KUALA LUMPUR, 11 Feb — Selangor pimpinan Pakatan Rakyat dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melarang sama sekali umat Islam menyambut Hari Kekasih termasuklah memberi sokongan, mempromosikan, mengajarkan dan menyebarkan apa-apa sambutan yang berkaitan dengannya.
Dalam khutbah yang disampaikan hari ini, kedua-dua Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menegaskan Hari kekasih adalah sambutan penganut Kristian yang mengenang hari kematian seorKang paderi mereka.
“Tiada sambutan ini dalam ajaran Islam,” kata khutbah standard yang disampaikan di masjid-masjid dan surau di negeri Selangor hari ini.
Keseluruhan teks khutbah yang diperoleh memfokus pada isu tersebut, yang kontroversi sekarang ekoran laporan bahawa Dewan Pemuda PAS mahu kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan penguatkuasaan mengawal golongan muda beragama Islam menyambut Hari Kekasih yang jatuh Isnin ini.
Sebaliknya menurut khutbah itu, umat Islam digalakkan berkasih sayang sesama manusia sepanjang masa tanpa membataskannya pada hari-hari tertentu sahaja.
“Keempat, pihak Media dan pengamal laman sosial adalah diminta untuk tidak mempromosikan Sambutan Hari Kekasih ini walau dalam apa bentuk sekalipun,” katanya.
Bagaimanapun Jakim berkata akan mengedarkan kira-kira 15,000 kit anti-Hari Kekasih sempena pelancaran kempennya di Putrajaya malam ini.
KUALA LUMPUR - Model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz mengalami detik cemas apabila dia disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Ampang Hilir di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 3.23 petang itu, artis berbadan tinggi lampai berusia 40 tahun itu kerugian sebanyak RM40,000 apabila wang tunai termasuk barang berharga miliknya dilarikan penjenayah dipercayai warga Indonesia.
Difahamkan, sebelum kejadian, Nasha memandu kenderaan Naza Ria dengan ditemani seorang rakan wanitanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu. Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank tidak jauh dari lokasi dia disamun.
"Sebaik berhenti di persimpangan itu, dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 menghampiri kenderaan pelakon tersebut.
"Pembonceng motosikal itu kemudian memecahkan cermin kenderaan pelakon itu dan mengambil beg tangan yang diletakkan di riba Nasha," kata jurucakap polis ketika dihubungi Kosmo! semalam. -kosmo