| |
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini melanjutkan tempoh pendaftaran pemain import sehingga 13 Februari 2012, sebagai langkah penyelesaian dan tolak ansur terbaik, dalam menangani kemelut serta kontroversi tercetus berhubung status pendaftaran pemain import dalam saingan Liga Malaysia 2012. “kita telah memperhalusi rayuan yang dikemukakan, bukan hanya Terengganu, tetapi semua pasukan yang gagal daftarkan pemain import dengan pelbagai sebab seperti masalah dokumen, kontrak salah, salah penafsiran dan pelbagai isu lain, dan jawatankuasa berpendapat, demi kepentingan bolasepak negara, BUKAN ATAS DASAR TEKANAN YANG DITERIMA JAWATANKUASA, kita sedar pemain import pun dah lama tak main, pertama kali Transfer Matching System (TMS) diperkenalkan FIFA, secretariat telah hubungi FIFA, bersetuju lanjutkan tarikh tutup pendaftaran pemain import ke 13 Februari, dengan memenuhi syarat sepertimana sedia ada, hanya tarikh tutup dilanjutkan, tiada perubahan lain…”. – Dato’ Hamidin Amin, Pengerusi JKPT. Manakala Datuk Azuddin Ahmad, Setiausaha Agung FAM, dipetik berkata : “kita ambil iktibar demi kebaikan bolasepak, saya mohon kepada semua persatuan dan kelab agar perkara ini tidak timbul lagi di masa akan datang, kita bertolak ansur hanya sekali, kerana ini kali pertama TMS diperkenal, kita harap setiap pasukan mematuhi peraturan dan tempoh masa yang ditetapkan, apa yang saya nampak, setiap pasukan gemar menunggu betul-betul hingga saat akhir untuk membuat pendaftaran, apa-apa masalah selepas ini, sila rujuk kepada secretariat, jangan buat intepretasi sendiri..”. – Dato’ Azuddin Ahmad. Dengan keputusan ini, bermakna Terengganu kini bebas menurunkan 2 pemain import yang didaftarkan pada 4 Januari lalu, iaitu hampir 4 minggu selepas tarikh tutup asal (8 Dis 2011), TETAPI dengan syarat Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu perlu mendaftarkan semula dua pemain itu, dan mereka perlu menunggu keputusan Vetting Committee di bawah Tan Sri Aseh Che Mat, sebelum dibenarkan bermain. Doe, boleh didaftarkan Ini bermakna Francis Doe dan Erison Da Silva belum dapat diturunkan Sabtu ini, KECUALI PBSNT bertindak pantas membuat pendaftaran semula dengan mengemukakan segala dokumen serta apa yang patut, dan Vetting Committee juga pantas membuat keputusan sebelum perlawanan pada 14 Januari, sama ada mereka dibenarkan bermain atau tidak. Tapi nampak gaya kena tunggu perlawanan ketiga, baru boleh main. “usah risau, bilamana persatuan kemukakan pendaftaran, jawatankuasa Tan Sri Aseh akan sentiasa mengadakan mesyuarat sehingga tarikh itu (13 Februari). Kita takkan tunggu 13 Februari baru bermesyuarat..”. – Dato’ Azuddin Ahmad. Setiap pasukan yang sudahpun mendaftarkan dua pemain import, juga dibenarkan untuk membuat PENGGANTIAN/PERTUKARAN pemain, selagi ianya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Itu kisah import Terengganu. Mengenai import Selangor, Ramez Dayoub, Azuddin mengakui timbul sedikit kekeliruan namun menegaskan pemain itu tetap layak untuk beraksi bersama Selangor walaupun timbul pertikaian. “Vetting Committee ni jawatankuasa bebas, terdiri daripada bekas pegawai kerajaan, pegawai polis, SPRM, dan sebagainya, mereka telus dalam membuat keputusan. Jadi apabila bersidang pada 22hb Disember, mereka dapati adalah tidak relevan jika mengikut ranking pada 24 Ogos 2011, kerana ranking ni sentiasa berubah, jadi mereka mengambil keputusan untuk menetapkan RANKING TERKINI sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 8 Disember sebagai RANKING YG DIGUNAPAKAI..dan ia telah dihantar kepda semua persatuan negeri...”. Untuk rekod, ranking digunapakai untuk tujuan pengecualian cooling off period, oleh itu Ramez meskipun tidak melepasi syarat cooling off kerana bermain di Liga Asean, dia melepasi syarat kedua iaitu bermain bersama pasukan kebangsaan yang ranking lebih tinggi dari Malaysia. Mengenai tindakan membuang Artikel Mengenai Peraturan Mengambil Pemain Import di website FAM, Hamidin menjelaskan ia dibuang kerana sudah tidak boleh digunapakai dan akan diganti dengan yang baru. |
|