Set as Homepage Add to Favorites
 
Control Panel
Username :  
Password :  
   
   
Register
Forgot your password?
Your Online Media and Journal » News » Gossip & Entertainments
Navigation
Home KMPlayer
Spybot Moonlight VPN
HJSplit Webmail
Chat Here Jus Monavie
 
Support
Advanced Search
Last News
Menu
Find Us on Facebook
Bok Miah

Create Your Badge
Web Activity Calendar
«    May 2012    »
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
Most Read Articles
» [New Season] House M.D Season 08 EP01 - EP22 [Finale]
» Forgive Me For Raping You (2010) DVDRip
» Strike Back (2011) Season 02 EP01 - EP10
» Senarai VCD Karaoke Melayu, English, Indonesia - For VI ...
» Side Line (2011) DVDRip
» Tequila Bum Bum (2003) IPTVRip
» [REQ] Lois & Clark: The New Adventures of Superman [All ...
» Al-Quran Interaktif (30 Juzuk 114 Surah - Sheikh Saad S ...
» [New Season] Desperate Housewives S08 EP01 - EP23 [Week ...
» "Nazmi mempunyai potensi yang hebat"
Site Info
Site Statistics
Top Author:
  1    cyberez 6301
  2    faridkl 2510
  3    Tok Dalik 2141
  4    bokmiah 2098
  5    Pakatan Rakyat 247
  6    abelexx 78
  7    heda 31
  8    wanOwan 25
  9    usery1972 17
  10    azhelmy 12


Membership:
  Total : 912   ( +4 )
  This month : 152
  This hour : 1
  Banned : 1012


Articles:
  Total : 13515  ( +14 )
  This Month : 362
  This hour : 7
  Awaiting validation : 0


Comments:
  Total : 23739  ( +40 )
  This month : 928
  This hour : 6
Site Visits
Today Visits: 4504
This Week Visits: 43192
This Month Visits: 188373
This Year Visits: 1091242
All Visits: 4761996
Record: 15751 In 21.04.2011
Who is online :
Guest Guest Guest Guest Guest Guest Google Guest Guest Guest Guest zamree Guest Guest Guest Guest istana Guest Guest Guest Guest Guest
Total: 22


The Last Registered User:
acik
ahhm30
syahforever
mas_h4ry
dedik7399
zazs
sabran
Symnamarl
Kianseng
sky3677

Last Commented
Advertiser
Archives
May 2012 (321)
April 2012 (322)
March 2012 (239)
February 2012 (369)
January 2012 (350)
December 2011 (454)
Top| Random | Latest News
Top News:
» [Video] Ceramah Ustaz Azhar Idrus
» Dato Shake - Kau Bungaku
» Koleksi 3GP - Macam-macam Ada - Part 27
» Pakej Promosi Streamyx Untuk Pelajar + Free 10.1" Netbook!
» Awek-awek Melayu Yang Seksi - Bab 2
» Awek-awek Melayu Yang Seksi
» Dilema seorang suami : Tidak Pernah Puas Di Bilik Tidur
» Koleksi 3GP - Macam-macam Ada - Part 23
» The Japanese Wife Next Door (2004)
» Koleksi 3GP - Macam-macam Ada - Part 24

Latest News:
» Datang Bulan (2011) SDTVRip
» Lebah perit hadapi Kijang
» Safe House (2012) BRRip 720p 800MB
» Kolej kroni tuntut RM15 bilion dari PTPTN
» Yeop Hitler Arah Filem Perang Pertamanya
» Remaja Maut Digilis Treler
» Pembangkang mungkin guna cara demonstrasi ganas untuk menang PRU-13 - Tun M
» ADUN: Cabutan bertuah BMW tunjukkan kegilaan
» WWW 1 terima bidaan tertinggi dengan nilai RM520,000
» Isu Shukri, Pukulan Libas Buat FAM!

Random News:
» OST Badai Pasti Berlalu
» Bleach Anime With Eng Subs EP01-EP255 Eng Subs
» Siapa Penulis Buku Politik Yang Tukar Angin?
» Cyrus (2010) DVDRip
» Tokyo Train Girls 1: Private Lessons (2009) DVDRip | Eng Subs
» Tanpa Apek Kita Malu Besar, Rajagobal Pertahan Pemain Kesayangan
» Best Magazines Collection - Part 5
» VA - Aerobic Mix Pack (2010)
» Service Manual for All Laptop and Notebook 1995-2011
» Revolusi Telefon Bimbit Dari Tahun 1985
Live Visitors

Google PageRank Checker
 
Support This Advertiser

 

Sort news by: Date | Popularity | Attendance | Commentaries | Alphabet

News » Gossip & Entertainments : Yeop Hitler Arah Filem Perang Pertamanya
 
May 26th, 2012 12:00 AM | by Syira |

KUALA LUMPUR : Sesuai dengan namanya yang diambil daripada bekas pemimpin Nazi Jerman, Hitler, Yeop Hitler Zami berasa puas apabila minatnya dalam genre perang terlangsai selepas dia tamat mengarahkan filem perang pertamanya berjudul Bravo 5 di sini baru-baru ini.

Menurut anak pelawak Allahyarham Zami Ismail ini, filem ketiga arahannya itu berkisar tentang perang menentang anasir komunis di Malaysia di mana lebih 75 peratus daripada adegan-adegan yang dipaparkan menerusi Bravo 5 adalah aksi-aksi pertempuran di medan perang.

“Jiwa perang itu memang sudah lama ada dalam diri saya. Saya banyak dipengaruhi oleh cerita-cerita perang seperti drama bersiri Combat yang popular di TV pada tahun 1980-an. Saya pula telah menunggu peluang untuk mengarahkan filem dalam genre ini sejak 10 tahun yang lalu.

“Bravo 5 adalah tentang filem perang di mana skripnya juga ditulis oleh seorang askar iaitu Mejar Zainal di mana lebih 75 peratus adalah tentang pasukan beruniform iaitu pasukan komando ATM (Angkatan Tentera Malaysia) yang menentang komunis pada era tahun 1970-an dan 1980-an.

“Ini adalah filem arahan saya yang paling mencabar kemampuan saya sebagai pengarah kerana saya dan para pelakon Bravo turut mendapat latihan di Kem Sungai Udang di Melaka bagi mempelajari sedikit sebanyak teknik di medan perang,” katanya sewaktu ditemui di sini baru-baru ini.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Gossip & Entertainments : Kontrak RM100 Ribu Milik Elfira Loy!
 
BERUNTUNG jadi orang cantik macam pelakon muda berbakat Elfira Loy yang tengah meletup-letup dalam drama Jangan Ambil Padang Kami. Baru berumur 18 tahun, rezeki Elfira kini mencurah-curah, tambahan pula dia dah bergelar Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2011.

Terbaru, Elfira bakal secara rasmi akan diumumkan sebagai duta terbaharu jenama kosmetik terkemuka Maybelline. Setahu Diva, sebelum ini duta Maybelline ialah pelakon cantik Liyana Jasmay.

Apabila Elfira dipilih sebagai duta untuk tahun kontrak bermula tahun ini, maknanya dia telah berjaya menyingkirkan nama calon-calon lain yang tak kurang hebatnya.

Paling pasti, populariti serta kredibiliti Elfira untuk diangkat sebagai duta produk berkenaan berjaya menyingkirkan nama Liyana Jasmay yang merupakan duta Maybelline sebelum ini.

Selain Elfira, Diva dengar nama-nama seperti Juliana Evans, Fathia dan Siti Saleha juga pernah ditemu duga untuk dilantik sebagai duta, tapi sudah terang lagi bersuluh, rezeki bernilai RM100,000 Maybelline itu milik Elfira Loy!
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Gossip & Entertainments : Adegan Ranjang Rusdi & Nora
 
May 14th, 2012 08:45 PM | by Syira

FILEM berjudul Mencari Cinta yang diarahkan oleh Shirin Khuzaimi buat pertama kalinya telah menggandingkan dua orang pelakon popular iaitu Rusdi Ramli dan Nora Danish.

Namun begitu, pihak media yang berkesempatan menonton sebahagian sedutan filem berkenaan dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di Ipoh, Perak, mendapati banyak adegan romantik dan ranjang yang membabitkan kedua-dua pelakon berkenaan.

Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20, Rusdi ketika ditemui berkata dia sendiri tidak menyangka perlu melakonkan adegan yang pastinya mampu mencipta sensasi apabila ditayangkan nanti.

“Biarpun sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan, tetapi bukan mudah untuk saya melakonkan adegan romantik dan ranjang. Apatah lagi melakukannya dengan pelakon cantik seperti Nora Danish dan saya pula sudah berumah tangga.

“Bagaimanapun, saya anggap setiap babak yang kami lakonkan itu sebahagian daripada tuntutan kerja. Lagipun, sebelum memulakan sesuatu babak itu saya dan Nora banyak membuat perbincangan,” ujar suami kepada komposer Sharon Anne Paul Abdullah.

Mencari Cinta mengisahkan tentang Myra (Nora Danish) yang telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin secara paksa dengan seorang pemuda kampung iaitu Razlan (Rusdi Ramli) setelah ditinggalkan kekasihnya.

Filem genre romantik diterbitkan oleh syarikat produksi Armnett Sdn. Bhd. dan Red Movies Sdn. Bhd. itu sudah tamat menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Janda Baik pada bulan Mac lalu dengan kos sekitar RM1.5 juta.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Gossip & Entertainments : Kenapa Shila Amzah Tak Puas Hati Dengan Mania?
 
KUALA LUMPUR : Gadis berusia 22 tahun ini telah mengakhiri perjalanannya dalam Mania pada minggu terakhir sebelum mereka melangkah ke pusingan akhir rancangan bagi mencari penyanyi bertaraf superstar.

Apa yang pasti, Shila Amzah yang bernaung di bawah empayar M.Nasir telah mengikut jejak Ebi dan Adira yang juga tersingkir pada malam tersebut.

Setelah hampir 12 tahun berkecimpung dalam bidang muzik, ternyata Shila Amzah tidak berpuas hati dengan penyingkirannya di Mania. Namun begitu terselit rasa lega apabila semuanya sudah berakhir.

“Saya positifkan diri saya setelah disingkirkan. Mungkin tiada rezeki untuk saya di sini. Bagi saya perjalanan di Mania agak sukar kerana saya tidak dapat keluarkan apa yang saya ada setelah kesemua pergerakan di pantau oleh produser muzik.

“Awalnya saya bercadang untuk menyanyikan lagu saya pada minggu ini, namun mereka mahu simpan lagu tersebut untuk dinyanyikan ke final. Tapi apa boleh saya buat, perjalanan saya telah berakhir pada peringkat semifinal,”ujarnya yang sedikit kecewa dengan percaturannya di Mania.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Gossip & Entertainments : Isu Ghairah, Nora Danish Tutup Mulut!
 
Kecoh seketika dunia hiburan tanah air apabila aktres kecil molek, Nora Danish, sanggup beraksi ghairah untuk majalah Glam edisi Mei/Jun 2012.

Penampilan heroin drama Tentang Dhiya ini dikatakan terlalu berani sehingga mengejutkan peminatnya. Malah, gara-gara gambar seksinya itu, bekas isteri Jejai atau Rizal Ashram ini dikritik teruk.

Namun sehingga kini Nora belum tampil memberikan penjelasan, sementelah lagi dia berada di Tanah Suci sepanjang isu ini hebat diperkatakan. Bagaimanapun, selepas pulang ke tanah air, Sabtu lalu, Nora masih juga belum bersedia.

Ketika dihubungi Zass, pembantu peribadinya, Elly memaklumkan Nora tidak boleh memberikan sebarang jawapan berhubung isu ini.

“Nora baru sahaja menandatangani perjanjian sebagai artis MIG (Metrowealth Production). Apa sahaja isu yang timbul akan dijawab oleh pihak syarikat dan buat masa sekarang dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan,” jelas Elly.

Bagaimanapun, pihak pengurusan MIG gagal dihubungi. – Sinar Harian
 
 
Comments (1)  Read more...
 
 
News » Gossip & Entertainments : Siti Dan Apex Bersatu Bantu David Teo
 
KUALA LUMPUR : Isu perang mulut antara pelawak terkenal iaitu Saiful Apek dan produser filem terkenal, Mejar David Teo bakal menemui jalan penghujung apabila pelakon filem Cicakman itu bakal mengadakan sidang media secara rasmi bagi mengumumkan angkara meletusnya pergolakan berkenaan.

Dalam pada itu, portal murai.com.my mendapat tahu penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin sedang bertungkus lumus untuk membantu penerbit filem itu.

Namun, saluran bantuan berkenaan sama sekali tidak ada kena mengena dengan isu berkenaan sebaliknya ia lebih kepada pertolongan bagi memperkembangkan lagi hubungan perniagaan yang baru saja terjalin.

Apa yang menarik, bantuan berkenaan bukan saja dibuat Siti seorang diri tetapi turut melibatkan penjaga gol kebangsaan iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apex.

Difahamkan, kedua figura yang berada dalam ranking pertama menerusi bidang masing-masing ini telah membantu David Teo dengan mencari bakat baru untuk filem atau pun drama baru terbitan MIG (Metrowealth).
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
Gossip & Entertainments, Foreign News : Aishwarya Rai Dikritik Kerana Gemuk
 
MUMBAI, India : Bintang utama Bollywood yang sinonim dengan gelaran wanita tercantik di dunia, Aishwarya Rai dikritik hebat kerana gagal menurunkan berat badan selepas lima bulan melahirkan anak sulungnya.

Menurut laman web US Weekly kelmarin, bekas Ratu Cantik Dunia itu melahirkan anak perempuan, Aaradyha pada November tahun lalu, hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Abhishek Bachchan.

Akhbar Britain, Daily Mail memetik seorang peminat Rai sebagai kecewa kerana aktres berkenaan gagal melaksanakan ‘tanggungjawab’ untuk kelihatan langsing demi peminatnya.

“Dia seorang aktres Bollywood, justeru, menjadi tanggungjawabnya untuk kelihatan langsing dan cantik,” sumber tersebut dipetik sebagai berkata.

Baru-baru ini, sebuah laman web menyiarkan klip video menunjukkan perubahan diri Rai sebelum dan selepas melahirkan anak.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Gossip & Entertainments : [Trailer] Mantera filem Sci-Fi pertama Malaysia bertaraf antarabangsa
 
NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA|18 Mei 2012

Pertama kali melihat poster filem ini, fikiran penulis terus teringatkan filem Transformers arahan Michael Bay.

Justeru, sekalung tahniah dilayangkan kepada syarikat produksi, Flare Studios Sdn Bhd kerana berani mempertaruhkan filem bercorak Sains Fiksyen bertaraf antarabangsa dengan kos yang besar, RM8.5 juta (kos yang agak besar untuk fi lem tempatan).

Diarahkan oleh Mohd Aliyar Al- Kutthy, filem Mantera dibarisi oleh Tomok, Shiqin Kamal, Kamaliya, Faezah Elai dan Yank Kassim.

Filem ini turut mendapat kerjasama daripada pelakon antarabangsa seperti Wael Al-Masri (Dubai), Mikhail Dorojkin (Russia), pelakon seni mempertahankan diri Russia Saide Dashuk-Nighmatulin, Daria Markova (Russia) dan penyanyi pop Ukraine serta pemenang Mrs. World 2008,Natalya Shmarenkova (Ukraine).

Namun, harus diingatkan, apabila melangkah ke dalam panggung, anda harus buang jauh-jauh bayangan filem Transformers kerana ini adalah Mantera.

Malah, tidak adil rasanya jika kita mahu membandingkan filem yang pembikinannya memakan kos lebih tinggi dengan filem yang kosnya jauh lebih kecil.

Perjalanan jalan cerita banyak menggunakan teknologi imej janaan komuter (CGI) termasuk babak yang melibatkan pertarungan robot. Malah, pada permulaan cerita, garapan Mantera dibuat sebaik seperti filem luar kerana kebanyakan dialog dilontar dalam bahasa Rusia dan Inggeris.

Selain itu, pengarah bijak memasukkan tempat-tempat menarik di Moscow dan Dubai bagi menarik perhatian penonton.

Biarpun cukup cemerlang dari teknik sinematografi , teknik pencahayaan filem ini kadangkala mencacatkan kerana ada beberapa babak, pencahayaan kelihatan suram, sekali gus menjejaskan mood.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Gossip & Entertainments : Saiful Apek Lupakan Hasrat Tuntut RM200,000 Daripada David Teo
 
Rabu Mei 16, 2012

Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)

Apek akur dengan keputusan mahkamah. Foto SHAARI CHE MAT

SUBANG JAYA: Pelawak Saiful Apek yang ingin membuat tuntutan sebanyak RM200,000 terhadap penerbit filem David Teo terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana tuntutan itu sebenarnya telah dibatalkan oleh mahkamah.

Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff berkata, dia tidak tahu mengenai pembatalan tuntutan berkenaan kerana tidak dimaklumkan oleh peguamnya sebelum ini.

"Tuntutan tersebut dibuat sejak tahun 2005 lagi dan saya terkejut apabila dia (David Teo) menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan kepada program hiburan Melodi di TV3 pada Ahad lalu dengan mengatakan kes berkenaan sudah ditutup. Saya langsung tak tahu apa-apa.

"Malah peguam saya sendiri tidak memberitahu hal itu kepada saya. Bagaimanapun, saya terpaksa akur dengan keputusan mahkamah seperti dinyatakan pihak yang satu lagi (David)," katanya.

Apek berkata demikian pada sidang media khas di Tease Restaurant, Subang Avenue, di sini, petang Selasa, bagi menjelaskan isu pergelutan antaranya dengan David.

Terdahulu dalam laporan akhbar sebelum ini, Apek mendakwa David yang juga pemilik syarikat Metrowealth International Group (MIG) menganiayanya apabila gagal membayar wang pelaburan sebanyak RM200,000 bagi kerjasama melaksanakan projek dua buah filem iaitu Anak Mami Kembali dan Lady Boss.

Menurut Apek, dia ditawarkan berlakon dalam kedua-dua buah filem tersebut dengan bayaran RM100,000 sebelum ia dilaburkan semula untuk dijadikan sebagai kos pembikinan filem berkenaan.

Dia juga dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak RM200,000 atau 10 peratus sebagai penerbit bersama.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Gossip & Entertainments : Aaron Aziz Dapat Tawaran Jadi Hos 'Fear Factor Asia'
 
Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)

Aaron Aziz

KUALA LUMPUR: Selepas berjaya melakar kejayaan menerusi industri lakonan, pelakon Aaron Aziz memperluaskan lagi kerjaya seninya selepas ditawarkan menjadi hos rancangan realiti Fear Factor Asia (FFA).

Aaron berkata, tawaran itu merupakan satu pengalaman baru buatnya walaupun pernah mengendalikan beberapa program televisyen (TV) sebelum ini di negara kelahirannya, Singapura.

"Sudah lama saya tidak beraksi sebagai hos program TV dan harap-harap dengan sedikit pengalaman yang ada, ia dapat diserapkan dalam FFA yang dijadualkan akan memulakan penggambaran di Afrika Selatan pada Oktober depan.

"Semoga kendalian saya dalam rancangan itu diterima ramai. Syukurlah pihak produksi FFA memberi kelonggaran kepada saya untuk beraksi dengan cara tersendiri tanpa apa-apa sekatan," katanya kepada mStar Online.

Tambah Aaron, dia bukan sahaja perlu mengacarakan rancangan tersebut tetapi turut diberi tugasan untuk melakukan aksi-aksi lasak dan berbahaya selain menaruh kebimbangan jika tidak dapat melakukannya.

"Sebagai pengacara, saya juga tidak terlepas daripada melakukan aksi-aksi lasak bagi membuktikan kelayakan saya sebagai hos FFA.

"Kalau nak tahu saya ni takut dengan ketinggian, boleh gayat dibuatnya. Apa-apa pun saya teruja untuk menjalani penggambaran ini, pasti ia menyeronokkan," ujarnya.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Gossip & Entertainments : 'Produksi Upin & Ipin Berbohong' - KP Istana Budaya
 
Pementasan Upin & Ipin gagal menandingi "Lat The Kampung Boy."

PETALING JAYA
: Pihak Istana Budaya (IB) terkejut dengan tuduhan tidak benar syarikat produksi Les'Copaque Production Sdn Bhd (LCPSB) kononnya agensi itu menolak permohonan bagi mementaskan semula teater Upin & Ipin The Musical.

Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, dia tidak pernah menerima permohonan secara rasmi daripada pengarah urusan syarikat berkenaan, Burhanuddin Md Radzi bagi menyambung semula pementasan tersebut.

"Apa yang dinyatakan Burhanuddin kebanyakannya tidak benar. Beliau hanya bertanya kepada saya secara lisan hasratnya untuk melakukan pementasan semula teater itu pada musim cuti sekolah hujung tahun ini.

“Jadi, saya memintanya menyediakan kertas cadangan untuk dihantar kepada pihak pengurusan di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).

 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Gossip & Entertainments : Tomok Gementar Tunggu Respons Dalam 'Mantera'
 
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

Tomok berdebar menanti reaksi peminat terhadap filem sulung lakonannya iaitu Mantera yang bakal ditayangkan pada 17 Mei ini.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail gementar untuk melihat penerimaan peminat terhadap lakonan pertamanya menerusi filem Mantera (MAN Transformable Exo-Robotic Armor) yang bakal ditayangkan pada 17 Mei ini.

Tomok berkata, dia gementar kerana bimbang akan mengecewakan para peminatnya menerusi lakonan pertama itu walaupun telah memberikan sumbangan yang terbaik.

"Ini adalah filem pertama lakonan saya yang bakal keluar dan sudah tentu saya rasa gementar untuk melihat reaksi penonton dan peminat terhadap lakonan saya.

"Bagaimanapun saya optimis mereka bakal menyukai filem ini secara keseluruhannya," ujarnya kepada mStar Online.

Tomok ditemui selepas menghadiri tayangan perdana filem arahan pengarah muda iaitu Mohd Aliyar Ali Kuthy di sini pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, Tomok berkata, dirinya secara peribadi berpuas hati dengan lakonannya itu dan menganggap penantian selama ini akhirnya berbaloi.

Tomok bagaimanapun memberitahu, sebagai pelakon baru dia masih perlu mempelajari pelbagai perkara tentang selok-belok lakonan dan tidak boleh terlalu mudah berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan.
 
 
Comments (1)  Read more...