Liew Kee Sin, Pengerusi SP Setia Berhad telah menyediakan statistik yang menunjukkan ahli perniagaan Cina telah maju dan berkembang di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Beliau berkata, golongan Cina telah menguasai kekayaan 73% yang tersenarai dalam barisan 40 rakyat Malaysia yang terkaya dan menduduki 8 daripada 10 orang terkaya di Malaysia. Semua orang tahu siapa mereka. Mereka bukan sahaja antara yang terkaya di Malaysia, tetapi juga di dunia.
Semua orang tahu bagaimana mereka mencipta kekayaan sepanjang tempoh 40 tahun yang lepas. Aduan selama ini bukan berkisar sekitar soal bahawa Cina, India, Sikh, Kadazan, Dusun, Iban dan bukan Bumiputera lain turut bersama mencipta peluang kekayaan di bawah Dasar Ekonomi Baru. Biarpun di negara yang diperintah oleh rejim yang paling menekan rakyat, memang akan wujud golongan yang berjaya.