Saya yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.
Ini video kejadian di Youtube:
Ianya berkaitan "culture & what they have practice in China."
Sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van tapi malangnya tiada seorang pun yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang disitu buat tak tahu atau orang kata buat derk je...
Video tu memang tersebar dengan cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia. Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...
Sekarang nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada sesiapa yang nak pergi ke China... Kalau you all jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun you all nampak seorang tua yang tiba-tiba diserang sakit jantung, SILA JANGAN TOLONG KECUALI KALAU KORANG MEMPUNYAI WANG YANG BANYAK..
Ya, benar-benar, JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa?
Sebabnya bila you all tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab you all. Contohnya, you all nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka kamu yang kena tanggung semua kos perubatan dia sebab kamu yang tolong dia...
Ataupun kamu akan disaman oleh anak makcik tu sebab kamu lah penyebab mak dia jatuh... Inilah faktanya di China. Nilai moral sudah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya... Serius cakap ni.
Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde orang lain nak tolong maka askar ni pun naklah bantu tapi anak orang tua ni nampak dia pegang mak dia so dia tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu..
Akibatnya dia kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan je budak tu sebab kalau tolong dan jadi apa-apa yang lebih teruk pada budak tu, diorang yang kena tanggung. Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal dia langgar budak perempuan tu?
Mula2kan dia dah terlanggar budak tu dan dia berhenti kejap sebab perasan dia sudah langgar budak. Masa tu budak tu berada di tengah2 antara tayar depan dan belakang. Dia terfikir kalau budak sudah mati, dia cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 saja tapi kalau budak tu hidup dia kena tanggung akibatnya seumur hidup so dia teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati.
Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..
Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni...
JANGAN TOLONG kecuali family hangpa sendiri...Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku...Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...
Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.
psst : Yang paling terbaik. ikutlah undang2 apa yang dirusuh Allah. apa yg digunapakai oleh Nabi kita. Allah beri petunjuk. bagaimana undang2 nya di buang dan ditolak. selagi undang2 islam ditolak selagi itu sikap pertimbangan manusia terus menjadi sikap yang bodoh.
Nota:
Entah ye ntah tidak, Wallahualam..
Dear visitor, you went to the site as unregistered user. We encourage you to register or enter the site under your name.