Sikap tidak profesional yang ditunjukkan dua pemain Kedah pada perlawanan Liga Super 2012 di Stadium Darul Aman menerima kritikan meluas daripada peminat bola sepak tanahair.
Siapa sangka, pemain Kedah yang telah berpengalaman luas dalam sukan bola sepak menunjukkan aksi tidak matang ketika perlawanan disiarkan secara langsung ke seluruh negara.
Sabree Mat Abu tidak asing kepada peminat kerana pernah mewakili skuad negara tetapi tindakan menyepak kaki Mohamed Ghaddar sehingga dilayangkan kad kuning menunjukkan pemain tersebut tidak dapat mengawal tekanan perlawanan.
Begitu juga dengan insiden V. Thirumugan mengambil kesempatan memijak belakang Ghaddar pada penghujung babak juga tidak dapat diterima peminat sukan nombor satu di Malaysia.
Malahan, dua insiden yang dilakukan oleh pemain Kedah tersebut turut mendapat kritikan daripada tetamu jemputan Astro Arena.
Peliknya, pengadil dilihat gagal mengambil tindakan tegas biarpun menyedari insiden tersebut berlaku didepan mata.
Sudah sampai masanya pihak FAM menilai kembali pegawai perlawanan yang diturunkan pada setiap aksi tumpuan bagi mengelakkan sikap tidak profesional seperti yang ditunjukkan Sabree Abu dan V. Thirumugan berlaku lagi pada perlawanan akan datang. -RedsfcNews-
Dear visitor, you went to the site as unregistered user. We encourage you to register or enter the site under your name.