General Info: Pembedahan Batin di "Hospital Ghaib"
Author: Tok Dalik | 26-09-2010, 23:56 | Views: 230
Tujuan entry ini, bukan untuk menyuruh kawan2 percaya. Terpulang pada individu untuk menilai. Pernah berhadapan dengan situasi, di mana family atau saudara mara kawan2 sendiri, sakit teruk, dan telah berulang alik ke hospital, tapi tidak juga kurang sakitnya, dan mereka akan cuba ikhtiarkan berubat secara tradisional? Ya, semalam aku menemankan saudara pergi berubat di Melaka. Pembedahan secara batin, menarik kan bila dengar? Actually, aku pun tak tahu nak explain camne. Kawan2 boleh tengok sendiri macam mana ustaz itu ubat orang. Cuma, terangkan pada Ustaz sakit nya, dan ustaz akan teruskan rawatan. Ianya umpama satu pembedahan. Pesakit sendiri yang akan merasakannya. Cuma, tiadalah jarum2 tajam yang ngeri dan bius yang memengsankan pesakit. Dan pesakit akan tidur selama lebih kurang 35 minit selepas pembedahan selesai.