Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan hadiah penghargaan berupa Unit Amanah Saham Permodalanan Nasional Berhad (PNB) sebanyak RM100,000 kepada Jaguh Bandminton Negara, Datuk Lee Chong Wei diatas kejayaannya memenangi kejohanan badminton All- England di Seri Perdana, pada Selasa. Turut sama ialah Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. -Foto BERNAMA PUTRAJAYA: Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei pada Selasa menerima RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada kerajaan Malaysia atas kejayaannya mempertahankankan kejuaraannya pada Kejohanan Badminton All-England awal pagi Isnin.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan hadiah tersebut kepada Lee, yang tiba dari London pada pukul 6.45 pagi tadi, pada majlis sarapan pagi di Seri Perdana di sini, Selasa.
Sementara isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyampaikan hadiah peribadinya yang merupakan sebuah jam tangan atas kejayaan Lee itu.
Lee pada kejohanan itu mengalahkan musuh ketatnya Lin Dan dari China 21-17, 21-17 dengan mengambil masa 52 minit pada pertandingan perseorangan lelaki Kejohanan All-England di Birmingham Indoor Arena, England.
Berucap pada majlis itu, Najib berkata beliau begitu yakin Lee akan berjaya menumpaskan Lin Dan pada pertandingan itu kerana mendapati permainan Lee lebih fokus dan lebih berkeyakinan, berbanding semasa bertemu Lin Dan di temasya Olimpik yang lepas.
Beliau berkata hadiah kerajaan Malaysia itu adalah hasil berbincangannya dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dan "kita telah