 |
| Menu |
 |
|
 |
| Find Us on Facebook |
 |
|
 |
| Web Activity Calendar |
 |
 |
| « February 2012 » |
|---|
| | | | | | |
|---|
| | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | | 27 | 28 | 29 | |
|
 |
|
 |
 |
| Top| Random | Latest News |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Sports : Alkohol : Firdaus Menyesal, Digantung FAS |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | Today, 01:24 | Views: 12 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Oleh Aiman - suarasukan1mas
“saya cukup menyesal di atas tindakan saya, dan bersedia menerima apa sahaj hukuman yang akan dijatuhkan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bolasepak Singapura, saya akan beri kerjasama penuh, dan saya akan dedahkan fakta sebenar isu ini dalam tempoh terdekat..”.
Demikian reaksi pemain tengah Lions XII, Firdaus Kasman selepas dia digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bolasepak bagi satu tempoh yang ditetapkan selepas didapati bersalah tidak mematuhi kod tatatertib pemain yang telah ditetapkan Persatuan Bolasepak Singapura.
Ini ekoran insiden Firdaus mengambil alcohol (arak) ketika meraikan Majlis Hari Jadinya baru-baru ini, dan ia melanggar salah satu daripada Peraturan Tatatertib dan Etika Professional Pemain yang ditetapkan FAS, yang menyebut pemain dilarang sama sekali mengambil alcohol dalam apa jua keadaan tanpa mengira tempat dan waktu.
Pemain berusia 24 tahun itu, kini berada dalam pengawasan pihak polis sejak ditahan di Clarke Quay Sabtu lalu, dan dilaporkan sudahpun terlepas sessi latihan untuk dua hari. Malah, dia juga gagal melaporkan kepada pegawai pasukan tentang ketidakhadirannya.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » General : [Bergambar] Sultan Kelantan Ziarah Keluarga Mangsa Lemas |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | Today, 00:07 | Views: 10 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Bachok – Keluarga dua beradik mangsa lemas di Kampung Tualang Salak dekat sini terharu atas keprihatinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli menziarah mereka petang kelmarin.
Gambar: Keluarga dua beradik mangsa lemas 23 November lalu terharu atas keprihatinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang sudi mencemar duli ke kediaman mereka. Baginda yang tiba di kediaman nenek mangsa, Saudah Mat Yaakob, 63, disambut Ketua Jajahan Bachok, Zulkifli Abdul Rahman; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain dan beberapa pegawai kerajaan lain. Bapa mangsa, Ruslan Ab. Ghani, 46, berkata, dia amat berbesar hati apabila diberitahu bahawa Sultan Kelantan akan mencemar duli ke rumahnya dua hari lalu.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » General : Pelajar Berkebolehan Berbahasa Korea Selepas Koma Berkaitan Para Sedar, (Bukan Jin) |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | Today, 00:03 | Views: 8 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
KUALA TERENGGANU – Kebolehan seorang pelajar, Noraini Ismail, 17 bertutur dalam pelbagai bahasa setelah terlibat kemalangan jalan raya berkemungkinan ada hubung kait dengan pengalaman para sedar dilaluinya.
Ketua Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Madya Dr Ruhani Mat Min (gambar kiri) berkata, perkara sebegini mungkin berlaku di negara kita namun ia tidak dilaporkan secara formal.
Bagaimanapun katanya, jika dilihat daripada perspektif psikologi dan kaunseling ia melibatkan emosi seseorang itu yang teruja ataupun timbul keseronokan pada sesuatu perkara melalui pengalaman secara tidak formal.
“Pengalaman secara tidak formal ini boleh diperoleh melalui pembacaan, menonton televisyen dan sebagainya. Tambahan pula sekarang setiap petang kita disajikan dengan rancangan drama Korea dan Mandarin yang menarik.
“Namun apa yang berlaku kepada pelajar ini (Noraini) ada kaitannya dengan pe-ngalaman para sedarnya dan ia perlu dilihat dari sudut positif berhubung kebolehannya bertutur dalam bahasa Korea serta Mandarin yang diperoleh tanpa pembelajaran secara formal,” katanya ketika ditemui pada Program Pengenalan UMT di sini, semalam.
Sinar Harian semalam melaporkan kejadian pelik yang menimpa seorang pelajar, Noraini Ismail dari SMK Nasiruddin Shah, Alor Lintang, Besut apabila dengan
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | Today, 00:00 | Views: 14 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
ARAU: Padah menipu ibu sendiri semata-mata untuk keluar bersama teman lelaki, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun diperlakukan seperti hamba seks apabila dirogol sekurang-kurangnya empat kali oleh empat lelaki berbeza dalam tempoh lima jam, minggu lalu.
Kejadian itu berlaku ketika mangsa dikatakan dibawa teman lelakinya yang berusia 17 tahun ke sebuah pondok di kawasan sawah padi di Ngulang dekat sini, kira-kira jam 8 malam, 30 Januari lalu, sebelum merogolnya.
Selepas dirogol teman lelakinya, mangsa dikatakan dipaksa melayan nafsu tiga lagi suspek lain yang juga rakan kepada teman lelakinya sepanjang kira-kira lima jam berada di pondok berkenaan.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu susulan laporan polis dibuat mangsa pada pagi 31 Januari lalu.
Mengulas kes itu, beliau berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan memaklumkan kepada ibunya untuk ke pasar malam berdekatan rumah, sebelum melencong ke tempat lain bersama teman lelakinya.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | Yesterday, 12:45 | Views: 35 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Oleh Hafizan Taib| 06/02/2012
SHAH ALAM 6 FEB: Usaha sebuah cabang PKR Negeri Sembilan untuk mengadakan ceramah di Rantau, Negeri Sembilan semalam dihalang oleh sekumpulan lelaki bersenjata tajam yang mendakwa mereka penyokong Umno-BN.
Setiausaha PKR Rembau, Nor Azizi A Aziz berkata insiden itu berlaku apabila petugas PKR dari Cabang Rembau tengah membuat persiapan bagi ceramah itu di kawasan lapang di dalam Taman Jade Indah, Rantau.
"Ketika beberapa petugas sedang membuat persiapan bagi menjayakan ceramah itu pada kira-kira jam 6.30 petang, datang sekumpulan lebih kurang 30 orang bersenjata tajam ke arah mereka lalu membuat ugutan supaya ceramah itu tidak diteruskan.
"Kumpulan mereka menjadi lebih besar selepas itu dengan kehadiran lebih ramai orang. Salah seorang daripada mereka mengakui sebagai Ketua Kampung Kuala Sawah manakala yang lainnya mengatakan mereka penyokong Umno-BN.
"Mereka juga menyatakan tidak akan membenarkan sebarang program atau ceramah PR diadakan di situ kerana kawasan itu kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan," katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.
Kumpulan itu juga melaungkan kata-kata kesat kepada petugas PKR berbangsa India yang terlibat di dalam kerja-kerja persiapan ceramah tersebut.
Azizi berkata, kehadiran polis selepas itu menyebabkan kumpulan tersebut bersurai meninggalkan kawasan tapak ceramah itu.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | Yesterday, 12:35 | Views: 18 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Genap tiga tahun: Najib ketua perampas di Perak- Nizar
PERAK 6 Feb: Hari ini genap tiga tahun rampasan kuasa di Perak, menyaksikan kerajaan sah dipilih oleh rakyat menerusi amalan pilihan raya, tumbang akibat kerakusan kuasa Umno-BN.
Tarikh ini juga merupakan detik hitam dalam sejarah negara apabila agensi kerajaan diperalatkan untuk menghalalkan rampasan kuasa tersebut, sekaligus menandakan berkuburnya demokrasi di negara ini.
Sempena memperingati hari berkenaan, pemimpin Pakatan Rakyat Perak bersama para penyokong hari ini berpakaian serba hitam dan berkumpul di bawah pohon demokrasi berdekatan Dewan Undangan negeri.
Pimpinan Pakatan Rakyat diketuai bekas menteri Besar yang digulingkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Datuk Ngeh Kor Ham, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bajkar Hussein dan Naib Presiden KEADILAN, Dr Lee Boon Chai turut memberikan ucapan.
Bercakap kepada keadilandaily, Mohamad Nizar mengingatkan semula kaedah jijik yang digunakan Umno-BN merampas Perak di bawah Pakatan Rakyat, diketuai timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | Yesterday, 00:27 | Views: 30 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Oleh Sayuti Omar
Malam tadi saya hadir majlis Mahabbah Anak-Anak Kedah di Perantauan bertempat di Dewan Mohd Fadzil Noor kompleks KUIZM di Taman Melawar Gombak. Di backdrop tertera yang akan menjadi tetamu ialah MB Kedah Azizan Razak, Mahfuz Omar, Saifuddin Nasution Ismail dan Dr Mariah Mahmud.
Ingat boleh berjumpa dengan Azizan Razak untuk bertanya mengenai serangan anak muda ke atas beliau berhubung kenyataannya mempertahankan tindakan KUIN yang mengenakan tindakan AUKU untuk menggantung lima orang mahasiswanya yang tunjuk perasaan.
Tetapi mendukacitakan sedikit kerana Azizan tidak hadir. Seorang orang kuat Pas Kedah memberi tahu Azizan ke Terengganu berjumpa dengan presiden Abdul Hadi Awang. Katanya ada hal penting. Tetapi saya sudah boleh mengagak pemergian Azizan itu adalah untuk menyerahkan senarai calon Pas Kedah dan pembahagian kerusi dengan PKR dan DAP.
Nampaknya negeri Kedah menjadi negeri terawal telah finalize calon-calonnya untuk diletakkan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Perkembangan ini menunjukkan Pas Kedah tidak ada sebarang masalah dan perebutan calon. Situasi ini memberi peluang cerah Pas dan PKR untuk mempertahankan kerajaan Kedah dalam pilihan raya akan datang.
Bukan saja Azizan, Saifuddin yang baru menerima gelaran Datuk yang dijangka hadir juga tidak hadir. Saifuddin ketika ini katanya berada di Turki bersama Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali dan lain-lain. Saifuddin bersama rombongan Anwar akan pulang 11 Februari nanti. Sebelum itu mereka akan ke Makkah untuk mengerjakan umrah. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Rencana : Apabila Seks Sudah Menjadi Perkara Biasa Bagi Pelajar Sekolah |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | Yesterday, 00:16 | Views: 62 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Kuala Lumpur – Isu pelajar sekolah mengadakan hubungan seks atau mengandung anak di luar nikah bukanlah merupakan sesuatu yang baru untuk diperkatakan pada hari ini.
Menurut borak-borak penulis bersama beberapa guru di sekolah-sekolah menengah sama ada swasta mahupun bantuan penuh kerajaan, boleh dikatakan hampir setiap tiga bulan mereka diberitahu mengenai kes-kes baru membabitkan hubungan terlarang di kalangan anak-anak murid mereka itu.
Sampai ke satu tahap, cuping telinga guru-guru seolah-olah tepu dan bosan dengan masalah sosial yang kian membarah di kalangan pelajar.
“Apa yang kami mampu, kami dah buat..panggil, nasihat, berleter, kaunseling..nak pukul tak dibenarkan pulak.
“Kami ada beritahu ibubapa pelajar-pelajar ni, mak bapak diorang datang..tapi bukan nak menegur atau berbincang masalah anak..diorang siap marah kami lagi..kononnya kami ada-adakan cerita..dia kata anaknya baik je kat rumah.
“Dalam meeting PIBG pun ada suarakan..tapi cikgu-cikgu jugak yang dipersalahkan..memang kami pendidik..kami beri ilmu..tapi kalau anak-anak mereka tak gunakan ilmu tu dan buat suka hati macamana pulak? Takkan salah kami jugak?,” keluh guru-guru tersebut.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Tragedy : Pelik Tapi Benar: Dia Boleh Bertutur Bahasa Korea Dan Mandarin Selepas Kemalangan |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | Yesterday, 00:02 | Views: 53 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Miliki kebolehan luar biasa
BESUT - Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemala-ngan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.
Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.
Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.
“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.
Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 6-02-2012, 12:44 | Views: 25 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menolak desakan Tan Sri Rafidah Aziz supaya beliau mengundurkan diri selepas terheret dengan skandal projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
Bercakap kepada wartawan selepas majlis penyampaian hamper sempena sambutan Maulidul Rasul, di Wad Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Kuala Lumpur hari ini, Shahrizat berkata beliau tidak akan mengulas kerana dia tidak mahu dianggap kurang ajar terhadap bekas ketuannya itu.
"Saya tidak mahu serang orang yang lebih tua daripada saya, saya datang dari keluarga di mana ibu bapa saya mengajar saya untuk tidak kurang ajar kepada sesiapa, lebih-lebih lagi mereka yang lebih tua daripada saya, jadi saya akan tutup mulut," katanya.
Khamis lalu, akhbar Malay Mail menyiarkan pada halaman utamanya, gesaan Rafidah supaya penggantinya meletakkan jawatan kerana menimbulkan masalah kepada Umno.
Ditanya sama ada keengganan beliau untuk meletak jawatan dari kerajaan mahupun parti akan menjejaskan reputasi Umno, Shahrizat berkata kontroversi adalah perkara biasa bagi mana-mana pemimpin politik.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
|
|
|
|
| |