| |
Oleh Aiman suarasukan1mas
Sedar betapa mereka adalah antara pemain yang wajar dipersalahkan sebagai punca kerapuhan benteng pertahanan skuad negara yang melepaskan 5 gol mudah kepada Singapura tempoh hari, dua pemain FULLBACK Harimau Malaya, Mahali Jasuli (kanan) dan Asrarudin Putra Omar (kiri) berjanji menebus kesilapan itu dengan menampilkan aksi lebih bertenaga dan meyakinkan malam esok.
 “saya tahu silap saya, insyaAllah ia mematangkan saya, dari perlawanan lalu coach pun dah tegur, memang betul saya outperform, tapi orang kata belajar dari kesilapan, kita pun dah tahu kekuatan dan kelemahan mereka, siapa penyerang atau pemain yang kita kena alert, yang berbahaya, tahu cara permainan mereka, so yakinlah untuk berdepan mereka, kita akan berusahalah untuk sekat striker dia, dan dengan sokongan padu penyokong di gelanggang sendiri, kita pasti boleh menang, INSYAALLAH tanpa bolos..”. – Mahali Jasuli.
Mahali, yang ‘dipinjamkan’ dari skuad Olimpik bimbingan Ong Kim Swee selepas muncul antara tonggak yang membantu skuad negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, turut berpendapat selain penyerang veteran Singapura, Aleksandar Duric, seorang lagi pemain yang harus diberikan kawalan ketat adalah pemain sayap lincah mereka, Qiu Li yang turut menjaringkan salah satu gol pada perlawanan tersebut.
Asrarudin pula, dilihat cukup bermotivasi, meskipun prestasinya dikritik hebat peminat tempatan, apatah lagi menjadi antara punca skuad negara bolos gol keempat dan kelima pada perlawanan pertama Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia itu, dan melaungkan azam akan berganding cemerlang bersama Mahali
|
|