Berdasarkan ura-ura yang dibuat oleh Ketua Menteri Melaka, maka tak mustahil akan wujud sekolah dengan nama begini tak lama nanti.
‘SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) HAMIL’
Maka saya sebagai cikgu-to-be, akan menerima dengan taatnya jika diposting (ataupun latihan mengajar) di SMK (P) Hamil ni. Antara persediaan-persediaan yang perlu saya lakukan adalah ;
1.Saya perlu mengambil kursus asas perbidanan. Kalau dah cekap asas, bolehlah ambil kursus lanjutan. Jika mengajar di SMK (P) Hamil ini, maka tak mustahil tengah sedap-sedap saya mengajar topic Reproduction, tiba-tiba ada pelajar yang meraung disebabkan kontraksi mau bersalin. Hah, elok sangat. Terus saja la dengan demonstrasinya, tak gitu?
2.Saya perlu belajar serba sedikit cara-cara menguruskan bayi. Mungkin juga nanti akan ada pelajar perempuan di SMK (P) Hamil ni yang berkeras mahu membawa anak ke sekolah. Agak-agak sempoi tak, buat latihan Matematik Tambahan SPM sambil menyusukan anak? Ataupun pelajar yang sedang menjawab soalan peperiksaan, memberikan bayinya kepada pengawas bertugas (cikgu) untuk dikendong dan dijaga selama 3jam.