Dikatakan kecoh di stadium tersebut,yang melibatkan perlawanan antara Pasukan Felda United dan Negeri Sembilan yang mana Negeri sembilan memenangi perlawab tersebut,jadi jom kita tengok aksi yang boleh dibuat bukti untuk kita tonton yer.
Ini semasa selepas perlawanan selesai,dan insiden ini membabitkan pergaduhan permain import Negeri Sembilan iaitu Effa Owona dengan pemain felda united.
Di bawah ini insiden yang membabitkan penyokong Negeri sembilan melempar botol air kepada Penjaga Gol Felda United,Hamsani ahmad
Dan akhir sekali selepas permain Felda united yang hendak keluar dari bilik persalinan untuk menuju ke bas,yang mana penyokong Negeri Sembilan yang berkumpul kerana tidak puas hati di luar Stadium Paroi.
Inikah penyokong Kita??semakin hari semakin Kontroversi bola sepak malaysia nih,pas satu-satu insiden,adoilah,,,yang rasuah tu pun belum selsesai lagi ,sekarang muncul pulak insiden yang sungguh memalukan ini,dimana,sikap kita?siapa yang perlu dipersalahkan???fikir-fikirkanlah..yerr
Laporan Harian Metro
AKSI panas dan keras menyaksikan perlawanan Liga Super antara Negeri Sembilan dengan Felda United di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam kelmarin tercemar apabila membabitkan pergaduhan sesama pemain dan hampir membabitkan penyokong.
Perlawanan yang berkesudahan Negeri Sembilan menang 1-0, menyaksikan tiga kad merah dilayangkan pengadil, Azman Jamaludin yang membabitkan seorang pemain tuan rumah, S Kunanlan dan dua pemain lawan, Farid Ramli dan Hardi Jaafar.
Bagaimanapun tindakan Hardi yang meluru ke arah tempat duduk penyokong Negeri Sembilan sebaik tamat perlawanan menimbulkan kemarahan penyokong dan hampir mencetuskan pergaduhan namun dikawal baik pasukan keselamatan.
Hardi dan penjaga gol Felda United, Hamsani Ahmad, kemudiannya terpaksa dikawal anggota keselamatan ketika menaiki bas, bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini, berikutan kira-kira 1,000 penyokong tuan rumah masih memenuhi perkarangan luar stadium selepas tidak puas hati dengan tindakan pemain itu yang cuba menimbulkan provokasi.
Bagi ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah, pihaknya mengakui perlawanan itu disifatkan sebagai keras dan panas kerana sering berlaku terjahan yang menyebabkan kecederaan.
Beliau bagaimanapun akur dengan situasi itu kerana dalam bola sepak apa saja boleh berlaku dan ia tidak dapat dijangka apatah lagi masing-masing mahukan kemenangan.