Oleh Aiman - suarasukan1mas
Tewas sekali lagi kepada Kelantan, buat kali keempat musim ini - kali ini dengan jaringan 1-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam sebentar tadi masih boleh diterima pengendali Selangor, K.Devan.
Namun jurulatih yang sama, yang mana kehilangan suaranya ketika Selangor dibelasah 1-5 oleh Kelantan pada aksi semi final Piala FA 13 Mei lalu TIDAK MAHU sama sekali mengakui dan MENAFIKAN sekeras-kerasnya betapa kekalahan hasil jaringan tunggal Azamuddin Akil itu, melebarkan REKOD TANPA MENANG pasukannya ke atas Kelantan, kepada 11 perlawanan.
Devan nyata tidak senang dengan soalan Suara Sukan, yang bertanya apakah dia bimbang dengan KEGAGALAN SELANGOR MENEWASKAN KELANTAN buat kali ke-11 berturut-turut, yang mana seolah-olah memperlekehkan kemampuan pasukan bimbingannya itu, dan BERPENDAPAT STATISTIK ITU TIDAK BENAR.
“Apa maksud u 11 perlawanan, tunjukkan saya statistic 11 perlawanan itu, jangan main petik jer kata 11 perlawanan tak pernah menang, yang kita menang Piala FA tu apa? Yang kita menang 3-0 di stadium ini juga pada 2009, zaman Peter Butler tu nak letak mana? Semak dulu fakta sebelum tanya, tahun 2009 kita tak tewas langsung kepada Kelantan, dalam 2010 dan 2011 kita jumpa Kelantan pun tak sampai 10 kali, so macam mana u boleh cakap kita tak pernah tewaskan Kelantan 11 kali?..”. – reaksi MARAH K.Devan.