 |
| Menu |
 |
|
 |
| Find Us on Facebook |
 |
|
 |
| Top| Random | Latest News |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 21-11-2010, 13:58 | Views: 34 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
DAN mengapa tidak ada (penduduk) suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan daripada mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai kepada waktu tertentu. (Yunus: 98)
Terdapat sebuah negeri yang bernama Ninawa yang mana kebanyakan penduduknya menyembah berhala. Hampir setiap rumah di negeri tersebut dipenuhi dengan patung-patung yang diperbuat daripada batu. Penduduk di situ hidup dalam kejahilan, kegelapan, kesesatan dan menyimpang daripada jalan Allah.
Untuk menyedarkan penduduk di kampung tersebut, Allah telah mengutuskan Nabi Yunus untuk memberi cahaya melalui agama Allah dan menghindarkan mereka daripada kegelapan menyembah patung berhala. Nabi Yunus tidak mempunyai ikatan persaudaraan atau perkauman dengan penduduk tersebut. Kehadirannya adalah sebagai orang asing hanya ingin berdakwah serta membimbing mereka ke jalan yang benar. Nabi Yunus mahu mereka insaf dan sedar bahawa berhala-berhala yang disembah itu adalah barang buatan yang tidak berguna. Tuhan yang harus disembah ialah Allah, yang telah menjadikan bumi, langit, bulan, matahari dan segala-galanya.
Apabila penduduk di negeri tersebut mendengar dakwah yang dibawa oleh Nabi Yunus, mereka menjadi sangat terkejut dan menganggap ia bertentangan dengan tradisi kehidupan mereka turun-menurun iaitu menyembah berhala dan memuja batu yang berupa patung. Tambahan pula mereka tidak akan tunduk dan patuh kepada kata seseorang daripada kalangan rakyat biasa, bukan raja atau bangsawan, apatah lagi yang tidak mempunyai kekayaan dan kekuasaan.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 18-10-2010, 12:44 | Views: 89 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Surah al-Fatihah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan ‘mim’ dan ada ayat yang akhirnya dengan ‘nun’. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan.
Antaranya ialah:
- 1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu
Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak.
Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.
- 2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan
Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.
Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: bokmiah | 22-08-2010, 00:30 | Views: 131 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Rasulullah s.a.w soal Iblis mengenai puasa bulan Ramadhan..
Jawap iblis..
“Ya Rasulullah! Inilah satu bencana amat besar bagiku. Bila tibanya bulan ini, bersinarlah cahaya di Arasy serta Kursi, dan semua malaikat bersukaria. Bagi mereka yang berpuasa akan mendapat kurnia besar dari Allah. Dosa mereka di ampuni, digantikan dengan pahala kebajikan dan tidak ditulis kesalahan mereka selama berpuasa.
"Yang lebih nenyakitkan hatiku lagi, ialah semua isi langit, bumi serta semua makhluk bernyawa sentiasa mendoakan mereka, siang malam memohon keampunan. Bagi mereka yang berpuasa, akan dimerdekakan Allah setiap hari Ramadan dengan 1,000 merdeka dari azab neraka.. semua pintu neraka akan di tutup dan di bukakan semua pintu syurga. Pada hari bermulanya umatmu berpuasa,
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: bokmiah | 22-08-2010, 00:28 | Views: 60 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Diriwayatkan oleh Muadz bin Jabal RA dari Ibn Abbas RA, ia berkata..
"Kami bersama Rasululah SAW berada di rumah seorang kawan dari golongan Anshar dalam sebuah jamaah. Tiba-tiba, ada yang memanggil dari luar..
“ Ooo tuan rumah, boleh aku tumpang masuk, kerana kamu perlu padaku!"
"Kamu tahu tak siapa yang panggil itu?" Tanya Rasul pada kawannya.
"Tentu Allah dan Rasulnya lebih tahu." Jawab kawannya.
"Dia adalah Iblis terkutuk, semoga Allah laknatkannya." Jawab Rasul.
Umar bin Khattab membalas,"Ya Rasulullah, izinkan aku bunuh sahaja?"
"Sabar Umar." Bisik Rasul perlahan. "Engkau tak tahu ke, dia termasuk mereka yang ditunda kematiannya hingga waktu tertentu? Sekarang, sila buka pintu untuknya, kerana dia sedang diarahkan Allah SWT. Fahami apa yang dia kata dan dengar apa yang dia beritahu kamu." |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: faridkl | 17-08-2010, 11:41 | Views: 193 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
2010/08/17 KAUM Ad sudah lenyap dan selepas sekian lama muncul pula kaum Tsamud mendiami negeri yang sama. Negeri yang musnah itu dibangunkan semula hingga menjadi lebih maju daripada sebelumnya dengan hasil bumi melimpah ruah.
Kehidupan kaum Tsamud tidak ubah seperti Ad, tidak mensyukuri nikmat Allah malah dengan bangga dan tinggi diri menonjolkan kekayaan dimiliki. Bagi mereka harta yang dimiliki kekal selama-lamanya. Harta benda dan keseronokan duniawi menyebabkan mereka lupa diri dan Tuhan Yang Maha Pencipta sehingga menjadikan batu sebagai tempat pemujaan.
Batu yang disembah itu diberi pelbagai nama seperti Wad, Jad, Syams, Manaf, Manat dan al-Lata. Akidah mereka terpesong, lalu Allah mengutuskan Nabi Salleh untuk menunjukkan jalan kembali kepada kebenaran, iaitu mengakui Allah sebenarnya berhak disembah, bukan batu berhala yang tidak mempunyai sebarang kuasa. Kaum Tsamud yang sudah hidup selesa menolak Nabi Salleh.
Segala diucapkan Nabi Allah itu ditentang mereka, malah bagi mereka Salleh terkena ilmu sihir sehingga sanggup mengaku sebagai utusan Allah. Satu ketika, mereka bersemuka dengan Nabi Salleh untuk melihat bukti kenabiannya. Kalangan mereka mencabar Nabi Salleh dengan berkata: "Jika kamu dapat mengadakan mukjizat, kamu memang benar nabi.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: bokmiah | 14-08-2010, 16:02 | Views: 293 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air dikebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
|
|
|
|
| |