 |
| Menu |
 |
|
 |
| Find Us on Facebook |
 |
|
 |
| Top| Random | Latest News |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: faridkl | 4-03-2012, 13:35 | Views: 124 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Pemain pertahanan West Brom Gareth McAuley menjaringkan gol kemenangan yang telah meninggalkan Andre-Villas Boas dengan kelihatan pucat.
McAuley telah menjaringkan gol lapan minit sebelum masa penamat untuk meraih kemenangan pertama pasukan Albion ke atas pasukan Blues sejak tahun 1979.
Ia meninggalkan Chelsea tiga mata di belakang Arsenal, yang telah memenangi perlawanan dengan Liverpool.
Chelsea mengancam untuk kali pertama apabila Sturridge merampas bola dari Jonas Olsson dan memberi hantaran kepada Juan Mata tetapi pemain Argentina itu gagal memberi mengawal rembatan volinya.
Mata sekali lagi membuat percubaan beberapa minit kemudian tetapi bekas pemain Manchester United Ben Foster berjaya menghalangnya. Ridgewell kemudian telah menghalang percubaan Gary Cahill selepas tendangan sudut Frank Lampark.
Foster menunjukkan kemahirannya tujuh minit sebelum masa rehat dengan menghalang percubaan Michael Essien dari jarak jauh. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: faridkl | 4-03-2012, 12:08 | Views: 166 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Besut - Pintu pagar besi yang menjadi kebanggaan warga emas, Mat Saman Pak Adek di hadapan rumahnya di Kampung Lay Out, Tok Saboh, Kuala Besut meninggalkan sejarah hitam hanya selepas dua bulan dipasang apabila ia tumbang dan menghempap cucunya sehingga mati pagi kelmarin.
MAJUKI membawa jenazah Mohd. Aqif Najwan (gambar kecil) keluar dari Hospital Besut untuk dikebumikan kelmarin.
Mat Saman, 66, berasa bangga kerana pintu pagar yang setiap satunya sepanjang 2.5 meter dan seberat kira-kira 40 kilogram itu dibina dan dipasang sendiri oleh menantunya, Majuki Awang Kecik, 45, seorang pengawal keselamatan sekolah yang mahir bertukang.
Namun kelmarin, perasaan itu bertukar hiba apabila ia meragut nyawa cucunya yang juga anak bongsu Majuki, Mohd. Aqif Najwan, tiga tahun.
Kejadian pada pukul 10 pagi itu dipercayai berlaku sewaktu Mohd. Aqif bermain dengan pintu pagar gelongsor, manakala abangnya Nizarudin Ikmal, 11, dan kakak, Nurul Aina, 10, bermain badminton di pintu pagar bersebelahan.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » General : PPIM Dakwa Wujud Amalan Riba Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 3-03-2012, 23:33 | Views: 127 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengamalkan riba dan menindas peniaga universiti itu apabila mengenakan kadar caj tambahan sebanyak dua peratus sebulan bagi tunggakan sewa premis mereka.
Pengerusi Majlis Penasihatnya, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, tindakan universiti itu dilihat bukan sahaja bermotifkan keuntungan semata-mata, malah dianggap tidak membantu meningkatkan pendapatan peniaga Melayu dan memberi bebanan kepada mereka.
Menurutnya, UIAM yang terkenal sebagai sebuah institusi pengajian berkonsepkan Islamik seharusnya mencerminkan prinsip perniagaan yang dituntut agama.
“PPIM menerima aduan bahawa kontrak perjanjian perniagaan dikeluarkan pengurusan universiti berkenaan sejak mula lagi didakwa berat sebelah dan tidak adil kepada peniaga dalam aspek tertentu termasuk mengenai kadar caj tambahan sewa.
“Di dalam kontrak perjanjian menggariskan, hanya peniaga dikenakan caj tambahan sewa ini yang kononnya digelar ‘caj pentadbiran’ yang mana membebankan peniaga,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, lebih mengejutkan apabila ia tidak termaktub dalam perjanjian terbabit bahawa peniaga juga boleh mengenakan caj sama sekiranya universiti itu berhutang atau lambat menjelaskan bayaran tempahan makanan.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 3-03-2012, 23:29 | Views: 212 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Shah Alam - Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan isu royalti petroleum yang dituntut oleh kerajaan negeri pimpinan Pas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan dalam beberapa bulan ini, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
Pemimpin politik veteran kelahiran Kelantan ini berkata, perkara itu, yang kini didengar oleh mahkamah, adalah isu utama yang perlu diselesaikan jika BN mahu meningkatkan peluang mentadbir semula Kelantan.
Kerajaan Negeri Kelantan ditadbir oleh Pas sejak 1990. Kerajaan Negeri memfailkan kes tuntutan royalti minyak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 30 Ogos 2010, sehari sebelum negara menyambut ulang tahun sambutan Hari Kemerdekaan.
"Saya nak ingatkan kita tak boleh nak kata ini tuntutan Pas, bukan tuntutan Pas kebetulan saja Pas mendapat mandat dan menubuhkan kerajaan di negeri Kelantan tetapi ramai juga orang yang menyokong Umno di sana," kata beliau dalam temu bual dengan Astro Awani, yang dirakamkan kira-kira seminggu lalu dan disiarkan hari ini.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 3-03-2012, 12:40 | Views: 128 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Meskipun pilihan raya negeri tidak semestinya diadakan serentak dengan pilihan raya umum, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim penuh keyakinan bahawa Pakatan Rakyat bukan sahaja mengekalkan kuasa tetapi juga menambakan jumlah kerusi mereka
"Bancian yang kami terima menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat mampu menang lebih banyak kerusi daripada apa yang kita ada sekarang, ini bermakna kita boleh dapat majoriti dua pertiga," katanya kepada pemberita dalam satu temu bual denganbeberapa media pilihan.
Menurut Abdul Khalid, (kanan) jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu yakin BN akan menang pada pilihan raya umum, beliau selaku pengerusi BN sudah pasti akan membubarkan Dewan Rakyat pada November tahun lalu atau semasa Tahun Baru Cina seperti yang dijangkakan senelum ini.
"Sudah tentu di Selangor terdapat penyokong tegar Umno, sekumpulan kecil penyokong MCA dan beberapa penyokong MIC,
"Tetapi kaji selidik menunjukkan bahawa kami mendapat penarafan yang baik, terutama di kalangan mereka dalam kumpulan umur 40 tahun dan ke bawah," katanya.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 3-03-2012, 12:22 | Views: 6 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
PAS mengakui kemelut politik di Kedah berikutan beberapa pemimpin termasuk exco yang tidak berpuas hati dengan cara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mentadbir negeri itu "sedikit sebanyak kesan" terhadap fokus jentera parti dan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Bahkan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, pergeseran berkenaan juga mengganggu kerancakan gerak kerja jentera dan 'membantutkan' usaha Pakatan Rakyat memandangkan pilihan raya umum akan berlangsung dalam masa yang terdekat.
"Ia sedikit sebanyak memberi kesan dan merencatkan kerancakan gerak kerja (jentera) pilihan raya (yang) menyebabkan semua peringkat dalam parti semua hilang fokus pilihan raya, kepada membincangkan kemelut yang berlaku.
"Bila gangguan itu berlaku kepada jentera pilihan raya, maka sudah tentu masyarakat juga akan terkesan. Sebab jentera fokus dan sentuhan mereka (untuk) menguasai masyarakat.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 2-03-2012, 23:45 | Views: 239 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini menafikan dakwaan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bahawa kementeriannya menyediakan dana untuk membiayai program bekas exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali.
Ahmad Shabery (foto) sebaliknya berkata, Mahfuz berbohong dan bersifat kebudak-budakan dengan membuat dakwaan itu dalam sidang medianya pagi ini.
"Mahfuz bohong dan kebudak-budakan. Saya rasa dia sakit dan perlukan rawatan kaunseling," katanya sinis.
Mahfuz menuntut audit penuh dijalankan ke atas satu unit strategik di Kementerian Belia dan Sukan yang didakwa menyediakan dana RM30 juta untuk membiayai program Hasan.
Anggota parlimen Pokok Sena itu juga mendakwa, ia bertujuan menarik belia supaya menyokong BN dan sekurang-kurangnya sebahagian dariapada dana itu telah diperuntukkan.
Dalam SMS balas kepada Malaysiakini hari ini, Shabery mendakwa, tuduhan Mahfuz dibuat kerana pemimpin PAS itu takut dengan populariti Hasan Ali.
Ia juga, tambah Shabery, diburukkan lagi dengan kemelut PAS Kedah - negeri Mahfuz - yang tak dapat selesaikan sehingga ke hari ini.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 2-03-2012, 23:44 | Views: 187 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Johor Bahru - Seorang suri rumah mengakui terpaksa menanggung kesakitan apabila wajahnya bengkak dan menggerutu selepas menjalani rawatan laser di sebuah pusat kecantikan di Ulu Tiram, di sini, akhir tahun lalu.
Menurut Teng Ann Moi, 49, dua hari selepas menjalani rawatan kecantikan bagi menghilangkan jeragat wajahnya dengan kos sebanyak RM1,888, juru kecantikan berkenaan turut memberikannya sebotol cecair helium untuk digunakan setiap hari.
“Saya hanya menuruti apa yang diarahkan, apabila berasa perubahan menyakitkan, saya menghubungi juru kecantikan berkenaan, wanita itu berjanji datang ke rumah saya keesokan harinya untuk membuat rawatan susulan,” katanya.
Beliau berkata, wanita berkenaan hanya bertindak memecahkan gelembung di wajah Ann Moi menggunakan jarum dan memaklumkan ianya akan sembuh selain menganggap perubahan itu hanya bersifat sementara.
“Selepas 10 hari masih tidak sembuh, saya nekad bertemu pakar kulit profesional untuk mendapatkan rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan mendapati kesan laser berkenaan menembusi lapisan bawah kulit menyebabkan ianya membengkak,” katanya.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: cyberez | 2-03-2012, 23:40 | Views: 216 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
KUALA LUMPUR, 2 Mac: PAS menuntut Kementerian Belia dan Sukan menjelaskan kewujudan Cawangan Strategik dan Urat Saraf di bawah kementerian itu yang didakwa digunakan untuk tujuan pilihan raya.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kewujudan cawangan itu sangat diragui ketelusannya lebih-lebih lagi ia tidak mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Menurutnya, cawangan tersebut tiada organisasi khusus, malah peruntukannya diambil daripada bahagian lain dalam kementerian.
"Banyak peruntukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan untuk kepentingan belia tapi hakikatnya cawangan ini digunakan untuk tujuan politik, bagi tujuan pilihan raya dengan mewujudkan unit-unit tertentu dalam kementerian.
"Saya angap ini satu penyelewengan apabila mengambil peruntukan dari bahagian lain.
"Semasa pilihan raya Sarawak, cawangan ini bermukim di Sarawak selama tiga bulan dan mengadakan pelbagai program gerak saraf belia yang memakan belanja sehingga RM40 juta. Saya minta Menteri Belia dan Sukan jelaskan perkara ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
|
|
|
|
| |