 |
| Menu |
 |
|
 |
| Find Us on Facebook |
 |
|
 |
| Top| Random | Latest News |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 26-03-2012, 17:16 | Views: 168 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta - Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang melaporkan, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.
“Dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.
“Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya,” kata Mohamad.
Beliau menyifatkan kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bersalah adalah kerajaan yang sama sekali tidak bertanggung jawab.
“Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 26-03-2012, 17:14 | Views: 256 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
KUALA LUMPUR, 26 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik pengumuman pemimpin Pakatan Rakyat untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digantikan dengan pendidikan percuma untuk semua rakyat yang masuk ke universiti jika Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya kelak.
“Bagi DPPM, pengumuman ini merupakan suatu langkah yang baik dan positif bagi membela kebajikan rakyat khususnya golongan anak-anak muda,” kata ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar).
Selama ini, katanya rakyat cukup terbeban dengan pinjaman PTPTN yang sengaja dibuat bagi membuli rakyat dengan pelbagai tekanan hidup.
Pengumuman itu, tambahnya membuktikan bahawa sekali lagi Pakatan Rakyat mendahului Umno BN dalam memastikan kebajikan rakyat terbela.
“Pastinya janji pemimpin Pakatan Rakyat bukannya janji kosong semata-mata, bahkan telah banyak janji untuk rakyat ditunaikan sepertimana kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang laksanakan pada hari ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat akan memastikan bahawa dengan memberikan khidmat kebajikan terbaik kepada rakyat termasuk memberikan pendidikan
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 26-03-2012, 17:11 | Views: 162 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
SERI KEMBANGAN, 26 Mac: Bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata antara faktor beliau keluar Umno kerana beliau menjadi sasaran terancang media arus perdana selepas menegur sikap Umno.
Ia ditambah lagi dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor minggu lalu yang mencabarnya keluar dari Umno selepas tidak selesa dengan kritikannya.
“Saya telah menjadi sasaran kritik yang begitu hebat oleh media massa arus perdana kepunyaan parti saya sendiri ketika itu. Jelas ia dibuat secara terancang dari pihak berkuasa.
“Ini diikuti pula oleh Setiausaha Agung Umno sendiri meminta saya keluar parti…hanya kerana itu. Maka saya keluarlah sebagai ahli Umno yang telah saya abdikan segala jiwa dan raga saya selama 56 tahun,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Alasan tersebut sebagai penjelasan kenapa beliau bertindak isytihar keluar Umno pada 19 Mac lalu.
Antara kritikannya kepada Umno sebelum ini, beliau mendakwa parti itu telah terpesong dari perjuangan asal berbanding sewaktu penubuhannya.
Veteran Umno itu juga mendakwa rasuah, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa termasuk ‘kronisma mega’ secara berleluasa sedang berlaku dalam parti itu sehingga kekayaan negara hanya berlegar disekitar kelompok tertentu dan tidak sampai kepada rakyat.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Sports : LionsXII terima padah jika berjaya |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: Tok Dalik | 26-03-2012, 15:59 | Views: 192 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Dato' Hamidin berkata FAM akan kuat kuasakan peraturan pasukan Bawak-23 musim depan jika LionsXII berjaya julang piala.
Apabila perjanjian ditandatangani bulan Julai lepas, kedua-dua Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju pembangunan pemain muda berada dalam minda mereka apabila mereka memutuskan untuk kedua-dua negara menghantar satu pasukan untuk beraksi dalam liga domestik negara masing-masing.
Kandungan penjanjian mengatakan bahawa kedua-dua persatuan akan diwakili oleh pasukan umur Bawah 23 tetapi FAM telah memberi kebenaran untuk LionsXII melibatkan pemain berumur maksimum 28 tahun memandangkan pasukan Bawah-23 mungkin akan terhad dengan pemain yang menjalani Khidmat Negara sepenuh masa.
Tetapi Timbalan Presiden FAM, Dato' Hamidin Amin mendedahkan bahawa peraturan Bawah 23 tahun itu akan dikuatkuasakan semula musim depan.
"Jika LionsXII menjuarai Liga, Piala Malaysia dan Piala FA, kami akan mempunyai masalah. Kami semua mahu saingan yang baik tetapi kami harus berlaku adil kepada pasukan Malaysia.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Crime : Rumah ADUN UMNO Kena Samun, Pisau Di Leher |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: Tok Dalik | 26-03-2012, 15:14 | Views: 159 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Keluarga wakil rakyat trauma
TANJUNG MALIM – Seorang wakil rakyat, isteri dan empat anak mereka terpaksa melalui detik menakutkan lebih setengah jam apabila kediaman mereka di Taman Wangsa Setia di sini dipecah masuk tiga perompak bertopeng awal pagi semalam.
GAMBAR: Inilah kediaman Mohd. Khusairi (gambar kecil) di Taman Wangsa Setia, Tanjung Malim, Perak yang dirompak awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (gambar) berkata, beliau telah diacukan sebilah pisau sebelum tangannya, isteri serta seorang anak lelakinya yang berusia 18 tahun diikat.
Menceritakan peristiwa itu, beliau berkata, perompak terbabit kemudiannya memaksanya menunjukkan lokasi barangan berharga seperti barang kemas dan wang tunai disimpan.
“Saya yang sedang nyenyak tidur terperanjat apabila tiga lelaki mengejutkan saya sambil mengacukan sebilah pisau di leher.
“Seorang lagi bersenjatakan pemotong besi menggertak saya dan isteri serta mengikat kami sebelum menggeledah di seluruh rumah," katanya kepada Kosmo!
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Crime : Gadis Dilanggar, Diculik & Dirogol Dalam Kereta Proton |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: Tok Dalik | 26-03-2012, 15:11 | Views: 282 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Sabak Bernam – Seorang gadis bukan sahaja dilarikan secara paksa malah dirogol oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Panjang, di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian itu, mangsa berumur 17 tahun itu bersama adiknya menaiki motosikal diekori suspek dari sebuah stesen minyak di Pekan Sungai Besar.
“Setibanya di Sungai Panjang, suspek melanggar motosikal yang dinaiki mangsa dan adiknya menyebabkan motosikal itu jatuh.
“Suspek kemudiannya membawa lari mangsa secara paksa dan membawanya ke sebuah kebun di Parit 15, serta merogol mangsa,” katanya adik mangsa terus pulang ke rumah dan memaklumkan kepada bapanya serta penduduk kampung serta laporan polis dibuat.
Menurutnya, suspek sempat menghubungi rakan-rakannya dan mengugut untuk merogol mangsa beramai-ramai jika mangsa memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.
“Mangsa kemudiannya dibawa keluar dari kebun berkenaan dan diturunkan di tepi jalan selepas berjanji menyembunyikan kejadian itu,” katanya. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 26-03-2012, 13:37 | Views: 172 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
Harun amat terkilan dengan sikap Zed Zaidi yang dianggap mengetepikan peranannya sebagai Presiden Seniman.
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Harun Salim Bachik kesal dengan sikap salah seorang ahli jawatankuasanya iaitu Zed Zaidi yang cuba membelakangkannya sebagai ketua.
Harun berkata, Zed yang merupakan Pemangku Presiden Seniman dan Ketua Biro Seniman Muda tidak pernah mengambil inisiatif untuk berbincang dengannya sebagai Presiden dalam melaksanakan apa juga aktiviti.
"Saya tidak pasti mengapa dia enggan bercakap, berbincang atau sekurang-kurangnya memaklumkan kepada saya apa yang sedang dia lakukan bagi pihak persatuan.
"Lihatlah apa terjadi kepada kekecohan yang berlaku mengenai isu cermin kereta gelap? Cadangan itu pun tidak pernah dibawa berbincang dengan saya sebaliknya saya hanya mengetahui daripada pihak lain.
"Apabila saya hubunginya baru dia jelaskan tetapi nampaknya sudah terlambat," katanya kepada mStar Online.
Harun berkata, tiga memorandum yang dihantar kepada pihak kerajaan bersempena Festival BN Youth baru-baru ini juga tidak melibatkan dirinya dan beliau amat kesal kerana diketepikan sedemikian rupa.
"Dalam hal-hal sebegini ketua perlu dimaklumkan dan perbincangan secara serius hendaklah dilakukan tetapi itu tidak berlaku kepada saya. Orang akan nampak seperti saya tidak buat kerja tetapi hakikatnya masyarakat tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku," ujarnya.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 26-03-2012, 10:34 | Views: 175 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Kota Bahru - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali diingat tidak terlalu ghairah memburukkan nama Pas melalui siri jelajah yang diadakan di seluruh negara.
Timbalan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Harun mengingatkan perkara tersebut memandangkan pihaknya turut mempunyai bukti terdapat beberapa kes yang menunjukkan Hasan tidak melaksanakan tugas dengan baik semasa menganggotai parti itu.
Bagaimanapun kata beliau, pihaknya tidak mahu mendedahkan perkara tersebut memandangkan Hasan merupakan bekas ahli Pas, sekali gus kesan dirasai oleh parti itu sendiri.
“Kita juga boleh sebut jika mahu, sepertimana yang didedahkan oleh Azmin Ali (Adun Gombak Setia), tetapi kita tidak mahu memperbesarkan kerana ia dilakukan semasa ia menjadi ahli Pas, sedikit sebanyak kita juga akan terpalit,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Kelmarin, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempertikaikan tiga perkara berkenaan dengan Hasan ketika menyertai perbahasan di Dewan Undangan Negeri Selangor.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » General : Apa Kejadahnya Segelas Air Panas RM1.80 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 26-03-2012, 10:33 | Views: 230 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Chukai – “Sebagai pelanggan saya rasa tertipu,” keluh pekerja swasta, Ishak Kamarudin, 42, yang kesal dengan harga RM1.80 bagi segelas air panas yang disifatkannya sebagai tidak munasabah.
Ishak dari Taman Alamanda, Jalan Kubang Kurus, dekat sini berkata, dia yang menjamu selera bersama isteri dan dua anak di sebuah restoran di Taman Chukai Utama pada 23 Februari lalu terkejut apabila melihat caj yang dikenakan untuk air panas yang diminta berharga RM1.80.
Menurutnya, harga yang dikenakan itu tidak masuk akal dan seolah-olah mengambil kesempatan terhadap pelanggan.
Malahan, katanya, harga air panas juga tidak dimasukkan di dalam menu menyebabkan pelanggan tidak mengetahui harga untuk minuman berkenaan.
“Ketika saya pergi ke kaunter untuk membayar, tergerak hati saya untuk minta bil dan bila lihat bil, terkejut saya lihat harga air panas dalam gelas RM1.80. Disebabkan ragu-ragu, saya tanya pemilik restoran itu yang menjaga kaunter sama betul atau tidak harga air panas itu RM1.80 dan dia mengiakannya.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » General : 3 Gadis Melayu Jadi Penari Peluk Tiang |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 26-03-2012, 10:32 | Views: 171 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Peluk tiang 2 kali seminggu
NILAI: Berbekalkan wajah cantik dan tubuh menawan, tiga wanita tempatan memperoleh pendapatan lumayan dengan melakukan persembahan ghairah tarian tiang sambil berpakaian seksi selama 10 minit di sebuah pusat hiburan di daerah ini.
Difahamkan, mereka yang berusia 23 hingga 25 tahun melakukan tarian itu dua kali seminggu di premis berkenaan dengan bayaran RM200 hingga RM250 seorang bagi sesi berasingan iaitu pada jam 1.20 pagi dan sejam berikutnya.
Wanita berasal dari utara dan selatan tanah air itu dipercayai melakukan persembahan mengikut tema berbeza, antaranya tarian ‘ballet’ yang seksi termasuk hanya berbikini untuk tontonan pelanggan.
Mereka termasuk seorang yang dikatakan menjadi ketua kumpulan itu yang menjadikan tarian tiang sebagai kerjaya, hanya menerima undangan daripada pemilik premis hiburan.
Perkara itu dibongkar sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang menyerbu pusat hiburan berkenaan, jam 2 pagi
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
|
|
|
|
| |