Oleh : MOHD FAHMI ISMAIL | Tarikh : December 9, 2011
PENDAFTARAN pemain import Liga Malaysia bagi musim 2012 secara rasminya telah ditutup berkuat kuasa semalam. Tetapi, setiap persatuan negeri tidak perlu resah mengenai perkara ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membuka semula pendaftaran kali kedua pada 6 hingga 20 April tahun depan.
Kini, beberapa negeri dan kelab dilaporkan berjaya mendapatkan khidmat pemain import bagi memperkasa pasukan masing-masing selepas kali terakhir kelibat awang import beraksi dalam kancah liga tempatan pada musim 2008. Berikut adalah senarai beberapa pasukan yang menggunakan khidmat mereka bagi musim depan.