 |
| Menu |
 |
|
 |
| Find Us on Facebook |
 |
|
 |
| Top| Random | Latest News |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » General : WWW 1 terima bidaan tertinggi dengan nilai RM520,000 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | Yesterday, 10:31 | Views: 20 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
KUALA LUMPUR, 24 Mei — Nombor pendaftaran WWW 1 mencipta rekod baru apabila bidaan tertinggi yang diterima bagi nombor siri tersebut bernilai RM520,000, mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang telah dijual dengan harga RM300,100.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata siri WWW juga telah mencipta rekod tersendiri, iaitu sejumlah 13 bidaan yang telah berjaya, adalah bernilai melebihi RM100,000 dan tiga daripadanya bernilai melebihi RM300,000.
Katanya (gambar) bilangan pembida yang terbanyak adalah untuk nombor WWW 333 iaitu seramai 84 orang.
“Pada asasnya, semua nombor bernilai utama, nombor menarik dan nombor popular, termasuk nombor-nombor biasa lain yang mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida, telah habis dibida,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya 18,243 permohonan dengan nilai bidaan RM64,225,838.51 telah diterima sepanjang tempoh bidaan selama 15 hari dari 30 April lalu dan |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 20-05-2012, 17:29 | Views: 108 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
May 19th, 2012 09:00 PM
Seorang bayi dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil..bayi yang diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulamak itu dilahirkan pada 7 mei 2012.
Dalam pemberian nama tersebut, ulamak terkenal tersebut Ustaz Abdul Rahman,menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran.
Beliau juga menambah bahawa hal tersebut merupakan kehendak Allah, untuk mengirim bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan, iaitu lahir dengan membawa Quran dari rahimnya.
Ulama lain yang ikut serta dalam acara menamakan bayi tersebut antara lain Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode, dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.
Ahad (13/5), ibu bayi ini memeluk Islam setelah melihat bayinya lahir dengan membawa Quran dari rahimnya.Kini,ibu berusia 32 tahun yang dulu bernama Kikelomo Ilori ini kemudian menukar nama menjadi Sherifat. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » General : [Bergambar] Tiba-tiba Ada Azan & Sujud Di Padang Kota Lama |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 20-05-2012, 16:24 | Views: 60 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Georgetown: Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012.Gambar: Padang Kota Lama, tempat berhibur menjadi tempat sujudIa diikuti wacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman.Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing, tempat riadah bagi warga emas, memancing di tepi laut atau datang menghirup udara segar di tebing laut sambil makan serta minum bersama keluarga di medan selera yang disediakan.Namun, situasi program anjuran kerajaan negeri menerusi Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Abdul Malek Abdul Kasim itu berjaya mengubah landskap dengan lautan manusia yang datang. Mereka mendengar persembahan bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Penyanyi Ali XPDC, Gitaris Sham Kamekaze, pemain bass Spring, Jon, Imam Muda, Asraf yang menyampaikan kuliah magrib serta Ustaz Youtube, Ustaz Azhar Idrus. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » General : [AWAS] Trend Gantung Patung Di Kereta Rosakkan Aqidah |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 18-05-2012, 09:57 | Views: 36 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Assalamualaikum....
Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta... Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.
Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati.
Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang.
Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.
Firman Allah, mafhumnya: Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)
Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka” (Riwayat Abu Daud).
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 14-05-2012, 15:12 | Views: 108 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Kuala Selangor - Jika kawasan Ijok kecoh dengan demonstrasi penduduk yang tidak mahu kuil dan pondok komuniti dirobohkan pemaju, lain pula ceritanya di Jalan Budi, Sungai Buloh-Jeram di sini apabila ketenangan penduduk diganggu pekikan seorang lelaki yang mengugut mahu terjun dari pokok kelapa, semalam.
Seorang lelaki menggemparkan orang ramai di Jeram, Selangor semalam apabila bertindak nekad terjun dari pokok kelapa. Dia mati di tempat kejadian.
Lelaki terbabit terjun dari pokok kelapa dengan ketinggian enam meter jam 10.45 pagi semalam.
Ketua Kampungnya, Hashim Mansor, 63, berkata, selepas penduduk kampung, imam masjid dan anggota polis gagal memujuk, lelaki berasal dari Sabah itu nekad terjun selepas dipercayai berada di atas pokok lebih lima jam.
Ketika kejadian, Hashim sekeluarga dikejutkan dengan jeritan meminta tolong jam 7 pagi semalam sebelum keluar melihat lelaki tidak dikenali berada di atas pokok kelapa di belakang rumahnya.
“Jeritan lelaki itu menimbulkan tanda tanya penduduk dan kawasan belakang rumah saya menjadi kecoh selepas dipenuhi orang ramai. Ramai datang melihat |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » General : Begitu Mudah Aqidah Terpesong: Air Paip Disangka Air Ajaib |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 9-05-2012, 16:57 | Views: 78 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Batu Pahat – Kewujudan ‘air ajaib’ dari bumbung sebuah rumah di Taman Budiman, Parit Raja di sini yang dikatakan memiliki keistimewaan boleh menyembuhkan penyakit akhirnya terbukti hanya air paip biasa sahaja
Perkara ini didedahkan sendiri pemilik rumah setelah kediamannya diserbu Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.
Dia mengaku air yang mengalir dari bumbung rumahnya itu tidak mempunyai keistimewaan, tetapi berpunca akibat daripada paip bocor.
Ketua Operasi, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, serbuan dilakukan pihaknya ke atas rumah tersebut setelah menerima aduan masyarakat setempat selain bimbang akidah penduduk akan terpesong.
Menurutnya, serbuan berkenaan dilakukan sembilan anggota termasuk pegawai dan turut disertai Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor.
“Bagi mengelakkan akidah masyarakat terus terpesong berikutan percaya kepada perkara tidak berasas, kami bertindak menyerbu premis berkenaan hari ini (semalam).
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » General : Pendedahan Terkini Ratu Botox & Menteri Top-Up (Zahida - Shafie Apfal) |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 6-05-2012, 16:22 | Views: 228 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
oleh papparazzi - sabahkini.net
Walaupun ratu botox, Zahida Mohamad Rafiq dan Menteri Top-Up, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan hubungan sulit mereka, namun majoriti artis dan rakyat Malaysia yakin bahawa laporan media tentang hubungan mereka amat sukar disangsikan.
Gaya hidup mewah Zahida berbanding dengan pendapatannya yang 'ciput' (sedikit) tidak memungkinkan beliau menyara kehidupannya tanpa bantuan Shafie atau Datuk 'M' yang menggunakan Zahida sebagai 'Banker' dalam permainan 'Monopoly'.
Selama ini Zahida mendakwa bahawa beliau mempunyai pendapatan lumayan dan kukuh untuk menyara kehidupan mewahnya kerana memiliki dua syarikat masing-masing Noble Benchmark Sdn.Bhd (556710-V) dan Lembaran Putih Sdn. Bhd. (584803-A).
Paparazzi telah menjalankan siasatan rapi di RAM Credit Information Sdn.Bhd (RAM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menilai keboleh upayaan Zahida menyara kehidupan mewahnya dengan menjalankan perniagaan yang kononnya mengaut keuntungan yang besar; dan bukannya ditaja oleh Menteri Top-Up.
Ternyata kenyataan mantan pemandunya, Noor Azman Azemi bahawa Menteri Top-Up telah membayar RM100,000 setiap kali menemui Zahida dan sehingga kini telah menyerahkan RM1.5 juta sukar untuk disangkal.
Artis Botox, Plastik dan Kolagen kacukan Melayu-Pakistan tidak dapat hidup mewah daripada lakonan kerana selama menjadi anak wayang, Zahida hanya membintangi enam buah filem antaranya Senario, Mami Jarum, Mami Jarum Jr, Anak Mami The Movie dan Kuliah Cinta dan mendapat bayaran kurang daripada RM10,000 bagi setiap filem yang dilakonkannya.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » General : [Picture] Malaysia Lancar Lamborghini Pasaran Tempatan |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 4-05-2012, 16:05 | Views: 113 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Jumaat Mei 4, 2012 | Oleh WONG PEK MEI
KUALA LUMPUR: Malaysia kini mempunyai kereta Lamborghini sendiri dengan pelancaran "supercar" yang dibuat khusus untuk pasaran tempatan.
Kereta sukan mewah, Lamborghini Gallardo MLE (Malaysia Limited Edition), membuat kemunculan sulungnya dalam satu majlis yang gemilang di sini, Khamis.
V10 berkuasa Gallardo MLE adalah hasil kerjasama antara Lamborghini Kuala Lumpur dan syarikat itu di Itali, Automobili Lamborghini SpA setelah beberapa tahun lamanya.
Ketua Pegawai Operasi Lamborghini Kuala Lumpur Marcus Chye berkata ramai pelanggan tempatan mahu kereta mereka mempunyai kemasan dalaman model standard Gallardo tetapi dengan luaran Superleggera 570-4.
"Jadi, kita telah memberikan mereka yang terbaik daripada kedua-duanya. Kereta itu kelihatan 'garang' di luar tetapi selesa dan luas di bahagian dalam untuk pemanduan setiap hari di Malaysia," katanya.
Pengerusi Lamborghini Kuala Lumpur Chut Nyak Isham Nyak Ariff berkata model yang hanya terdapat di pasaran Malaysia ini akan mempunyai 20 unit yang dibina khas.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » General : Rumah RM4 juta artis ada hubungan dengan menteri |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 26-04-2012, 09:53 | Views: 84 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Banglo 3 tingkat bernilai RM4 juta yang dimiliki seorang artis di The Valley, Taman Bukit Indah, Ampang
KUALA LUMPUR: Seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai awal bulan ini.
Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik pelakon yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.
Menurut sumber, rumah tersebut berharga RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu awal April lalu. Malah menurut sumber itu lagi, artis wanita itu telah melakukan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos sebanyak RM1 juta.
Bagaimanapun, sumber itu memberitahu, rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama salah seorang ahli keluarganya. Bagaimanapun segala urusan berkaitan ubahsuai rumah itu dilakukan oleh artis berkenaan.
Tinjauan Harakahdaily mendapati di bahagian hadapan kediaman tersebut turut terdapat pondok pengawal dan beberapa kamera CCTV dipasang di sekeliling rumah.
Sumber turut menyatakan, pelakon tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang akan melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut.
Dalam pada itu, beliau sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » General : Kematian Bob Kuman Palsu, Bob Masih Sihat - Rakan Baik |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 21-04-2012, 18:42 | Views: 33 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Bob memegang kad yang mempunyai tarikh hari ini sebagai bukti dia masih hidup.
KUALA LUMPUR: Khabar angin mengenai kematian pelakon dan pelawak, Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang disebarkan melalui beberapa laman sosial pada Sabtu disahkan palsu.
Rakan baiknya, Mohd Razali Harun, 39, berkata Bob Kuman masih sihat dan kini berada di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara.
"Saya amat kesal dengan penyebaran khabar angin seperti ini dan sedih kerana perkara sebegini terjadi kepada Bob.
"Saya berada di sisi beliau ketika mendapat tahu mengenai khabar angin tersebut dan ingin saya jelaskan di sini bahawa Bob sihat walaupun dibantu alat pernafasan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya tahap kesihatan Bob kini sentiasa dipantau oleh pembantu perubatan di rumahnya.
Seorang rakan artis, Richie Rachman ketika dihubungi berkata, perbuatan menyebarkan berita palsu seperti ini merupakan satu perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.
"Soal hidup dan mati memang tidak boleh dibuat main-main tidak kira sama ada artis ataupun orang biasa dan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku,"
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
|
|
|
|
| |