Set as Homepage Add to Favorites
 
Control Panel
Username :  
Password :  
   
   
Register
Forgot your password?
Your Online Media and Journal » News
Navigation
Home KMPlayer
Spybot Moonlight VPN
HJSplit Webmail
Chat Here Jus Monavie
 
Support
Advanced Search
Last News
Menu
Find Us on Facebook
Bok Miah

Create Your Badge
Web Activity Calendar
«    May 2012    »
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
Most Read Articles
» [New Season] House M.D Season 08 EP01 - EP22 [Finale]
» Forgive Me For Raping You (2010) DVDRip
» Strike Back (2011) Season 02 EP01 - EP10
» Senarai VCD Karaoke Melayu, English, Indonesia - For VI ...
» Side Line (2011) DVDRip
» Tequila Bum Bum (2003) IPTVRip
» [REQ] Lois & Clark: The New Adventures of Superman [All ...
» Al-Quran Interaktif (30 Juzuk 114 Surah - Sheikh Saad S ...
» [New Season] Desperate Housewives S08 EP01 - EP23 [Week ...
» "Nazmi mempunyai potensi yang hebat"
Site Info
Site Statistics
Top Author:
  1    cyberez 6301
  2    faridkl 2510
  3    Tok Dalik 2141
  4    bokmiah 2098
  5    Pakatan Rakyat 247
  6    abelexx 78
  7    heda 31
  8    wanOwan 25
  9    usery1972 17
  10    azhelmy 12


Membership:
  Total : 912   ( +4 )
  This month : 152
  This hour : 1
  Banned : 1012


Articles:
  Total : 13515  ( +14 )
  This Month : 362
  This hour : 7
  Awaiting validation : 0


Comments:
  Total : 23739  ( +40 )
  This month : 928
  This hour : 6
Site Visits
Today Visits: 4512
This Week Visits: 43200
This Month Visits: 188381
This Year Visits: 1091250
All Visits: 4762004
Record: 15751 In 21.04.2011
Who is online :
Guest Google Guest Guest Guest Guest Guest Guest vtcom Guest Guest Guest Guest Guest Guest Guest Guest zamree Guest Guest Guest
Total: 21


The Last Registered User:
acik
ahhm30
syahforever
mas_h4ry
dedik7399
zazs
sabran
Symnamarl
Kianseng
sky3677

Last Commented
Advertiser
Archives
May 2012 (321)
April 2012 (322)
March 2012 (239)
February 2012 (369)
January 2012 (350)
December 2011 (454)
Top| Random | Latest News
Top News:
» [Video] Ceramah Ustaz Azhar Idrus
» Dato Shake - Kau Bungaku
» Koleksi 3GP - Macam-macam Ada - Part 27
» Pakej Promosi Streamyx Untuk Pelajar + Free 10.1" Netbook!
» Awek-awek Melayu Yang Seksi - Bab 2
» Awek-awek Melayu Yang Seksi
» Dilema seorang suami : Tidak Pernah Puas Di Bilik Tidur
» Koleksi 3GP - Macam-macam Ada - Part 23
» The Japanese Wife Next Door (2004)
» Koleksi 3GP - Macam-macam Ada - Part 24

Latest News:
» Datang Bulan (2011) SDTVRip
» Lebah perit hadapi Kijang
» Safe House (2012) BRRip 720p 800MB
» Kolej kroni tuntut RM15 bilion dari PTPTN
» Yeop Hitler Arah Filem Perang Pertamanya
» Remaja Maut Digilis Treler
» Pembangkang mungkin guna cara demonstrasi ganas untuk menang PRU-13 - Tun M
» ADUN: Cabutan bertuah BMW tunjukkan kegilaan
» WWW 1 terima bidaan tertinggi dengan nilai RM520,000
» Isu Shukri, Pukulan Libas Buat FAM!

Random News:
» Fatal move (2008) DVDRip | Blu-Ray 720p Eng Subs
» MasterChef Malaysia: CV dipertikai tapi Cef Riz pertahan profil peribadi
» [Bergambar] Guru Parah, Murid Cedera Disimbah Asid
» Aishah - Kurnia (2007)
» Computerworld – 18 April 2011
» A Team XXX Parody 2010 + Adam and Eve + DVDRip
» [REQ]AdWords For Dummies (For Dummies (Computer/Tech))
» Powerplay (1999) DVDrip 18+
» Carnal Sins (2001) | Bobby: Love and Lust (2005) | Help Me, Eros (2007)
» [HF] Avira AntiVir Premium 9.0.0.455 |Full Version
Live Visitors

Google PageRank Checker
 
Support This Advertiser

 

Sort news by: Date | Popularity | Attendance | Commentaries | Alphabet

News » Sports : OKS: Kami tak terlibat atur perlawanan
 
Jurulatih Harimau Muda Ong Kim Swee berkata pasukannya tidak terlibat dalam skandal atur perlawanan terkini yang melanda Liga Singapura.

Dua bekas pemain Liga Singapura disabitkan rasuah Jumaat lalu. Pemain berasal dari Korea Selatan Kim Jae-hong, 27 tahun, dan Jeon Byung-euk, 24 tahun, didapati bersalah kerana menawarkan rasuah kepada dua pemain Geylang United untuk sengaja kalah perlawanan Khamis lalu menentang Harimau Muda, di mana pasukan dari Malaysia itu menang 2-0.

Kim Swee menafikan penglibatan pasukannya dalam kejadian itu dan telah memberi amaran kepada pemainnya supaya berhati-hati dengan pengaturan perlawanan.

"Kami tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kejadian itu. Saya dimaklumkan bahawa beberapa individu tertentu cuba untuk merasuah pemain Geylang tetapi FA Singapura (FAS) bertindak dengan pantas untuk menangkap pesalah-pesalah selepas pemain melaporkan kejadian itu," kata Kim Swee semalam.

"Ia amat menyedihkan ada orang yang masih cuba untuk mengatur perlawanan. Saya telah memberitahu pemain-pemain saya agar berhati-hati dan saya boleh memberi jaminan kepada semua orang bahawa kami tidak terlibat. "
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Sports : Persiba Balikpapan bingung Dengan Peter Butler
 
Pengurus pasukan Persiba Balikpapan, Jamal Al-Rasyid memberitahu ESPNSTAR.my bahawa mereka keliru dan bingung dengan situasi Peter Butler.

Peter Butler semalam telah memberitahu ESPNSTAR.my bahawa beliau telah secara rasminya meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Indonesia Super League (ISL), Persiba Balikpapan.

Namun, pengurus Persiba Balikpapan, Jamal Al-rasyid ketika dihubungi hari ini mengatakan bahawa beliau masih jurulatih mereka.

"Kami di Persiba Balikpapan masih menganggap Peter Butler sebagai ketua jurulatih kami." kata Jamal.

"Apa yang pasti, beliau telah meninggalkan Persiba Balikpapan tanpa izin kami. Selepas perlawanan hari Sabtu lalu, beliau telah meminta kebenaran untuk ke Bali.

"Tiba-tiba kami mendapat khabar bahawa beliau berada di Malaysia. Kami di sini sangat terperanjat dengan perkara itu." katanya lagi.

Beberapa sumber memberitahu bahawa Peter Butler telah pun berurusan dengan Terengganu FA tiga hari yang lepas tentang jawatan ketua jurulatih di sana 
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Sports : Ong Kim Swee: Nazmi akan ke S.C. Beira-Mar
 
Nazmi Faiz telah berjaya menarik perhatian kelab Portugal, S.C. Beira-Mar dan akan ke sana bersama bapanya pada hari Ahad ini untuk sesi pemilihan.

Selepas Ong Kim Swee memberitahu bahawa Nazmi Faiz akan ke Eropah beberapa hari lepas, banyak spekulasi yang mengatakan dia akan beraksi di Cardiff City atupun salah satu kelab liga utama di Portugal.

Ong Kim Swee ketika dihubungi ESPNSTAR.my hari ini mengesahkan Nazmi Faiz akan menjalani sesi pemilihan pasukan utama kelab S.C.Beira-Mar di Portugal yang menduduki tempat ke-12 dari 16 pasukan Primeira Liga Portugal.

"Terdapat perkara yang benar dan tidak benar dengan spekulasi Nazmi Faiz ke Eropah. Tetapi apa yang mustahak, hari ini kami mendapat perjanjian antara Nazmi dengan kelab liga utama Portugal, S.C. Beira-Mar." kata Ong Kim Swee kepada ESPNSTAR.my.

"Nazmi Faiz akan menjalani sesi pemilihan pemain bersama kelab tersebut pada 14 hingga 21 Mei ini"

Laporan sebelum ini menyatakan Nazmi Faiz berjaya menarik minat kelab tersebut selepas mereka menyaksikan beberapa video Nazmi beraksi dalam perlawanan.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » General : Begitu Mudah Aqidah Terpesong: Air Paip Disangka Air Ajaib
 
Batu Pahat – Kewujudan ‘air ajaib’ dari bumbung sebuah rumah di Taman Budiman, Parit Raja di sini yang dikatakan memiliki keistimewaan boleh menyembuhkan penyakit akhirnya terbukti hanya air paip biasa sahaja

Perkara ini didedahkan sendiri pemilik rumah setelah kediamannya diserbu Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Dia mengaku air yang mengalir dari bumbung rumahnya itu tidak mempunyai keistimewaan, tetapi berpunca akibat daripada paip bocor.

Ketua Operasi, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ser­buan dilakukan pihaknya ke atas rumah tersebut setelah menerima aduan masya­rakat setempat selain bimbang akidah penduduk akan terpesong.

Menurutnya, serbuan berkenaan dilakukan sembilan anggota termasuk pegawai dan turut disertai Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor.

“Bagi mengelakkan akidah masyarakat terus terpesong berikutan percaya kepada perkara tidak berasas, kami bertindak menyerbu premis berkenaan hari ini (semalam).
 
 
Comments (2)  Read more...
 
 
News » Crime : Empat Ditahan Terlibat Kes Culik Nayati
 
KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, pada 27 April lepas.

Menurut sumber polis, suspek yang berusia antara 30-an dan 50-an itu ditangkap dalam operasi berasingan di Perak dan Cheras, Selangor, sejak Ahad hingga awal pagi ini.

"Polis menemui semula lebih RM100,000 iaitu sebahagian daripada wang tebusan yang dibayar oleh bapa Nayati (Sham Moodliar) dan ibunya (Janice Smith)," kata sumber itu.

Anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang melakukan tangkapan itu turut merampas peralatan seperti komputer riba dan telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek untuk tujuan rundingan dan meminta wang tebusan daripada ibu bapa Nayati.

 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Sports : Nazmi dijangka sertai kelab Portugal
 
Perkembangan terbaru mengatakan bahawa bintang Harimau Muda Nazmi Faiz hampir pasti akan menyertai pasukan Division 1 di Portugal.

Football Management International yang mengusahakan perpindahan pemain berusia 17 tahun itu walaubagaimanapun enggan mendedahkan identiti kelab itu dan butiran permohonan.

Tetapi Marco Guimaraes, pengarah bole sepak di Football Management International memberitahu akhbar Today bahawa kelab dari Portugal berminat dengan Nazmi Faiz.

"Kelab tersebut adalah kelab yang menduduki pertengahan Liga Primeira Portugal dan mereka sangat memuji Nazmi setelah menonton aksi Nazmi yang dirakamkan," kata Guimaraes kepada Today.

"Perpindahan ke Eropah akan membantu untuk mengembangkan bakatnya kerana dia akan menjadi berbahaya untuk beraksi dalam pasukan utama."

Tambahnya lagi: "Kami akan menyelesaikan beberapa perkara terkahir, Nazmi dan bapanya akan berangkat ke Portugal pada Ahad ini untuk membincangkan dengan kelab dan mungkin akan menandatangani pra-kontrak."
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Sports : Liverpool hancurkan harapan Blues
 
Liverpool meletakkan kekecewaan kekalahan perlawanan akhir Piala FA di belakang mereka untuk mencatat kemenangan terbesar mereka dalam liga musim ini.

Pasukan Kenny Dalglish memulakan separuh masa pertama dengan cemerlang, seperti mana mereka bermain di separuh masa kedua di Wembley pada hari Sabtu lalu.

Pengurus Chelsea Roberto Di Matteo kelihatan sudah menerima kenyataan pasukannya tidak akan dapat mengakhiri musim ini di kelompok empat teratas dan menurunkan kesebelasan utama yang lemah dan kini akan memandang hadapan ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Tetapi susah untuk melihat jika Chelsea dapat menghalang pasukan Reds, yang menjaringkan empat gol dalam liga buat kali pertama sejak menang 5-2 atas Fulham setahun lalu, walaupun jika kesemua pemain-pemain utama mereka bermain.

Pasukan tuan rumah mendahului perlawanan 3-0 di separuh masa pertama melalui jaringan-jaringan Michael Essien (jaringan sendiri), Jordan Henderson dan Daniel Agger manakala sepakan Stewart Downing terkena tiang.

Ramires menjaringkan gol untuk Chelsea selepas masa rehat tetapi Jonjo Shelvey menjaringkan gol keempat Liverpool.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Local Political : Hasan Ali dakwa saksi isu murtad dilanggar lori
 
Pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mendakwa pasangan suami isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan orang Islam menerima gangguan selepas video berkenaan ditunjukkan kepada media, awal bulan lalu.

Beliau mendakwa, pasangan berkenaan bukan sahaja diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan tersebut.

Dakwanya lagi, ada pihak yang mengatakan bahawa pelanggaran itu berkait langsung dengan pendedahan pasangan tersebut.

"Teorinya ialah, ada yang kata perlanggaran biasa, ada yang kata ada kaitan langsung dengan pendedahan dia dalam video tersebut," kata Hasan dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Tambahnya, pasangan berkenaan bagaimanapun selamat dalam kemalangan serius yang berlaku "beberapa hari" selepas pendedahan video berkenaan pada 2 April lalu.

Ditanya lanjut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan. Namun beliau enggan mendedahkan butiran lain berhubung insiden tersebut.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Local Political : Marina Mahathir Gesa Kerajaan Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat BERSIH 3.0
 
Kuala Lumpur, 8 Mei: Aktivis sosial Marina Mahathir berpendapat kerajaan perlu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung insiden yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah pada 28 April lalu.

Katanya, kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya itu bagi membersihkan namanya dan rakyat akan menyokong kerana mereka mempunyai kepentingan di dalamnya.

"Saya tidak fikir sesiapa yang benar-benar akan tahu lagi yang bertanggungjawab. Kita mungkin perlu sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk sampai kepada mereka bawah ini.

"Kerajaan harus merasa insentif untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk membersihkan namanya, dan semua orang patut menyokong kerana setiap orang mempunyai kepentingan di dalamnya," katanya dipetik daripada temubual Free Malaysia Today (FMT).

Beliau yang mengikuti perhimpunan Bersih 3.0 tidak menyaksikan apa-apa provokasi dari penyokong himpunan itu.

Katanya, perhimpunan itu bertukar huru-hara apabila melihat polis menembak kanister gas pemedih mata dan meriam air ke arah orang ramai, selepas peserta himpunan merempuh penghadang di sekitar Dataran Merdeka.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Local Political : Fitnah: Rahim diberi 24 jam tarik balik kenyataan
 
KOTA BHARU, 8 Mei: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor (gambar) diberi tempoh 24 jam menarik balik tuduhan terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggapnya “bapa kafir”.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, kenyataan bekas ketua polis negara terbabit jelas tidak matang dan bersifat fitnah.

“Oleh itu kami memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

“Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya,” katanya di sini.

Bekas Ketua Polis Negara itu dalam kenyataan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai “bapa kafir” kerana dianggap mengelirukan umat Islam ekoran kenyataannya wajib menyokong Bersih 3.0.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan meminta rakyat keluar beramai-ramai pada himpunan Duduk Bantah pada 28 April lalu sebagai tanda membantah ketidakadilan dan kewujudan daftar pemilih yang meragukan.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Local Political : Khalid Ismath ditanya soalan seksual
 
PETALING JAYA 8 Mei: Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath memberitahu, beliau ditanya soalan bersifat seksual ketika disiasat polis dalam penahanan selama 26 jam.

“Khalid ditanya mengapa menyertai Bersih dan sama ada dia tahu Bersih menyokong LGBT (homoseksual, lesbian, atau liwat antara dua jantina).

“Dia ditanya berkali-kali sama ada terlibat dalam LGBT,” kata peguam Latheefa Koya yang juga Pegarah Guaman KEADILAN pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Pada 5 Mei lalu, Khalid diminta membantu siasatan terhadap foto yang menunjukkan seorang lelaki menyerang anggota polis trafik semasa Himpunan Bersih 3.0 berhampiran Dataran Merdeka.

Polis yang menggeledah rumah Khalid untuk mencari baju berjalur yang dipakai seperti lelaki dalam gambar tersebut, gagal menemui sebarang bukti.

Justeru, Khalid dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan perintah mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman empat hari terhadapnya.  Dalam pada itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, Umno BN memperkuda institusi polis untuk menjayakan agenda politik mereka.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Sports : Butler tinggalkan Persiba Balikpapan
 
Peter Butler hari ini telah secara rasminya meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Liga Super Indonesia, Persiba Balikapapan.  Beliau yang meninggalkan pasukan Kelantan pada akhir Februari tahun ini telah dilantik sebagai ketua jurulatih Persiba Balikpapan pada bulan Mac.

Hari ini, Peter Butler yang hebat diperkatakan akan menggantikan Mat Zan Mat Aris telah secara rasminya telah meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Persiba Balikpapan.

Keputusan itu terpaksa dibuat selepas masalah bola sepak di Indonesia kelihatan tiada jalan penyelesainnya di mana Liga Super Indonesia (ISL) kini tidak diiktiraf oleh AFC atau FIFA dan menyebabkan jawatan dan dirinya dalam bahaya.

"Ini jalan yang terbaik. Kelab gagal menyediakan visa pekerjaan kepada saya kerana status ISL yang tidak diiktiraf FIFA atau AFC. Ini menyebabkan nasib saya dalam bahaya dan saya mungkin dihantar pulang kerana bekerja tanpa visa perkerjaan yang sah di Indonesia." kata Peter Butler kepada ESPNSTARmy

Selain itu, kelewatan pembayaran gaji dan bonus perlawanan juga antara faktor Peter Butler terpaksa meletakkan jawatan dari tugas yang dipegang selama tiga bulan itu.
 
 
Comments (0)  Read more...