Set as Homepage Add to Favorites
 
Control Panel
Username :  
Password :  
   
   
Register
Forgot your password?
Your Online Media and Journal » News » Rencana » Pemburu tiga juta virus komputer
Navigation
Home KMPlayer
Spybot Moonlight VPN
HJSplit Webmail
Chat Here Jus Monavie
 
Support
Advanced Search
Last News
Menu
Find Us on Facebook
Bok Miah

Create Your Badge
Web Activity Calendar
«    May 2012    »
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
Most Read Articles
» [New Season] House M.D Season 08 EP01 - EP22 [Finale]
» Forgive Me For Raping You (2010) DVDRip
» Strike Back (2011) Season 02 EP01 - EP10
» Senarai VCD Karaoke Melayu, English, Indonesia - For VI ...
» Side Line (2011) DVDRip
» Tequila Bum Bum (2003) IPTVRip
» [REQ] Lois & Clark: The New Adventures of Superman [All ...
» Al-Quran Interaktif (30 Juzuk 114 Surah - Sheikh Saad S ...
» [New Season] Desperate Housewives S08 EP01 - EP23 [Week ...
» "Nazmi mempunyai potensi yang hebat"
Site Info
Site Statistics
Top Author:
  1    cyberez 6300
  2    faridkl 2510
  3    Tok Dalik 2141
  4    bokmiah 2098
  5    Pakatan Rakyat 247
  6    abelexx 78
  7    heda 31
  8    wanOwan 25
  9    usery1972 17
  10    azhelmy 12


Membership:
  Total : 911   ( +3 )
  This month : 151
  This hour : 0
  Banned : 1012


Articles:
  Total : 13514  ( +13 )
  This Month : 361
  This hour : 6
  Awaiting validation : 0


Comments:
  Total : 23739  ( +40 )
  This month : 929
  This hour : 6
Site Visits
Today Visits: 2841
This Week Visits: 41529
This Month Visits: 186710
This Year Visits: 1089579
All Visits: 4760333
Record: 15751 In 21.04.2011
Who is online :
Guest Guest Guest Google Guest Guest Guest Guest Guest Guest Guest Guest Guest vtcom Guest Guest Guest Guest
Total: 18


The Last Registered User:
syahforever
mas_h4ry
dedik7399
zazs
sabran
Symnamarl
Kianseng
sky3677
Abdul Khalid
alangreat

Last Commented
Advertiser
Archives
May 2012 (320)
April 2012 (322)
March 2012 (239)
February 2012 (369)
January 2012 (350)
December 2011 (454)
Top| Random | Latest News
Top News:
» [Video] Ceramah Ustaz Azhar Idrus
» Dato Shake - Kau Bungaku
» Koleksi 3GP - Macam-macam Ada - Part 27
» Pakej Promosi Streamyx Untuk Pelajar + Free 10.1" Netbook!
» Awek-awek Melayu Yang Seksi - Bab 2
» Awek-awek Melayu Yang Seksi
» Dilema seorang suami : Tidak Pernah Puas Di Bilik Tidur
» Koleksi 3GP - Macam-macam Ada - Part 23
» The Japanese Wife Next Door (2004)
» Koleksi 3GP - Macam-macam Ada - Part 24

Latest News:
» Lebah perit hadapi Kijang
» Safe House (2012) BRRip 720p 800MB
» Kolej kroni tuntut RM15 bilion dari PTPTN
» Yeop Hitler Arah Filem Perang Pertamanya
» Remaja Maut Digilis Treler
» Pembangkang mungkin guna cara demonstrasi ganas untuk menang PRU-13 - Tun M
» ADUN: Cabutan bertuah BMW tunjukkan kegilaan
» WWW 1 terima bidaan tertinggi dengan nilai RM520,000
» Isu Shukri, Pukulan Libas Buat FAM!
» Baisers exotiques (1981) TVRip

Random News:
» Lelaki Cari Adik Maut Dirempuh Komuter
» Maximum Pool v1.7 (2010 release)
» Bellydance Videos Collection
» Erotic Retreat DVDrip 18+
» Joomla! 1.5 Multimedia
» Bojan Semakin Pening Kepala
» Incest Story By Mother Warmth - Natsuko Kayama
» How to Remove saved Passwords in Mozilla Firefox Browser 3.5 and above
» Langkah bawa Felda ke Bursa mirip ‘gali kubur’ peneroka, kata bekas pegawai Felcra
» Hassan Ali Menongkah Arus, Tolak Keputusan Pimpinan PAS Pusat, Sertai HIMPUN
Live Visitors

Google PageRank Checker
 
Support This Advertiser

 

News » Rencana : Pemburu tiga juta virus komputer
 

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

PENAMPILANNYA bersahaja tetapi luar biasa. Begitulah personaliti seorang konsultan virus komputer, Dr. Looi Hoong Thoong, 67, ketika ditemu bual di pejabatnya di Looi Software, Pulau Tikus, Pulau Pinang baru-baru ini.


Biarpun pertama kali bertemu, sikap peramahnya membuatkan perbualan kami tidak terhenti dan berjaya merungkai seribu satu cerita daripada anak jati Bukit Mertajam ini.


Siapa Hoong Thoong yang turut dikenali sebagai Uncle Looi ini?


Mendekati diri warga emas terbabit, beliau rupa-rupanya antara pencipta program antivirus terawal dunia, V-Buster.


Pemegang Ijazah Sarjana Muda Arkitektur ini berkata, kerjaya sebagai pereka program komputer memerlukan ketajaman fikiran dan ia lebih mencabar berbanding arkitek pembinaan.


Berbanding seorang arkitek, kata Looi, mereka hanya duduk di atas kerusi sambil memikirkan projek yang hendak dilaksanakan. Ia tidak melibatkan pengiraan dan kod bahasa seperti pereka perisian.


“Kerjaya kreatif ini bermula ketika usia saya sembilan tahun apabila saya berjaya mencipta sebuah alat pencetak gambar hitam putih bersaiz kecil.

 

“Tidak sangka dengan menggunakan peralatan sedia ada di rumah sahaja seperti kaca, transistor dan litar, saya berjaya menghasilkannya walaupun dalam bentuk tidak seberapa,” ujarnya yang mengaku tidak gemar menelaah bahan bacaan sejak zaman persekolahan.


“Inilah gaya hidup saya sejak di bangku sekolah sehinggalah melanjutkan pengajian ke Universiti Adelaide di Australia pada tahun 1962.


Langkah pertama

“Emak selalu memukul saya kerana malas membaca buku. Guru-guru di sekolah juga selalu memarahi saya kerana tidak memberi tumpuan di dalam kelas.


“Saya rasa tidak perlu membaca semua buku itu. Cukup dengan melihat formula mahupun tajuk-tajuk di dalamnya, saya sudah mengetahui kandungannya.


“Keputusan peperiksaan saya juga cemerlang,” jelas Looi yang menganggap ia kebolehan semula jadi beliau. Bapa kepada tiga cahaya mata ini menjelaskan, minat dalam bidang elektronik bermula selepas beliau menyaksikan tayangan filem bersiri popular pada awal tahun 1960 iaitu The Man From U.N.C.L.E.


V-BUSTER yang sezaman dengan perisian antivirus lain seperti McAfee dan Dr. Solomon mempunyai 1.5 juta pengguna berdaftar di seluruh negara.

Setelah menonton, beliau berjaya mencipta pintu pagar kawalan radio di rumahnya yang masih berfungsi dengan baik sehingga kini.


“Rakan-rakan kata saya gila kerana sebelum ini saya tidak tahu langsung mengenai peralatan elektronik.


“Tetapi dengan membuat sedikit uji cuba, saya berjaya membuatnya berfungsi sehingga kini,” cerita beliau.


Bagaimanapun, pada era kemunculan mikro-komputer, Looi berjinak-jinak dengan dunia pengkomputeran pula.


“Pada awal tahun 1980-an, harga komputer terlalu mahal. Ketika itu saya tidak mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk membeli sebuah komputer yang berharga RM5,000.


“Saya sedaya upaya mengunjungi kesemua kedai buku dan membelek majalah serta buku-buku yang ada kaitan dengan cara mencipta komputer,” katanya.


Beritahunya lagi, dengan memasang litar integrasi yang lengkap dengan beberapa peralatan seperti transistor dan diod pemancar, Looi sekali lagi berjaya menghasilkan sebuah unit pemprosesan sepusat (CPU) dengan rangka luarnya menggunakan kayu.


Bagaimanapun, katanya, beliau terpaksa membeli sebuah monitor terpakai yang sudah rosak daripada seorang rakan pada harga RM2,000 sebelum membaiki dan memasukkan perisian ringkas.


“Disebabkan kurang perisian, saya teruja untuk mencipta program sendiri.


“Saya cuba belajar membuat program pada mesin kod,” ujarnya.


Pada masa itu, beliau mula memahami cara untuk bermain dan menyalin maklumat. Mengenai permulaan kerjaya sebagai pemburu virus, katanya, semuanya bermula selepas seorang rakan memberinya dua keping disket antivirus, Brain dan Denzuko.


Pengguna

“Sebaik balik ke rumah, saya terus membuat salinan disket itu. Malangnya, CPU komputer saya pula dijangkiti virus yang berpunca daripada disket itu.


“Sepanjang hari saya membelek komputer itu dan cuba membaikinya termasuk mencipta satu program antivirus ringkas menggunakan mesin kod ciptaan sendiri bagi menggantikan bahagian yang dijangkiti virus,” terangnya yang gemar bercucuk tanam.



V-BUSTER berupaya mengesan 750,000 virus komputer.

Walaupun telah berjaya menghasilkan perisian antivirus sendiri, Looi tidak menjualnya. Beliau cuma membuat salinan perisian itu sebelum mengedarkan secara percuma kepada rakan-rakan.


Hanya tidak lama kemudian barulah beliau menjualnya pada harga RM4 di kedai IRM Komputer di Komtar, Pulau Pinang dengan jenama V-Buster.  Menjelang tahun 1991, V-Buster sudah pun dikenali di pasaran Australia, Amerika Syarikat dan Eropah.


Malangnya, orang ramai kurang mempercayai produk tempatan. Menurut Looi, pernah ada sebuah bank tempatan yang mahu menggunakan program beliau tetapi ditentang oleh pengarah bank berkenaan atas alasan status bank berkenaan akan jatuh kerana memakai program tempatan.


“Namun, syarikat multinasional dan korporat serta universiti asing menggunakan perisian saya.


“Ini kerana pada tahun 1990-an, program saya boleh mengesan lebih banyak virus berbanding perisian lain,” kata Looi.


Sekarang, V-Buster berupaya mengesan dan memusnahkan lebih 750,000 virus komputer dan Internet.


“Program saya laris seperti kek panas di Amerika Syarikat dan Eropah tetapi agak lemah di pasaran tempatan.


“Mungkin disebabkan orang kita begitu sukar mempercayai perisian keluaran tempatan,” keluhnya yang pernah menerima lebih 20 anugerah kecemerlangan sepanjang penglibatan dalam bidang tersebut.


Sehingga kini, terdapat 1.5 juta pengguna berdaftar yang menggunakan perisian antivirus tersebut di negara ini. Sepanjang kerjayanya memerangi virus komputer, Looi sudah menemui lebih tiga juta virus.

 
 
 
Dear visitor, you went to the site as unregistered user. We encourage you to register or enter the site under your name.
 
   
 
 (Votes #: 0)
Comments (3)  Print
 
 
#1 Author: hotlink86
 



Group: Guest
Register: --
????huhuhu
 
 
News: 0 | Comments: 0 QUOTE    
 
 
#2 Author: sk5421
 



Group: Member
Register: 22.09.2010
http://vbuster.virtualave.net/ winked


--------------------
 
 
News: 2 | Comments: 166 QUOTE    
 
 
#3 Author: pit32000
 



Group: VIP Member
Register: 9.02.2010
perghh mmg dashyat.. + hebat + paling jimat...
 
 
News: 2 | Comments: 964 QUOTE    
 
 
Add comments