Set as Homepage Add to Favorites
 
Control Panel
Username :  
Password :  
   
   
Register
Forgot your password?
Your Online Journal » Articles for 09.01.2012
Navigation
Home KMPlayer
Spybot Moonlight VPN
HJSplit Webmail
Chat Here Jus Monavie
 
Support
Advanced Search
Last News
Menu
Find Us on Facebook
Bok Miah

Create Your Badge
Web Activity Calendar
Most Read Articles
» Projek Dengan Ustazah
» [New Season] The Client List (2013) Season 02 | EP01-EP ...
» [VIDEO] Faizal Tahir, Yassin Muncul Dengan Video Klip B ...
» Nota Kecil Untuk Memahami Kes Azmin Ali
» Fatin Amira Dan Bapa Mentua
» Malam Pertama
» DSS Magazine - Mayo 2013 (True PDF)
» 365 Sex Moves: Positions for Having Sex a New Way Every ...
» Young Animal(Yangu Animaru) - Storm 6 (1 June 2013)
» Sexy Nuts Taiwan No.27 - March 2013
Site Info
Site Statistics
Top Author:
  1    cyberez 3619
  2    faridkl 606
  3    bokmiah 407
  4    Tok Dalik 377
  5    abelexx 51
  6    wanOwan 20
  7    azhelmy 11
  8    usery1972 6
  9    arie5252 4
  10    boblynn02 2


Membership:
  Total : 329   ( +0 )
  This month : 22
  This hour : 0
  Banned : 266


Articles:
  Total : 5146  ( +0 )
  This Month : 193
  This hour : 0
  Awaiting validation : 5


Comments:
  Total : 3338  ( +2 )
  This month : 112
  This hour : 0
Site Visits
Today Visits: 166
This Week Visits: 13754
This Month Visits: 71999
This Year Visits: 874802
All Visits: 7268449
Record: 15751 In 21.04.2011
Who is online :
Guest Guest Guest
Total: 3


The Last Registered User:
lara sutera
SirMichaelCaineVI
graraJatnette
Books_Love
Flerotram
shah_gb
lynlangsi
AwanEmas
shah78
PODET

Last Commented
Advertiser
Archives
May 2013 (111)
April 2013 (227)
March 2013 (253)
February 2013 (153)
January 2013 (206)
December 2012 (191)
Top| Random | Latest News
Top News:
» Pakej Promosi Streamyx Untuk Pelajar + Free 10.1" Netbook!
» Senarai Pemain Terengganu FC Musim 2012 sehingga November 2011
» Mengetahui Hari Subur Isteri
» Naluri ibu benar belaka
» Adab Memotong Kuku Dalam Islam - Pusat Da'wah Islamiah Brunei
» Dilema seorang suami : Tidak Pernah Puas Di Bilik Tidur
» Interview With Lim Teong Kim, Bayern Munich, Thomas Muller
» Jus Monavie - Jus Ajaib Abad ini
» RM10 sebulan Moonlight VPN Broadband
» Senarai Pemain Perak FA Musim 2012 sehingga November 2011

Latest News:
» [New Season] Hawaii Five-0 (2012) S03 EP21-EP24
» Bacaan As Syifa Untuk Kanser
» Apakah Vitamin B17 Bekesan?
» Durian Belanda Penawar Penyakit Kanser
» Diet Melawan Kanser
» Sarapan Membawa Kanser
» Makanan yang kaya dgn B17 Merupakan Makanan Yang Dapat Bunuh Sel Kanser
» Maxim Australia - June 2013
» Young Jump (Yangu Jiyanpu) - 23 May 2013 (N° 23)
» [New Season] The Client List (2013) Season 02 | EP01-EP11

Random News:
» Apa Barang Hassan Ali Merepek Ni?
» Maafkan kesilapan lalu, Najib mahu BN dikekal
» UMNO Sabah Terbarai: Bekas Bendahari UMNO Sabah Sertai PKR
» Pemandu Diberi Peluang Di Bawah AES
» 10 Most Unique Lakes of our World..
» Ramai Pemain TRW Cuba Dipikat Pasukan Lain
» 'Kita minta permit dia kasi tayar'
» Kisah Janda Muda 18 tahun
» Ibrahim Ali tak akan mohon tapi sedia sertai Umno jika ditawar
» Kelantan terikat dengan Johor DTFC
Live Visitors

Google PageRank Checker
 
Support This Advertiser.




 

Sort news by: Date | Popularity | Attendance | Commentaries | Alphabet

News » Local Political : Hasan Akidah - Ingat Bila Katak Menghampiri Kolam Itu Tanda Bumi Akan Gersang
 
Oleh Sayuti Omar

Reaksi pertama Hasan Ali atau Hasan Akidah mengenai pemecatannya ialah dia terkejut dan kesal dengan keputusan itu. Dia tidak sangka perjuangannya selama ini menegakkan Islam diperlakukan demikian. Amboi sehe batnya mana perjuangan Islam Hasan Akidah dalam Pas. Apakah lebih besar dari perjuangan Muhammad Sabu yang dipenjara dan dipukulk polis?

Kalau diukur perjuangan Hasan Akidah dengan Mat Sabu rasanya tidak sampai besar kuku cucu saya, Muhammad Khalif Ummar, yang dizahirkan 30 Disember tahun lalu.

Beberapa jam selepas melahirkan pernyataan itu Hasan Akidah berkata, pemecatannya kerana dia menyentuh Anwar. Pas pecat dia kononnya kerana dia mengkritik dan tidak bersetuju dengan Anwar. Rakaman kenyataannya itu sepanjang hari diputar oleh semua setesen tv yang menjadi penjilat buntut UBN.

Menerus syarahan ringkas di perkarangan rumahnya itu Hasan Akidah cuba memperbetulkan akidah politiknya. Penjelasan atau dakwaan itu tidak lebih dari motivasi basinya untuk menarik perhatian ramai supaya bersimpati dengannya. Apakah Hasan Akidah sedar dengan apa yang dikatakan itu. Sekali lagi dia cuba meremehkan jemaahnya sendiri. Memperkecilan tindakan presiden dan seluruh ahli jawatan kuasa.

Mereka yang rasional dan tidak mudah hanyut dalam kepetahannya boleh mengukur apa dijelas dan didakwa oleh Hasan Akidah itu. Dengan Inchek Ibrahim Ali duduk di sampingnya orang sudah boleh menganggakl sejauh mana kebenaran dan kelurusan akidah politiknya. Dr Haron Din, Ismail Kamus dan Taib Azamuddin dilaporkan hadir sama tetapi tidak diletakkan di depan. Mereka hadir mungkin untuk menyatakan simpati ke atas apa yang berlaku.
 
 
Comments (1)  Read more...
 
 
News » Local Political : Pendakwa Tak Perlu Rayu, Anwar Akan Jadi PM Tak Lama Lagi - Karpal
 
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Ketua pihak pembelaan, Karpal Singh berharap pihak pendakwa tidak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah daripada pertuduhan kes liwat kerana tiada asas yang kukuh.

Dalam pada itu Karpal yang juga Penasihat DAP berkata, keputusan berkenaan merupakan petunjuk kepada masa depan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Ini adalah petunjuk kepada apa yang akan berlaku nanti terutamanya dalam pilihan raya.

"Anwar akan jadi Perdana Menteri seterusnya dan kita akan berada di Putrajaya sedikit masa lagi," kata Karpal.

Menurut beliau, pada dasarnya kes berkenaan bukan merupakan tuduhan yang jelas apabila pendakwa gagal mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd SaifulBukhari Azlan tiga tahun lepas.

"Keputusan ini telah kita jangkakan, kerana pada peringkat awal lagi beliau tidak sepatutnya didakwa. Bukti Saiful telahpun ditolah oleh mahkamah.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Local Political : PERKASA: Segalanya belum muktamad
 
NONEKumpulan pendesak Melayu PERKASA berkata, walaupun Mahkamah Tinggi memutuskan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat, "proses keadilan belum selesai" sekiranya pendakwaan mahu merayu.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, masih terdapat proses lain melibatkan Mahkamah Rayuan yang mempunyai tiga hakim dan Mahkamah Persekutuan dengan tiga hingga tujuh hakim.

"Jadi segala gala nya belum muktamad," kata anggota parlimen Pasir Mas itu.

Mahkamah hari ini memutuskan Anwar tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibuat Saiful pada 2008 kerana hakim mendapati tiada bukti yang menyokong keterangan pengadu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, mahkamah tidak dapat mensabitkan ahli politik berumur 64 tahun itu dengan pertuduhan semata-mata berdasarkan kepada keterangan Saiful.

Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim berkata, setelah selesai proses itu, semua pihak mesti menerima kententuan Allah "sama ada di dunia atau di akhirat".

"Oleh itu semua pihak hendaklah bersabar dan sentiasa membantu menjamin keamanan negara dan sentiasa menghormati undang-undang dan perlembagaan negara," katanya.

PERKASA juga menyerus semua pihak menghormati kedaulatan undang-undang dan tidak membuat huru hara dan mendahului mahkamah.
 
 
Comments (2)  Read more...
 
 
News » Local Political : Umi Hafilda seru Azmin balik ke pangkuan keluarga
 
1:41PM Jan 9, 2012  

Umi Hafilda Ali menyeru abangnya Azmin Ali yang juga timbalan presiden PKR supaya kembali ke pangkuan keluarga yang beliau tinggalkan semata-mata untuk berjuang dan menjaga kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Umi Hafilda berkata dia kesal dengan Azmin yang telah “disesatkan” oleh Anwar sehingga sanggup membuang keluarga dan tidak pulang berhari raya menjenguk ibu sendiri.

"Mana moral anda (Azmin) hingga sanggup meninggalkan ibu sendiri dan adik-beradik kerana Anwar yang tidak bermoral.

"Tak usahlah bercakap tentang keadilan kalau dengan ibu sendiri tidak berlaku adil meninggalkannya selama lima bulan tanpa diziarahi," kata Umi Hafilda kepada pemberita selepas menyampaikan Ceramah Perdana bertajuk “Siapakah Anwar Ibrahim di Dataran Jerteh Souq yang dihadiri lebih 2,000 orang di Besut malam tadi.

Ceramah anjuran Umno bahagian Besut itu turut dihadiri Ketua Umno Bahagian, Datuk Seri Idris Jusoh dan semua pemimpin Umno Bahagian termasuk pemuda, wanita dan puteri.

 
 
Comments (4)  Read more...
 
 
News » Local Political : Anwar 'terkejut' tapi dakwa masih ada kepincangan
 
NONEDatuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan dari tuduhan liwat adalah sesuatu yang tidak dijangka dan disambut baik tetapi tetap menekankan bahawa sistem kehakiman di negara ini masih mempunyai kepincangan.

Bercakap kepada pemberita selepas keputusan itu, Anwar berkata sebelum ini hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pernah berkata tertuduh Mohamad Saiful Bukhari Azlan sebagai“saksi yang benar dan berwibawa”.

Jelasnya, berdasarkan kenyataan itu, pasukan pembelaan kemudian membawa pakar-pakar antarabangsa untuk menangkis hujah pendakwaan dan berjaya memaparkan kelemahan dalam keterangan oleh beberapa doktor dan saksi pakar pihak pendakwaan.

"Tidak ada cara mereka boleh teruskan (dalam membuktikan rasa bersalah saya). Itu yang dikatakan (oleh hakim) dalam penghakiman yang ringkas hari ini, "kata Anwar.

Ditanya sama ada pembebasannya itu membuktikan bahawa badan kehakiman adalah bebas, Anwar tidak memberikan jawapan secara langsung.

"Saya mesti akui hakim mempunyai sedikit ruang untuk bertindak secara bebas, tetapi hakikatnya asas sistem perundangan ada kecacatan," katanya.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Local Political : Teruskan pertuduhan qazaf terhadap Saiful
 
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Mahkamah Syariah digesa meneruskan pertuduhan qazaf yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar).

Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, pertuduhan qazaf itu harus diteruskan memandangkan Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Anwar bebas daripada tuduhan meliwat Saiful.

"Keputusan mahkamah hari ini menunjukkan tidak berlaku dakwaan liwat.

"Kes ini (qazaf) telah difailkan tetapi sengaja ditangguhkan tanpa sebab, kononnya untuk menunggu keputusan mahkamah dan hari ini mahkamah membuktikan tidak berlaku liwat," kata beliau ketika ditemui di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR, bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukjari Azlan di sebuah kondominium, empat tahun lalu. Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Gossip & Entertainments : Ezani Juara Pertama Masterchef Malaysia
 
Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Ezani Farhana Md Monoto juara Masterchef Malaysia yang pertama.

PETALING JAYA: Peserta Ezani Farhana Md Monoto, 26, berjaya menewaskan Wahidan Ag Supain dengan bergelar juara MasterChef Malaysia yang pertama pada pertandingan akhir program Masterchef, malam Ahad.

Kemenangan Ezani melayakkan dirinya untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta kontrak menerbitkan dan mengedarkan buku masakan sendiri.

Ezani berkata, usaha gigihnya sehingga terpaksa meninggalkan sementara kerjaya profesional sebagai seorang doktor gigi untuk terlibat dengan program realiti tersebut ternyata berbaloi apabila dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia yang pertama.

“Dinobatkan sebagai MasterChef Malaysia musim pertama merupakan perasaan yang paling menakjubkan dan sesuatu tidak pernah disangka akan terjadi dalam hidup saya.

"Terlalu banyak yang saya pelajari sepanjang pertandingan ini terutamanya ilmu-ilmu kulinari daripada chef-chef terkemuka, pendedahan dunia kulinari, pengalaman memasak dalam pelbagai situasi.

"Bersaing dengan Wahidan pada peringkat akhir merupakan satu penghormatan yang amat besar kerana dia merupakan seorang tukang masak yang paling jujur dan hebat," katanya yang ditemui selepas tamatnya siaran episod terakhir,

Santapan Penamat yang ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) di Tapis Rouge, di sini.

Pada permulaan episod 'Santapan Penamat' ini, Ezani dan Wahidan perlu melakukan pemeriksaan bahan di dapur sebelum mencipta menu dan resipi terbaik mereka.

Sebagai kejutan, setiap finalis perlu memilih lima peserta 'Top 24' yang telah tersingkir untuk membantu mereka menyediakan juadah yang perlu mereka siapkan dalam tempoh tiga jam.
 
 
Comments (1)  Read more...
 
 
News » Local Political : Hasan Ali: Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim
 
NONE"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim," kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Mohamed Ali malam semalam.

Mengulas pemecatannya sebagai anggota PAS berkuatkuasa semalam itu, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor berkata segala komen yang diutarakannya adalah membabitkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam pemainan politik Anwar.

"Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan.

"Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat justifikasi mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di kediamannya di Damansara.

Turut hadir bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Ibrahim Ali.

Hasan berkata beliau akan membuat sidang media minggu ini bagi menjelaskan secara terperinci mengenai perjuangannya itu.
 
 
Comments (4)  Read more...
 
 
News » Local Political : Lintas Lansung Keputusan Kes Anwar, Anwar BEBAS [updated]
 

Liwat II: Ribuan hadir luar mahkamah sokong Anwar

Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.

Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.

Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka.

Lebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.

Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.

Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi".

Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar".

 
 
Comments (1)  Read more...
 
 
News » Local Political : Polis menyelar Azmin Ali, kenyataan tolak 10 syarat satu pembohongan
 
Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 8 Jan — Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, hari ini meyelar kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, berikutan kenyataannya menolak 10 syarat yang dikemukakan polis terhadap PKR untuk menganjurkan Perhimpunan 901 Isnin ini.

Menurut Datuk Mohmad, persetujuan berkenaan 10 syarat tersebut sebelum ini telah dipersetujui oleh PKR, dan persetujuan berkenaan 10 syarat itu telah ditandatangani oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, sendiri.

“Penafian Azmin Ali adalah tidak benar, syarat-syarat yang dikeluarkan adalah atas persetujuan bersama, tidak berlaku penambahan atau pengurangan,” katanya dan menegaskan mempunyai foto yang membuktikan Shamsul menandatangani persetujuan menerima syarat tersebut.

“Pihak polis memberi amaran, sekiranya syarat tersebut dicabuli, pihak polis sudah merangka tindakan yang akan dikenakan ke atas penganjur perhimpunan tersebut,” tegasnya.

Datuk Mohmad turut menegaskan, segala penafian Azmin terhadap 10 syarat tersebut merupakan pembohongan daripada PKR.
 
 
Comments (0)  Read more...
 
 
News » Local Political : PKR: PDRM beri syarat selepas rundingan di IPK KL
 

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 8 Jan
— Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, yang menyatakan PKR tidak menghormati perjanjian yang dipersetujui bersama, dan menyifatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, sebagai pembohong.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider lewat petang ini, Naib Presiden PKR, N. Surendran (gambar), menegaskan, 10 syarat yang dikemukakan PDRM dikeluarkan selepas rundingan dan muafakat antara PKR dan PDRM di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Jumaat lalu.

“Sebagai salah seorang dari pimpinan parti yang sama-sama berunding dengan pegawai tertinggi PDRM Kuala Lumpur, saya menegaskan pendirian PKR bahawa muafakat yang dicapai dalam mesyuarat pada hari Jumaat, 6 Januari lalu, tidak menyentuh syarat-syarat yang diberikan oleh PDRM kemudiannya,” katanya.

Malah, menurut Surendran, 10 syarat tersebut hanya dimaklumkan kepada PKR melalui Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, selepas ia diedarkan kepada pihak media melalui satu surat sahaja.

“Tandatangan yang dirujuk oleh pihak PDRM adalah tandatangan  Shamsul yang mengesahkan beliau ada menerima surat tersebut,” kata Surendran. [klik read more untuk membaca 10 syarat]


 
 
Comments (0)  Read more...