 |
| Menu |
 |
|
 |
| Top| Random | Latest News |
 |
|
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
News » Local Political : Kapal Selam: Nama Najib dan Rosmah disebut polis Perancis ketika ambil keterangan Bala |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: Tok Dalik | 14-07-2010, 23:54 | Views: 5 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Dari Merdeka Review
PARIS, 14 Julai: "Najib" dan "Rosmah Mansor" antara nama yang disebut oleh polis Perancis, dalam masa lebih daripada tiga jam ketika mengambil keterangan daripada penyiasat persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal.
 Malah, nama-nama seperti Abdul Razak Baginda, Deepak Dinesh, ASP Suresh dan beberapa nama baru yang belum dikenalpasti turut disebut sepanjang proses ini, menurut sumber maklumat.
Balasubramaniam ialah saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, tiba di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture pada pada jam 2.30 petang (waktu Perancis) Isnin lalu, ditemani peguamnya, Manjeet Singh Dhillon.
Menurut sumber maklumat, polis Perancis sendiri mengungkit nama Perdana Menteri Najib Razak dan isteri beliau, Rosmah Mansor ketika mengambil keterangan Balasubramaniam.
Malah, nama tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Abdul Razak Baginda; dan Deepak Dinesh (peniaga permaidani yang dituduh mengatur perjalanan Bala ketika melarikan diri) juga disebut sepanjang keterangan Bala diambil. |
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: Tok Dalik | 14-07-2010, 23:40 | Views: 1 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasaiah menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri membuat laporan polis terhadap lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan kerana mendakwa terus diterbitkan walaupun telah tamat tempoh sahlaku permit perbitan 30 Jun lalu sebagai sesuatu yang karut dan palsu.
Laporan itu juga dibuat Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) kerana akhbar 'KEADILAN' didakwa telah menyiarkan sedutan surat KDN bertarikh 2 Julai kepada Suara Keadilan yang tertera perkataan 'SULIT".
"Malam semalam, kita diberitahu KDN telah membuat laporan polis dan telah mengeluarkan kenyataan media mengatakan bahawa kita telah gagal memberi jawapan kepada surat peringatan yang menghendaki kita menjawab pada atau sebelum 12 Julai dan kita telah menjawab melalui surat yang dihantar terus kepada KDN kira-kira 3.30 petang semalam.
"Ini merupakan satu pembohongan kerana kita telah menjawab semua soalan yang diajukan kepada kita. Dan saya ingin tahu, kenapa seorang pegawai kerajaan boleh bekerja hingga 9.30 malam hanya untuk mengeluarkan satu kenyataan media? Takkan tak boleh tunggu hingga pagi ini?" tegas beliau kepada KEADILAN di Parlimen semalam.
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
 |
|
 |
|
|