Dari FB Tan Sri Annuar Musa:

Bismillahirrahmanirrahim. Semoga Allah memberkati usaha kita selama ini dan insya Allah stadium bola sepak terbaik di Malaysia akan dibina di negeri Kelantan. Ini merupakan pandangan bucu hadapan. Nama stadium insya Allah ialah Stadium Sultan Muhammad V, sempena Sultan kita yang tersayang. Allahuakbar!
Gelaran The Fortress (bermaksud Kubu) adalah bersempena nama pasukan kita iaitu The Red Warriors (Pahlawan Merah). Berani kah musuh bertandang ke Fortress The Red Warriors? Insya Allah lebih banyak detail akan kami paparkan buat rakan-rakan dalam beberapa jam berikut berserta sedikit info berkenaan fasiliti dalam stadium.
Ini perspective dari dalam stadium. Tempat duduk akan bewarna merah putih, seiring dengan warna negeri Kelantan. Tiada track larian kerana stadium ini akan dibina khusus untuk bola sepak.
Kedudukan penonton yang dekat dengan padang akan menjana suasana yang lebih meriah dan mampu berikan sokongan lebih padu buat pasukan. Corporate booth akan turut dibina agar KAFA dapat terus menjana dana dan income sendiri. Sebagai contoh, corporate box bewarna kuning di sebelah kanan atas gambar merupakan Royal Box untuk Sultan kita.
Tempat duduk semua adalah individu (ada nombor tempat duduk) dan berbumbung. Kapasiti stadium dalam pelan arkitek dan berdasarkan bajet ialah 40,000. Harga tiket insya Allah tidak akan dinaikkan kerana kita tidak akan dikenakan levi yang tinggi serta kapasiti stadium yang lebih besar bermakna pendapatan KAFA bertambah. Janji penonton semua kena pakat pergi stadium, penuhkan Stadium Sultan Muhammad V untuk SETIAP perlawanan. Tempat meletak kenderaan yang banyak akan disediakan dan khidmat bas shuttle dari tengah bandar Kota Bharu turut akan disediakan insya Allah.

