 |
| Menu |
 |
|
 |
| Find Us on Facebook |
 |
|
 |
| Top| Random | Latest News |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
Info Sihat : WASPADA: 5 Jam Sehari Di Depan Komputer Atau Laptop Boleh Merosakkan Jantung |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 25-01-2012, 00:30 | Views: 86 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Menurut kajian, menghabiskan waktu lebih dari 5 jam sehari di depan komputer boleh merosakan jantung dan menjurus ke kematian lebih cepat. Penyebabnya adalah posisi duduk, terutama duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika orang bekerja dengan komputer, bermain game, ataupun menonton televisyen.
Penelitian tersebut dilakukan oleh Emmanuel Stamatakis, peneliti dari University College London. Ia melakukan penelitian terhadap lebih dari 4,500 orang berusia ke atas 35 tahun dan hasilnya dikeluarkan di Journal of the American College of Cardiology.
Penemuan ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berhubung bahayanya duduk lama-lama . Padahal, kecenderungan yang terjadi saat ini adalah orang semakin banyak yang duduk di depan komputer saat bekerja.
“Orang yang menghabiskan waktu lebih dari 4 jam berturut-turut per hari di depan komputer memiliki peluang 125 % lebih tinggi akan mengalami kematian berkait dengan penyakit jantung berbanding mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang dari 2 jam di depan layar,” kata Stamatakis, seperti diambil dari Examiner.
Stamatakis menyebutkan, dari penelitian, mereka juga menemukan bahwa 48% orang yang menghabiskan waktu 4 jam di depan komputer berturut-turut juga berpeluang mengalami kematian lebih cepat akibat faktor lain di luar jantung. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
Info Sihat : Minyak Masak Kitar Semula Berbahaya Untuk Kesihatan |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 13-12-2011, 12:53 | Views: 15 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Oleh P. ARUNA
PETALING JAYA: Minyak masak yang dijual dalam bungkusan 1 kilogram (kg) di pasaran mungkin dikitar semula.
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi berkata, ujian yang dijalankan ke atas 19 jenama minyak masak murah di seluruh negara mendapati minyak masak yang telah digunakan dan didedahkan pada haba panas berulang kali tidak selamat untuk kesihatan pengguna.
Beberapa pengilang dipercayai membeli minyak masak terpakai di restoran menerusi orang tengah dan memprosesnya semula untuk dijual.
Sampel yang dihantar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk diuji ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati semua 19 jenama tidak menepati piawaian antarabangsa.
Akta Makanan 1983 masih belum menyenaraikan piawaian untuk menguji bahan campuran yang terkandung dalam minyak masak.
Kesatuan Eropah menetapkan bahawa bahan campuran sepatutnya berada pada tahap 25 peratus manakala Australia dan Switzerland menghadkan 27 peratus.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: bokmiah | 13-11-2011, 10:39 | Views: 106 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Oleh NORAINON OTHMAN
USAH pandang ringan jika anda mengalami masalah hidung berdarah atau tersumbat, terutama sebelah bahagian saja. Anda mungkin menyangka suhu badan terlalu panas hingga darah keluar dari hidung atau hidung tersumbat disebabkan selesema.
Walaupun ia menyerupai gejala masalah kesihatan lain, ia sebenarnya antara gejala kanser hidung atau nasopharyngeal carcinoma (NPC).
Kanser ini terjadi pada bahagian belakang hidung dan di atas tekak. Pesakit kanser hidung juga mungkin tidak menyedari mereka menghidap penyakit itu kerana cuma mengalami sakit biasa seperti bengkak di leher, telinga berdengung di sebelah bahagian, sakit kepala yang berterusan mahupun penglihatan kabur atau imej yang dilihat berbayang.
Risiko lelaki mendapat kanser hidung dua kali ganda lebih tinggi berbanding wanita. Di Malaysia, penyakit ini sering dihidapi lelaki Cina dengan nisbah 14:100,000 manakala perempuan Cina (3.8).
Di kalangan lelaki Melayu, daripada 100,000 orang, empat mungkin terdedah penyakit itu manakala wanita Melayu dengan nisbah 1.3. Masyarakat India paling sedikit dikesan mengalami masalah itu iaitu 1:100,000 (lelaki) dan 0.2 (wanita). |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: bokmiah | 13-11-2011, 10:36 | Views: 131 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Oleh NORAINON OTHMAN
PROSEDUR... kolonoskopi dalam usus besar.
PENDARAHAN ketika buang air besar sesuatu yang membimbangkan, terutama di kalangan mereka yang lanjut usia. Namun, masalah itu sukar dikongsi bersama kerana ramai menganggap ia memalukan.
Sebilangan individu pula memandang ringan dengan menyangkakan ia bukan masalah besar kerana pendarahan akan berhenti selepas beberapa ketika tanpa perlu mendapatkan rawatan. Pakar Bedah Am Hospital Pantai Cheras, Dr Imtiaz Shahrir Hamid, berkata jika seseorang mengalami masalah pendarahan ketika buang air besar biarpun hanya sekali, mereka dinasihati berjumpa doktor.
“Mereka perlu berjumpa doktor, terutama pakar pembedahan am atau usus besar, pakar gastroenterologi untuk mendapatkan kepastian sama ada siasatan lanjut patut dilakukan bagi memastikan tiada masalah ketumbuhan kanser usus besar atau rektum yang kini semakin menjadi-jadi.
“Saya pernah melihat beberapa pesakit muda berumur 30 hingga 40 tahun berdepan masalah kanser usus besar. Selalunya ketumbuhan mereka sungguh agresif dan cepat merebak ke hati dan paru-paru,” katanya.
Pendarahan ketika membuang air besar punya banyak faktor, antaranya ketumbuhan kanser di dalam usus besar (kolon) dan rektum (bahagian hujung usus besar yang menyimpan najis) atau dubur.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
Info Sihat : Waspada: Kurang Tidur Boleh Sebabkan Penyakit Jantung Dan Angin Ahmar |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 9-10-2011, 23:37 | Views: 115 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.
Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.
Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau.
Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.
Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
Info Sihat : Waspada: Merbahaya Memakan Buah-buahan Yang Diperam Dengan Gas Carbide |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: Tok Dalik | 5-10-2011, 10:39 | Views: 172 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Buah diperam dengan gas carbide tidak selamat Oleh SM Mohamed Idris
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihati pengguna supaya tidak memakan buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide kerana terdapat maklumat yang cukup mengenai bahayanya kepada kesihatan.
Calcium carbide mempunyai ciri-ciri penyebab kanser dan boleh mengakibatkan gangguan saraf. Ia boleh menyebabkan bunyi berdesing dalam telinga, kebas dan penyakit saraf periferal.
Jika wanita hamil memakan buah yang telah diperam bersama carbide, ada kemungkinan bayi yang akan lahir berkeadaan cacat.
Adalah tidak wajar Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan carbide selamat untuk dimakan sebelum menjalankan siasatan.
Sekadar menyebut bahawa amalan yang sama dilakukan di negara-negara lain bukan bermakna ia selamat.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
Info Sihat : Terapi Ikan Tidak Bersih Malah Boleh Sebarkan Penyakit |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 4-10-2011, 10:24 | Views: 165 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Rawatan gigitan ikan kecil di spa jejas kesihatan
ABU DHABI: Pakar perubatan memberi amaran rawatan kaki menggunakan gigitan ikan kecil sambil merendamkan kaki di dalam air yang kian popular termasuk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak tahun lalu boleh memberi kesan negatif ke atas kesihatan. Gambar fail.
Rawatan yang menggunakan ikan dikenali sebagai Garra Rufa atau juga dikenali dengan nama seperti ikan doktor, ikan digunakan untuk memakan sel kulit mati kaki dan buku lali pelanggan. Ikan berkenaan biasanya ditemui dari sungai terutama di Turki, Syria, Iraq dan Iran yang tidak mempunyai gigi tetapi menggigit kulit mati pada kaki.
Sebelum digunakan untuk rawatan beratus-ratus ekor ikan akan dibiarkan tanpa makan bagi membolehkan mereka memakan sel kulit apabila diperlukan.
Rawatan itu biasanya mengambil masa 20 minit diikuti dengan rawatan kaki tradisional kerana bukan semua sel kulit mati dikeluarkan ikan itu. Rawatan ini membabitkan kos kira-kira 95 Dirham (RM82). |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
|
|
|
|
| |