Begitu banyak sekali kesalahan yang dilakukan oleh orang ramai setelah solat fardhu. Tetapi, kebanyakan mereka tidak menyedari akan perbuatan mereka itu adalah suatu yang salah dan tidak bersandarkan kepada dalil-dalil yang tsabit. Iaitu di mana mereka beramal tanpa mengikuti petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam yang shahih.
Di antara kesalahan-kesalahan yang dimaksudkan adalah:
1 – Menyapu muka sebaik setelah salam.[67]
2 – Berdoa dan berzikir secara berjama’ah dengan dipimpin oleh imam solat.[68]
3 – Berzikir dengan bacaan yang tidak ada dalilnya, sama ada dari sudut lafaz atau pun bilangannya. Malah sebahagian dari mereka mengamalkan zikir berdasarkan hadis-hadis yang dhaif (lemah) dan maudhu’ (palsu).
Contoh:
- Selepas salam, mereka melafazkan al-hamdulillah.
- Membaca surah al-Fatihah, dan
- Membaca beberapa ayat-ayat terakhir dari surah al-Hasyr serta selainnya.
4 – Mengira zikir yang dibaca dengan menggunakan biji tasbih atau yang seumpama dengannya. Tidak ada satu pun hadis yang shahih berkenaan perbuatan mengira bacaan zikir dengan menggunakan biji-bijian tasbih. Malahan, sebahagian hadis berkenaan dengannya adalah maudhu’ (palsu).[69] Syaikh al-Albani rahimahullah menyatakan, “Berzikir dengan biji-biji tasbih adalah bid’ah.”[70]
Syaikh Bakr bin ‘Abdillah Abu Zaid rahimahullah menjelaskan bahawa berzikir dengan menggunakan biji-biji tasbih adalah menyerupai perbuatan orang-orang Yahudi, Nasrani, Budha, dan perbuatan tersebut adalah bid’ah dholalah.[71]
Tatacara yang disunnahkan di dalam melaksanakan zikir adalah dengan menggunakan jari-jari tangan:
“Dari Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma, dia berkata: “Aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam mengira bacaan tasbih (dengan jari-jari) tangan kanannya”.”[72]
Dalam persoalan ini, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam sendiri memerintahkan Sahabat wanita supaya mengira “Subhanallah, alhamdulillah, dan mensucikan Allah dengan jari-jari, kerana jari-jari tersebut akan ditanya dan diminta untuk berbicara (pada hari kiamat).[73]
5 – Berzikir dengan suara keras (kuat/nyaring) dan beramai-ramai (secara berjama’ah).
Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kita supaya berzikir dengan suara yang tidak keras (dengan perlahan). (Rujuk surah al-A’raaf, 7: ayat 55 dan 205, lihat Tafsir Ibni Katsir berkenaan ayat tersebut).
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam melarang berzikir dengan suara yang keras sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam al-Bukhari, Muslim, dan selainnya.
Imam asy-Syafi’i rahimahullah menganjurkan supaya imam atau makmum tidak mengeraskan bacaan zikir.[74]
6 – Membiasakan berdoa di setiap selepas solat fardhu dan dengan mengangkat (menadah) tangan. Perbuatan ini sebenarnya tiada contohnya dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam.[75]
7 – Saling bersalam-salaman dengan para jama’ah solat sebaik sahaja selesai solat fardhu berjama’ah. Padahal, tidak ada pun contoh dari mana-mana para Sahabat atau pun Salafush Soleh radhiyallahu ‘anhum yang melakukan amalan tersebut. Jika sekiranya perbuatan tersebut adalah baik, maka sudah pasti riwayatnya akan sampai kepada kita, dan ulama akan menukil serta menyampaikannya kepada kita dengan sandaran yang shahih.
Para ulama menyatakan bahawa perbuatan tersebut adalah bid’ah yang diada-adakan di dalam agama.[76]
Perbuatan atau amalan berjabat tangan adalah dianjurkan, akan tetapi menetapkannya sebagai suatu amalan di setiap kali selesai solat fardhu adalah tidak ada contoh mahu pun sandarannya dari sunnah. Wallahu a’lam bish shawwab.
BIBLIOGRAFI
1 – Tafsir al-Qur’an al-Azim (Ibnu Katsir), al-Hafiz ‘Imadudin Abul Fida’ Ismail bin Katsir al-Qurasyi ad-Dimasyqi, cet. Maktabah Darus Salam th. 1413H.
2 – Shahih al-Bukhari, Imam Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, cet. Darus Salam, Riyadh th. 1417H dan cet. Darul Fikr, Beirut th. 1401.
3 – Shahih Muslim, Imam Abu Husain Muslim bin Hajjaj al-Qusyairi an-Naisaburi, tahqiq dan tarqim Muhammad Fu’ad ‘Abdul Baqi cet. Darul Hadis, Kairo th. 1412H dan cet. Darul Fikr, Beirut.
4 – Sunan Abi Daud, Imam Abu Daud Sulaiman bin al-Asy’ats as-Sijistani, cet. Baitul Afkar ad-Dauliyah, Riyadh th. 1420H.
5 – Jami’ at-Tirmidzi (Sunan at-Tirmidzi), Imam Abu ‘Isa bin Saurah at-Tirmidzi, cet. Baitul Afkar ad-Dauliyah, Riyadh th. 1420H.
6 – Sunan an-Nasa’i, Imam ‘Abdurrahman Ahmad bin Syu’aib bin ‘Ali an-Nasa’i, syarah al-Hafiz Jalauddin as-Suyuti, cet. Darul Fikr, Beirut th. 1348H.
7 – Sunan Ibni Majah, Imam Abu ‘Abdillah Muhmmad bin Yazid Ibnu Majah, cet. Baitul Afkar ad-Dauliyah, Riyadh th. 1420H.
8 – Sunan ad-Darimi, Imam Abu Muhammad ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman bin Fadhl bin Bahram ad-Darimi, cet. Darul Fikr, Kairo th. 1398H.
9 – Mawariduzh Zham’an ila Zawa’idi Ibni Hibban, al-Hafiz Nuruddin ‘Ali bin Abi Bakr al-Haitsami, cet. Darul Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut.
10 – al-Mustadrak, Imam al-Hakim Abu ‘Abdillah Muhammad bin ‘Abdillah an-Naisaburi, talkhish al-Hafiz adz-Dzahabi, cet. Darul Fikr, Beirut th. 1398H.
11 – al-Musnad, Imam Ahmad bin Hanbal.
12 – al-Adabul Mufrad, Imam al-Bukhari.
13 – ‘Amalul Yaum wa-Lailah, Imam an-Nasa’i, cet. Darul Fikr.
14 – ‘Amalul Yaum wal-Lailah, Imam Ibnus Sunni, tahqiq dan tahkrij Abu Muhmmad ‘Abdurrahman Kansar al-Barni, cet. Darul Qiblat, Jeddah.
15 – Misykatul Mashabih, Muhammad ‘Abdillah al-Khatib at-Tibrizi, tahqiq Muhammad Nashiruddin al-Albani.
16 – Shahih al-Adabil Mufrad, Imam Muhammad Nashiruddin al-Albani, cet. 2 Dar ash-Shiddiq 1415H.
17 – Shahih Sunan Abi Daud bi Ikhtisharis Sanad, Muhammad Nashiruddin al-Albani, cet. Maktabah at-Tarbiyah al-‘Arabi li Duwal al-Khalij th. 1408H.
18 – Shahih Sunan at-Tirmidzi bi Ikhtisharis Sanad, Muhammad Nashiruddin al-albani, cet. 1 Maktabah at-Tarbiyah al-‘Arabi li Duwal al-Khalij th. 1408H.
19 – Shahih Sunan Ibni Majah bi Ikhtisharis sanad, Muhammad Nashiruddin al-Albani, cet. 1 Maktabah at-Tarbiyah al-‘Arabi li Duwal al-Khalij th. 1408H.
20 – Shahih Ibni Khuzaimah, Imam Abu Bakar Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah as-Sulami an-Naisaburi, cet. Al-Maktab al-Islami.
21 – Shahih al-Jami’ish Shaghir, Muhammad Nashiruddin al-Albani.
22 – Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah, Muhammad Nashiruddin al-albani, cet. Maktabah al-Ma’arif.
23 – Silsilah al-Ahadis adh-Dha’ifah, Muhammad Nashiruddin al-Albani.
24 – Shahih at-Targhib wat Tarhib 1-3, cet. 1 Maktabah al-Ma’arif 1412H.
25 – Majmu’ Fatawa, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baaz, cet. Darul Qasim 1420H.
26 – al-Adzkar, Imam Abu Zakariyya Muhyiddin Yahya bin Syaraf an-Nawawi, wafat 676H.
27 – Shahih Kitab al-Adzkar wa Dha’ifah, Abu Usamah Salim bin ‘Ied al-Hilali, cet. 1 Maktabah al-Ghuraba’, Madinah 1413H.
28 – al-Kalimuth Thayyib, Syaikhul Islam Taqiyyudin ahmad bin ‘abdul Halim Ibnu Taimiyah al-Harrani ad-Dimasyqi, tahqiq al-Albani, cet. 1 Maktabah al-Ma’arif, Saudi Arabia tahun 1422H/2001M.
29 – Shahih al-Wabilish shayyib minal Kalimith Thayyib, Ibnu Qayyim al-Jauziyah, tahqiq dan takhrij Syaikh Salim ‘Ied al-Hilali, cet. 3 Dar Ibnil Jauzi tahun 1416H.
30 – Tashhihud Du’a, Syaikh Bakr bin ‘Abdillah Abu Zaid, cet. 1 Darul ‘Ashimah 1419H.
31 – Hisnul Muslim min Adzkaril Kitab was Sunnah, Syaikh Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahthani, cet. 5 tahun 1421H.
32 – Wirdush Shabab wal Masa’ minal Kitab was Sunnah, Syaikh Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahthani, cet. 2 tahun 1411H.
33 – Fathul Bari Syarh Shahih al-Bukhari, al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, cet. Darul Fikrm, Beirut.
34 – Tuhfatul Ahwadzi Syarh Sunan at-Tirmidzi, cet. Darul Fikr.
35 – Syarhun Nawawi li Shahih Muslim, cet. Darul fikr.
36 – Zaadul Ma’ad fi Hadyi Khairil ‘Ibad, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan ‘Abdul Qadir al-Arnauth, cet. Ke-25 Mu’assasah ar-Risalah, Beirut 1412H.
37 – al-I’tisham, Imam asy-Syatibi, tahqiq Abu Usamah Salim bin ‘Ied al-Hilali, cet. Dar Ibni ‘Affan th. 1412H.
38 – as-Sunah wal Mubtada’at, ‘Amr ‘Abdul Mun’im Salim, cet. 1 Mu’assasah ar-Rayyan 1420H.
39 – al-Qaulul Mubin fi Akhtha’il Musollin, Syaikh Masyhur Hasan Salman Alu Salman, cet. 4 Dar Ibnil Qayyim 1416H.
40 – Majma’uz Zawa’id wa Manba’ul Fawa’id, al-Hafiz Nuruddin ‘Ali bin Abi Bakar al-Haitsami, cet. Darul Kitab al-‘Arabi, Beirut th. 1402H.
41 – Dan kitab-kitab lainnya
Footnote:
[1] Hadis Riwayat at-Tirmidzi (no. 3377), Ibnu Majah (no. 3790). Lihat juga Shahih at-Tirmidzi (3/139, no. 2688) dan Shahih Ibni Majah (2/316, no. 3057), dari Sahabat Abud Darda’ radhiyallahu ‘anhu.
[2] Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 6407 – Fathul Bari 11/208). Imam Muslim meriwayatkan dengan lafaz sebagaimana berikut: “Perumpamaan rumah yang digunakan untuk berzikir kepada Allah dengan rumah yang tidak digunakan untuk berzikir, adalah seperti orang hidup dengan orang yang mati.” (Shahih Muslim (no. 779 (211)). Dari Abu Musa al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu)
[3] Ma’rifat diperolehi dengan cara:
1 – Mempelajari al-Qur’an dan as-Sunnah berdasarkan kefahaman para Sahabat radhiyallahu ‘anhum.
2 – Mengamalkan segala yang wajib, sunnah, dan menjauhi apa yang dilarang di dalam agama.
3 – Ikhlas dalam beramal.
4 – Sentiasa mengikuti sunnah dan petunjuk dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam.
5 – Sentiasa berzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
[4] Hadis Riwayat Ahmad (5/239) dan at-Timidzi (no. 3377)
[5] Hadis Riwayat Muslim (no. 2699) dan selainnya.
[6] Di antara contoh kalimah yang ringan di lidah dan berat di timbangan serta dicintai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Maha Suci allah, aku memuji-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung.” (Hadis shahih Riwayat al-Bukhari (no. 6406) dan Muslim (no. 2694)). Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu.
[7] Lihat Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah (no. 105). Di dalam riwayat Imam Muslim, perkataan yang dicintai oleh Allah itu ada empat: “Subhanallah, Alhamdulillah, Laa ilaaha illallaah, Allaahu akhbar.”
[8] Lihat Shahih al-Adzkar oleh Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali (1/90, no. 34)
[9] Lihat Shahih al-Adzkar oleh Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali (1/90, no. 35)
[10] Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 3293, 6403 – Fathul Bari, 6/338 dan 11/201). Muslim di dalam Syarh Muslim, 17/16-17)
[11] Hadis Riwayat Muslim (no. 2695 (32)). At-Tirmidzi (no. 3597).
[12] Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 3389) dan selainnya. Hadis hasan, lihat Shahih al-Waabilish Shayyid, m/s. 88-89)
[13] Hadis Riwayat at-Tirmidzi (no. 3429). Ibnu Majah (no. 2235). Ahmad (1/47) dan yang lainnya, dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma. Hadis ini hasan, lihat takhrijnya di dalam Shahih al-Wabilish Shayyib, m/s. 250-256).
[14] Shahih al-Wabilish Shayyib, m/s. 91.
[15] Ma’iyyah (kebersamaan) adalah satu sifat dari sifat-sifat Allah, dan ma’iyyah ini terbahagi menjadi dua:
1 – Ma’iyyah khusus, iaitu kebersamaan Allah dengan makhluk-Nya yang kita tidak tahu bagaimana kaifiyatnya (caranya), melainkan Allah lebih lebih mengetahuinya. Ma’iyyah ini mengandungi maksud bahawa Allah meliputi hamba-Nya yang dicintai, menolongnya, memberikan taufiq, menjaganya dari kebinasaan, serta seumpamanya.
2 – Ma’iyyah umum, iaitu kebersamaan Allah dengan makhluk-Nya, di mana Allah mengetahui keadaan hamba-hamba-Nya dan Allah tahu semua keadaan mereka, tindak-tanduk mereka yang zahir atau pun yang batin, dan keadaan ini tidak semestinya menunjukkan bahawa Allah menyatu dengan hamba-Nya, kerana Allah tidak boleh diserupakan dengan makhluk-Nya. Dan tingginya Allah di atas makhluk-Nya tidak menafikan kebersamaan Allah terhadap hamba-hamba-Nya, berbeza dengan makhluk, kerana keberadaan makhluk itu secara langsung akan melibatkan kedudukan atau tempat (arah). Dan di sini perlu kita fahami bahawa Allah tidak sama dengan sesuatu pun kerana kesempurnaan ilmu dan kekuasaan-Nya. (Rujuk: Ta’liq ke atas at-Tanbiihat al-Lathiifah, m/s. 45, oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baaz rahimahullah).
[16] Hadis Riwayat Ibnu Majah (no. 3792), Ahmad (2/540), al-Hakim (1/496) dan Ibnu Hibban (no. 2316 – al-Mawaarid). Sahih.
[17] Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 3705 – Fathul Bari, 7/71). Muslim (no. 2727/ Syarah M/uslim, 17/45)
[18] Diringkaskan dengan sedikit perubahan dari kitab Shahih al-Waabilish Shayyib minal Kalimith Thayyib, m/s. 82-155. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, tahqiq Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, cet. 3, Dar Ibnil Jauzi, 1416H.
[19] Hadis Riwayat Abu Daud (no. 3667), lihat Shahih Abi Daud (2/698, no. 3114) dan Misykah al-Masyabih (no. 970). Hadis ini Hasan.
[20] Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: Sesiapa yang membaca ayat ini di waktu pagi hari, maka dia dilindungi dari gangguan jin sehingga petang hari. Dan sesiapa mengucapkannya ketika petang hari, maka ia dilindungi dari (gangguan) jin sehingga pagi hari.” (Hadis Riwayat al-Hakim (1/562), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/418, no. 662). Hadis ini Shahih)
[21] Hadis Riwayat Abu Daud (no. 5082), an-Nasa’i (8/250), dan at-Tirmidzi (no. 3575), Ahmad (5/312), Shahih at-Tirmidzi (no. 2829), Tuhfatul Ahwadzi (no. 3646), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/411, no. 649). Hadis ini Hasan shahih.
[22] Ibid.
[23] “Sesiapa yang membaca tiga surah tersebut di setiap waktu pagi dan petang hari, maka (tiga surah tersebut) cukup baginya dari segala sesuatu.” Iaitu ia membantu mencegah dari pelbagai gangguan kejahatan. At-Tirmidzi berkata: “Hadis ini Hasan shahih”. Hadis Riwayat Abu Daud (no. 5082), an-Nasa’i (8/250), dan at-Tirmidzi (no. 3575), Ahmad (5/312), dari ‘Abdullah bin Khubaib. Shahih at-Tirmidzi (no. 2829), Tuhfatul Ahwadzi (no. 3646), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/411, no. 649). Hadis ini Hasan shahih.
[24] Hadis Riwayat Muslim (no. 2723), Abu Daud (no. 5071), dan at-Tirmidzi (no. 3390). Hadis ini Shahih. Dari ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu.
[25] Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Adabul Mufrad (no. 1199), dan lafaz tersebut adalah milik al-Bukhari. At-Tirmidzi (no. 3391), Abu Daud (no. 5068), Ahmad (2/354), Ibnu Majah (no. 3868), dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih al-Ahadis ash-Shahihah (no. 262). Hadis ini Shahih.
[26] “Sesiapa yang membacanya dengan yakin di waktu pagi lalu dia meninggal sebelum masuk waktu petang, maka dia tergolong sebagai ahli Syurga. Dan sesiapa yang membacanya dengan yakin di waktu petang lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia tergolong sebagai ahli Syurga.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 6306, 6323), Ahmad (4/122, 125), dan an-Nasa’I (8/279-280) dari Syaddad bin Aus radhiyallahu ‘anhu).
[27] Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Adabul Mufrad (no. 701), Abu Daud (no. 5090), dan Ahmad (5/42) dari Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih al-Adabil Mufrad (no. 539). Hadis ini Hasan.
[28] Hadis Riwayat al-Bukhari dalam al-Adabil Mufrad (no. 1200), Abu Daud (no. 5074), Ibnu Majah (no. 3871), dan al-Hakim (1/517-518) dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih al-Adabil Mufrad (no. 912). Hadis ini Shahih.
[29] Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda kepada Abu Bakar ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu: “Ucapkanlah di waktu pagi dan petang hari serta ketika engkau hendak masuk tidur.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad (no. 1202, 1203), Ahmad (2/297). At-Tirmidzi (no. 3392), dan Abu Daud (no. 5067). Lihat Shahih at-tirmidzi (no. 2798), Shahih al-Adabil Mufrad (no. 913, 914), Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah (no. 2753). Hadis ini Shahih.
[30] “Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali di waktu pagi dan petang hari, maka tiada sesuatu pun yang akan membahayakan dirinya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (no. 3388), Abu Daud (no. 5088), Ahmad (no. 446 dan 474), tahqiq syaikh Ahmad Syakir, dan Ibnu Majah (no. 3869). Dari Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih Ibni Majah (no. 3120), al-Hakim (1/514), Shahih al-Adabil Mufrad (no. 513), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/413, no. 655). Sanadnya Shahih.
[31] Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali di waktu pagi dan petang hari, maka Allah meredhainya di hari Kiamat.” (Hadis Riwayat Ahmad (4/337), Anu Daud (no. 5072), at-Tirmidzi (no. 3389), Ibnu Majah (no. 3870), an-Nasa’i dalam ‘Amalul Yaum wal-Lailah (no. 4) dan Ibnus Sunni (no. 68), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/415, no. 657). Disahihkan oleh imam al-Hakim dalam Mustadrak (1/518) dan dipersetuji oleh imam adz-Dzahabi dengan darjat Hasan. Lihat juga Shahih al-Wabilish (2/372). Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah (no. 2686).
[32] Hadis Riwayat an-Nasa’i dalam ‘Amalul Yaum wal-Lailah (no. 575), al-Bazzar dalam Musnadnya (no. 3107) dan al-Hakim (1/545) dan Ibnus Sunni dalam ‘Amalul Yaum wal-Lailah (no. 48), dari anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih at-Targhib wat Tarhib (1/417, no. 661) dan Silsilah ash-Shahihah (no. 227). Hadis ini Hasan.
[33] Hadis Riwayat Ahmad (3/406, 407), ad-Darimi (2/292) dan Ibnus Sunni dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah (no. 34), dari ‘Abdurrahman bin Abi Abza radhiyallahu ‘anhu. Lihat Misykatul Mashabih (no. 2415) dan Shahih al-Jami’ish Shaghir (no. 4674). Hadis ini Shahih.
[34] Hadis Riwayat an-Nasa’i dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah (no. 24), ahmad (5/420), dari Abu Ayyub al-Anshari radhiyallahu ‘anhu. Lihat Silsilah al-ahadis ash-shahihah (no. 113 dan 114) dan Shahih at-Targhib wat Tarhib (1/416, no. 660). Hadis ini Shahih.
[35] Hadis Riwayat Abu Daud (no. 5077), Ibnu Majah (no. 3867) dari Abu ‘Ayyasy Zaid bin Shamit radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih Jami’ish Shaghir, no. 6418), Misykatul Masyabih (no. 2395) dan Shahih at-Targhib (1/414, no. 656). Shahih.
[36] Sesiapa yang membacanya sebanyak 100 kalidalam sehari, maka baginya (pahala) seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, ditulis 100 kebaikan, dihapuskan darinya 100 keburukan, baginya perlindungan dari Syaitan pada hari tersebut sehingga petang hari. Tidaklah seseorang itu dapat mendatangkan yang lebih baik dari apa yang dibawanya melainkan dia melakukan lebih banyak lagi dari itu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 3293 dan 6403), Muslim (2691 (28)), at-Tirmidzi (no. 3468), Ibnu Majah (no. 3798), dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Penjelasan: Dalam riwayat an-Nasa’i (‘amalul Yaum wal Lailah (no. 580)) dan Ibnus Sunni (no. 75) dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya, lafaznya: “Sesiapa yang membaca 100 kali di waktu pagi dan 100 kali di waktu petang.” ... Dengan itu, zikir ini dibaca 100 kali di waktu pagi dan 100 kali di waktu petang. Lihat Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah (no. 2762).
[37] Hadis Riwayat Muslim (no. 2726). Syarah Muslim (17/44). Dari Juwairiyah binti al-Harits radhiyallahu ‘anhu.
[38] Hadis Riwayat Ibnu Majah (no. 925), Shahih Ibni Majah (1/152, no. 753) dan Ibnus Sunni dalam ‘amalul Yaum wal Lailah (no. 54, 110) dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anhuma. Hadis ini Shahih.
[39] Hadis Riwayat Mulism (no. 2691 dan no. 2692), dari Abu Hurairah. Lihat syarah Muslim (17/17-18), shahih at-Targhib wat Tarhib (1/413, no. 653). Jumlah atau bilangan bacaan terbanyak bagi zikir yang dibaca di waktu pagi dan petang hari adalah sebanyak 100 kali. Ada pun riwayat yang menyebutkan sehingga seribu kali adalah mungkar, kerana hadisnya dhaif. (Silsilah al-ahadis adh-Dhaifah (no. 5296).
[40] Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 6307 – Fathul Bari 11/101) dan Muslim (no. 2702). Dari Ibnu ‘Umar radhiyallhu ‘anhuma, dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Wahai manusia, bertaubatlah kamu kepada Allah, sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya seratus kali sehari.”
Dalam riwayat yang lain dari Agharr al-Muzani, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: Sesungguhnya hatiku lupa padahal sesungguhnya aku beristighfar (minta ampun) kepada Allah seratus kali dalam sehari.” (Hadis Riwayat Muslim (no. 2702) (41)).
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan: “Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung, Yang tidak ada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.”
Maka Allah akan mengampuni dosanya walaupun dia pernah lari dari medan peperangan.” (Hadis Riwayat Abu Daud (no. 1517), at-Tirmidzi (no. 3577), dan al-Hakim (1/511). Lihat Shahih at-Tirmidzi (3/182, no. 2831).
Di antara ayat-ayat al-Qur’an yang menyarankan supaya kita beristighfar dan bertaubat adalah Surah Huud, 11: 3, Surah an-Nuur, 24: 31, dan Surah at-Tahrim, 66: 8.
[41] Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: Sesiapa yang membaca ayat ini di waktu pagi hari, maka dia dilindungi dari gangguan jin sehingga petang hari. Dan sesiapa mengucapkannya ketika petang hari, maka ia dilindungi dari (gangguan) jin sehingga pagi hari.” (Hadis Riwayat al-Hakim (1/562), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/418, no. 662). Hadis ini Shahih)
[42] Hadis Riwayat Abu Daud (no. 5082), an-Nasa’i (8/250), dan at-Tirmidzi (no. 3575), Ahmad (5/312), Shahih at-Tirmidzi (no. 2829), Tuhfatul Ahwadzi (no. 3646), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/411, no. 649). Hadis ini Hasan shahih.
[43] Ibid.
[44] “Sesiapa yang membaca tiga surah tersebut di setiap waktu pagi dan petang hari, maka (tiga surah tersebut) cukup baginya dari segala sesuatu.” Iaitu ia membantu mencegah dari pelbagai gangguan kejahatan. At-Tirmidzi berkata: “Hadis ini Hasan shahih”. Hadis Riwayat Abu Daud (no. 5082), an-Nasa’i (8/250), dan at-Tirmidzi (no. 3575), Ahmad (5/312), dari ‘Abdullah bin Khubaib. Shahih at-Tirmidzi (no. 2829), Tuhfatul Ahwadzi (no. 3646), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/411, no. 649). Hadis ini Hasan shahih.
[45] Hadis Riwayat Muslim (no. 2723), Abu Daud (no. 5071), dan at-Tirmidzi (no. 3390), dari ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu. Hadis ini Shahih.
[46] Hadis Riwayat al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad (no. 1199), lafaz ini adalah lafaz al-Bukhari, at-Tirmidzi (no. 3391), Abu Daud (no. 5068), Ahmad (2/354), Ibnu Majah (no. 3868), dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih al-Adabil Mufrad (no. 911) dan Silsilah al-ahadis ash-Shahihah (no. 262). Hadis ini Shahih.
[47] “Sesiapa yang membacanya dengan yakin di waktu pagi lalu dia meninggal sebelum masuk waktu petang, maka dia tergolong sebagai ahli Syurga. Dan sesiapa yang membacanya dengan yakin di waktu petang lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia tergolong sebagai ahli Syurga.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 6306, 6323), Ahmad (4/122, 125), dan an-Nasa’I (8/279-280) dari Syaddad bin Aus radhiyallahu ‘anhu).
[48] Hadis Riwayat al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad (no. 701), Abu Daud (no. 5090), dan Ahmad (5/42). Hadis ini Hasan. Lihat Shahih Adabil Mufrad (no. 539) dari Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu.
[49] Hadis Riwayat al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad (no. 1200), Abu Daud (no. 5074), Ibnu Majah (no. 3871), dan al-Hakim (1/517-518), dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma. Lihat Shahih al-Adabil Mufrad (no. 912). Hadis ini Shahih.
[50] Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda kepada Abu Bakar ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu: “Ucapkanlah di waktu pagi dan petang hari serta ketika engkau hendak masuk tidur.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad (no. 1202, 1203), Ahmad (2/297). At-Tirmidzi (no. 3392), dan Abu Daud (no. 5067). Lihat Shahih at-tirmidzi (no. 2798), Shahih al-Adabil Mufrad (no. 913, 914), Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah (no. 2753). Hadis ini Shahih.
[51] “Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali di waktu pagi dan petang hari, maka tiada sesuatu pun yang akan membahayakan dirinya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (no. 3388), Abu Daud (no. 5088), Ahmad (no. 446 dan 474), tahqiq syaikh Ahmad Syakir, dan Ibnu Majah (no. 3869). Dari Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih Ibni Majah (no. 3120), al-Hakim (1/514), Shahih al-Adabil Mufrad (no. 513), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/413, no. 655). Sanadnya Shahih.
[52] Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali di waktu pagi dan petang hari, maka Allah meredhainya di hari Kiamat.” (Hadis Riwayat Ahmad (4/337), Anu Daud (no. 5072), at-Tirmidzi (no. 3389), Ibnu Majah (no. 3870), an-Nasa’i dalam ‘Amalul Yaum wal-Lailah (no. 4) dan Ibnus Sunni (no. 68), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/415, no. 657). Disahihkan oleh imam al-Hakim dalam Mustadrak (1/518) dan dipersetuji oleh imam adz-Dzahabi dengan darjat Hasan. Lihat juga Shahih al-Wabilish (2/372). Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah (no. 2686).
[53] Hadis Riwayat an-Nasa’i dalam ‘Amalul Yaum wal-Lailah (no. 575), al-Bazzar dalam Musnadnya (no. 3107) dan al-Hakim (1/545) dan Ibnus Sunni dalam ‘Amalul Yaum wal-Lailah (no. 48), dari anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih at-Targhib wat Tarhib (1/417, no. 661) dan Silsilah ash-Shahihah (no. 227). Hadis ini Hasan.
[54] Hadis Riwayat Ahmad (3/406, 407), ad-Darimi (2/292) dan Ibnus Sunni dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah (no. 34), dari ‘Abdurrahman bin Abi Abza radhiyallahu ‘anhu. Lihat Misykatul Mashabih (no. 2415) dan Shahih al-Jami’ish Shaghir (no. 4674). Hadis ini Shahih.
[55] Hadis Riwayat an-Nasa’i dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah (no. 24), ahmad (5/420), dari Abu Ayyub al-Anshari radhiyallahu ‘anhu. Lihat Silsilah al-ahadis ash-shahihah (no. 113 dan 114) dan Shahih at-Targhib wat Tarhib (1/416, no. 660). Hadis ini Shahih.
[56] Hadis Riwayat Abu Daud (no. 5077), Ibnu Majah (no. 3867) dari Abu ‘Ayyasy Zaid bin Shamit radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih Jami’ish Shaghir, no. 6418), Misykatul Masyabih (no. 2395) dan Shahih at-Targhib (1/414, no. 656). Shahih.
[57] Hadis Riwayat Ahmad (2/290), an-Nasa’I dalam ‘amalul Yaum wal Lailah (no. 596) dan ath-Thahawi dalam Syarh Musykilil Atsar (no. 20), Shahih at-Targhib wat Tarhib (1/412, no. 652), shahih al-Jami’ish Shaghir (no. 6427).
[58] Hadis Riwayat Muslim (no. 591 (135)), Ahmad (5/275, 279), Abu Daud (no. 1513), an-Nasa’i (3/68-69), Ibnu Khuzaimah (no. 737), ad-Darimi (1/311) dan Ibnu Majah (no. 928) dari Sahabat Tsauban radhiyallahu ‘anhu.
[59] Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 844) dan Mulism (no. 593), Abu Daud (no. 1505), Ahmad (4/245, 247, 250, 254, 255), Ibnu Khuzaimah (no. 742), ad-Darimi (1/311), dan an-Nasa’i (3/70, 71), dari al-Mughirah bin syu’bah radhiyallahu ‘anhu.
[60] Hadis Riwayat Muslim (no. 594), Ahmad (4/4, 5), Abu Daud (no. 1506, 1507), an-Nasa’i (3/70), Ibnu Khuzaimah (no. 740, 741). Dari ‘Abdullah bin az-Zubair radhiyallahu ‘anhuma.
[61] Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Sesiapa setelah solat Maghrib dan Subuh membaca: (10x)
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
Allah akan menulis setiap sekali dengan 10 kebaikan, dihapus 10 keburukan, diangkat 10 darjat, dan Allah melindunginya dari setiap keburukan, dan Allah melindunginya dari gangguan Syaitan yang terkutuk.” (Hadis Riwayat Ahmad (4/227, 5/420) dan at-Timirdzi (no. 3474)) dari Abu Dzarr radhiyallahu ‘anhu. At-Tirmidzi berkata: “Hadis ini hasan gharib Shahih”. (Lihat Shahih at-Targhib wat Tarhib (1/322-323, no. 474, 475, dan 477), Zaadul Ma’ad (1/300-301), dan Silsilah al-ahadis ash-Shahihah (no. 113, 114, dan 2563)).
[62] Hadis Riwayat Abu Daud (no. 1522), an-Nasa’i (3/53), Ahmad (5/245) dan al-Hakim (1/273 dan 3/273) dan disahihkannya, juga disepakati oleh adz-Dzahabi, yang mana kedudukan hadis ini seperti yang disebutkan oleh keduanya, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam pernah memberikan wasiat kepada Mu’adz supaya dia mengucapkannya di setiap akhir solat.
[63] “Sesiapa yang membaca kalimah tersebut setiap kali selesai solat, kesalahan-kesalahannya akan dimaafkan walaupun ianya seperti banyaknya buih di lautan.” (Hadis Riwayat Muslim (no. 597), Ahmad (2/371, 483), Ibnu Khuzaimah (no. 750), dan al-Baihaqi (2/187)) Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu.
[64] Hadis Riwayat Abu Daud (no. 1523), an-Nasa’i (3/68), Ibnu Khuzaimah (no. 755) dan al-Hakim (1/253). Lihat pula Shahih at-Tirmidzi (3/8, no. 2324) dari Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu. Ketiga surah tersebut dinamakan al-Mu’awwidzat, lihat juga Fathul Bari (9/62).
[65] “Sesiapa yang membacanya di setiap kali selepas solat, tidak ada yang menghalangnya masuk Syurga selain kematian.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i dalam ‘Amalul Yaum wal0Lailah (no. 100) dan Ibnus Sunni (no. 124) dari Abu Usamah radhiyallahu ‘anhu. Dinyatakan Shahih oleh syaikh al-Albani dalam Shahihul Jami’ dan Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah (no. 972))
[66] Hadis Riwayat Ibnu Majah (no. 925), Shahih Ibnu Majah (1/152, no. 753), dan Ibnus Sunni dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah (no. 54, 110), dan ahli hadis yang lain dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anhuma. Lihat kitab Majma’uz Zawaa’id (10/111). Hadis ini Shahih.
[67] Lihat Silsilah al-Ahadis adh-Dhaifah wal Maudhu’at (no. 660) oleh syaikh al-Albani.
[68] Al-I’tisham, imam asy-Syatibi (m/s. 455-456), tahqiq syaikh Salim al-Hilali, Fatawa al-Lajnah ad-Da’imah (7/104-105), Fatawa syaikh bin Baaz (11/188-189), as-Sunan wal Mubtada’aat (m/s. 70). “Perbuatan ini adalah bid’ah.” (al-Qaulul Mubin fi Akhtha’il Musollin (m/s. 304-305)).
[69] Lihat Silsilah al-Ahadis adh-Dhaifah wal Maudhu’at (no. 83 dan 1002)
[70] Silsilah al-Ahadis adh-Dhaifah (1/185).
[71] As-Subhah Tarikhuha wa Hukmuha (m/s. 101), cet. 1, Darul ‘Ashimah 1419H – syaikh Bakr bin ‘Abdillah Abu Zaid.
[72] Hadis Riwayat Abu Daud (no. 1502) dan at-Tirmidzi (no. 3486), Shahih at-Tirmidzi (3/146, no. 2714), Shahih Abi Daud (1/280, no. 1330), al-Hakim (1/547), dan al-Baihaqi (2/253). Hadis ini Shahih.
[73] Hadis Riwayat Abu Daud (no. 1501), at-Tirmidzi (no. 3486), dan al-Hakim (1/547). Dihasankan oleh imam an-Nawawi dan Ibnu Hajar al-‘Asqalani.
[74] Lihat kitab Fathul Bari (2/326) dan al-Qaulul Mubin (m/s. 305)
[75] Lihat Zaadul Ma’ad (1/257) tahqiq syaikh Syu’aib al-Arnauth. Majmu’ al-Fatawa, syaikh bin Baaz (11/167-168).
[76] Al-Qaulul Mubin fi Akhtha’il Musollin (m/s. 293-294) – syaikh Masyhur Hasan Salman.