News » Sports: Rumour Jersi Baru Kelantan FA Musim 2012
Author: Tok Dalik | 13-11-2011, 13:49 | Views: 762
The Red Warriors sememangnya tidak asing dengan jersi baru apabila setiap kali musim baru bakal bermula. Begitulah juga bagi menghadapi musim depan yang penuh dengan liku cabaran yang bukan sahaja secara domestik malah The Red Warriors bakal beraksi buat julung kalinya di pentas antarabangsa iaitu dalam saingan Piala AFC.
Sebuah institusi pengajian tinggi swasta terkemuka di Malaysia bercadang memberi tajaan berjumlah Rm200 ribu kepada pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors. Kertas cadangan penajaan akan diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan jika tiada aral, logo IPTS tersebut akan tertera pada jersi Kelantan pada musim depan. Menurut sumber, jika segalanya berjalan lancar maka pasukan Kelantan bakal mencipta sejarah baru dalam arena bola sepak tempatan kerana sebuah institusi pengajian tinggi berminat untuk menaja pasukan bola sepak. IPTS tersebut merupakan sebuah institusi terbaik di negara kita dan dengan penajaan kepada pasukan Sang Kijang diharap membuka ruang kepada promosi lebih berkesan kepada seluruh anak muda di seluruh Malaysia. -RedsfcNews
Dear visitor, you went to the site as unregistered user. We encourage you to register or enter the site under your name.