti Mahathir atau Anwar Ibrahim."Baik.." balas saya. Saya ingat dia sudah melupai saya maklumlah dia sudah tidak jadi perdana menteri lagi, dan saya pula belum jadi PM? Kalau saya jadi PM tentu Pak Lah akan telefon saya? He he.. Masa Pak Lah ambil cuti tanpa gaji dia kerap berkirim salam kepada saya dan hantar wakil untuk mengambil beberapa naskah buku tulisan saya.Setiap kali saya buat buku akan datanglah orang Pak Lah menyampaikan salam dan mengambil buku secara free."Apa khabar Tok Guru (Nik Aziz)?" tanya beliau. Pertanyaan itu menderaukan darah saya. Betapa Pak Lah juga ingat kepada Tok Guru Nik Aziz dan mungkin
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Rencana : Umno Kelantan Melutut Kepada Tengku Razaleigh? |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 2-03-2012, 00:05 | Views: 61 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Oleh Sayuti Omar
Menurut maklumat dari Fb Sdr Sobere Shafei petang semalam Mustapa Mohamed bersama Awang Adek Hussein dan Annuar Musa telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tengku Razaleigh Hamzah di kediamannya di Langgak Golf, Ampang. Kurang pasti apakah tujuan kunjungan hormat itu, apakah mereka ingin memberi tahu Tengku Razaleigh bahawa nama anak raja Kelantan itu masih disenarai sebagai calon BN di Gua Musang atau apa?
Atau kunjungan itu ada kena mengena dengan pemergian Najib Razak ke Kelantan esok dalam rangka kerja sekaligus berkempen.
Mungkin 'tiga pahlawan' Kelantan itu datang bersembah lutut untuk meminta Tengku Razaleigh pulang meraikan Najib di Kelantan. Kalau Tengku Razaleigh ada sama mungkin keadaanya lebih gah lagi. Maklumlah Tengku Razaleigh orang lama kalau dia berada dalam majlis Najib boleh menambahkan seri kepada Umno.
Di celah-celah ini saya hendak tanya sedikit, kenapa Annuar Musa yang mengiringi Mustapa dan Awang Adek untuk berjumpa Tengku Razaleigh. Atas kapasiti apakah beliau ikut sama ke Langgak Golf? Kenapa tidak Norzaidi Omar selaku setiausaha badan perhubungan Umno atau pun Hanafi Mamat selaku Bendahari Umno? Kenapa Annuar Musa. Dia tidak ada apa-apa jawatan dalam badan perhubungan Umno Kelantan kecuali sebagai ketua bahagian Ketereh.
Apakah kerana Annuar Musa kini selaku Presiden Kafa yang mana dia mendakawa kira-kira 200,000 penyokong pasukan gedebe merah Kelantan telah menyokong Umno? Begitukah. Dan kalau benar begitu apakah kena mengenanya penyokong pasukan bola Kelantan dengan Umno? Tidak semestinya orang yang membeli tikit untuk tengok pasukan red warriors Kelantan akan menyokong Umno. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Rencana : Umno Sudah Sakit Mental? Pemimpin Pakatan Rakyat Terancam |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 1-03-2012, 00:28 | Views: 52 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Oleh Sayuti Omar
Tindakan rakus dan jahat kumpulan yang memakan upah Umno ke belakangan ini menunjukan parti itu benar-benar dalam keadaan terdesak. Umno semacam sudah mengetahui jangka hayatnya tidak berapa lama lagi. Kalau diibaratkan kepada kanser, tahap yang dihadapi Umno kini sudah tahap empat.
Biasanya tahap empat ini boleh bertahan enam bulan dari detik mula ianya dikesan, selepas itu khuluhumlah.
Tengoklah apa yang berlaku kini, tindakan-tindakan diluar batas demokrasi terjadi di mana-mana sahaja. Kumpulan ini akan menjadi histeria menganggu ceramah dan melakukan keganasan politik di majlis-majlis politik Pakatan Rakyat. Mereka bukan saja setakat menghalang dalam bentuk provokasi tetapi sudah meliar sehinggakan menyentuh batang tubuh - fizikal. Sudah ada tindakan secara fizikal hendak dilakukan.
Antara kejadian-kejadian mutakhir yang cukup membimbangkan, seperti gangguan terhadap majlis penerangan ABU - Asal Bukan Umno di Jalan Kebun, Shah Alam beberapa minggu lalu. Macam mana sekumpulan lelaki dipercayai upahan dan dikatakan ahli Perkembar menyerang dan menganggu majlis berkenaan. Menyaksikan video gangguan itu di internet lagaknya salin tidak tumpah macam samseng kemabukan todi dalam filem Tamil.
Begitu juga dengan apa yang berlaku di ceramah Anwar Ibrahim di Macap, Melaka. Kumpulan samseng soldadu upahan ini telah menyakat orang ramai dari mengikuti ceramah berkenaan. Tindakan ini jelas sekali melanggar prinsip demokrasi yang diangung-agungkan itu. Kumpulan ini tidak mempedulikan lagi kepada undang-undang dan adat budaya. Mereka menggunakan undang-undang hutan rimba untuk bertindak. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 28-02-2012, 01:56 | Views: 140 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Oleh Sayuti Omar
Apa jadi dengan harian berbahasa Inggeris yang tertinggi edarnnya di negara ini iaitu The Star? Dalam tempoh tidak begitu lama sudah dua kali akhbar itu menyiarkan sesuatu yang boleh menyinggung hati umat Islam.Apakah akhbar berkenaan sengaja melakukan begitu untuk menguji sensitiviti umat Islam atau pun memang ia berlaku secara tidak sengaja.Terbaru akhbar berkenaan telah menyiarkan gambar artis Amerika Eryah Badu yang menebengkan pangkal buah dadanya yang ada tatu menggambarkan kalimah Allah. Akhbar berkenaan telah memohon maaf atas apa yang berlaku itu.Seelum ini akhbar berkenan telah menyiarkan gambar daging babi di dalam akhbar berkenaan di dalam rencana mengenai juadah berbuka puasa tahun lepas. Akhbar berkenaan memohon maaf atas penyiaran gambar berkenaan. Alasannya ia tidak sengaja dan tidak fikir gambar itu menyinggung sensitiviti umat Islam?Yang peliknya sudah dua kali akhbar berkenaan melalukan perkara sama. Apakah tidak ada orang Islam yang bekerja di akhbar berkenaan. Atau orang Islam yang bekerja di The Star terutamanya yang berkerja di Jabatan Pengarang juga tidak begitu peka mengenai perkara-perkara berkenaan?Bagi saya bila dua kali perkara seperti itu berlaku dalam masa tidak senggang lama, akhbar berkenaan mungkin ada agenda tersendiri mengenainya. Ia bukan
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Rencana : UBN Siap Sedialah Gulung Tikar Pemerintahan |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 27-02-2012, 01:32 | Views: 81 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Oleh Sayuti OmarKesanggupan rakyat pelbagai kaum untuk keluar beramai-ramai berhimpun di Kuantan Pahang pagi ini bagi melahirkan bantahan terhadap Lynas seharusnya tidak boleh dipandang enteng oleh Najib Razak dan UBN. Sasaran untuk menghimpun 20,000 bagi menyatakan protes terhadap projek itu berjaya mencapai sasaran.Himpunan hari ini adalah satu sejarah di Pahang dan petunjuk awal kepada akan ranapnya beberapa buah negeri lagi yang dikuasi UBN selama ini.Belum ada seingat saya himpunan sebesar itu berlangsung di Pahang dalam konteks membenci kerajaan melainkan pada tahun 1999 sewaktu ceramah membela Anwar kerana dipenjarakan. Paling ramai himpunan di Pahang sekitar 3,000 hingga 5,000 sahaja. Pahang dikenali negeri konservetif yang menyokong Umno, apa lagi Najib adalah anak Pahang.Apa yang berlaku hari ini memnberi isyarat kepada Najib. Bahawa Najib tidak boleh mengkesampingkan begitu saja suara rakyat yang mahu projek itu dikaji semula atau pun ditutup terus. Janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan projek itu kalau mereka memerintah akan menjadi umpan lemak untuk rakyat menyokong Pakatan Rakyat.Saya yakin Pakatan Rakyat akan melaksanakan apa yang diucapkan itu. Penghapusan projek nadir bumi itu akan dimasukkan ke dalam manifesto atau Buku Jingga kelak. Apakah selepas ini Ahmad Maslan sekali lagi akan memasukkan Buku Jingga ke dalam tong sampah yang lebih busuk dari kaki seluarnya yang tersadung tahi lembu Sharizat?Keadaan UBN kini begitu tertekan dengan ancaman Pakatan Rakyat mengenai Lynas itu. Mereka mungkin serba salah sama ada hendak terus atau menghentikannya. Meneruskan ini bermakna mereka akan berdepan dengan tentangan rakyat. Manakala kalau menghentikan mungkin mereka akan mengikat kaki mereka sendiri. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
|
|
|
|
| |