Selepas penyokong Perak cuba bermain api dengan maruah rakyat Kelantan, kini peminat Negeri Sembilan pula cuba melakukan tindakan provokasi keterlaluan. Kelihatan beberapa bukti ketidakprofesionalan penyokong tuan rumah ketika menyaksikan perlawanan Liga Super Negeri Sembilan melawan Kelantan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, semalam.
Provokasi peminat Negeri Sembilan keatas penyokong pelawat dilihat keterlaluan selepas terdapat segelintir dari mereka telah membakar bendera negeri Kelantan. Tindakan ini bukan sahaja mencalar imej malah jelas cuba membakar api kemarahan penyokong Sang Kijang kerana ia menginjak maruah Kelantan selaku negeri berdaulat dibawah naungan Sultan Muhamad V.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengambil tindakan tegas termasuk memberi hukuman berat keatas perlakuan tidak sopan penyokong Negeri Sembilan. Selain FAM, pihak berkuasa Malaysia juga patut mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang cuba melakukan perkara seperti ini.
Kita tidak mahu, budaya membakar bendera menjadi ikutan kepada setiap penyokong di dalam Liga Malaysia. Tiada guna mengarak masuk bendera 'Fair Play' pada permulaan perlawanan jika tiada semangat kesukanan ditunjukkan oleh semua pihak termasuklah pihak penyokong di Stadium.
Dear visitor, you went to the site as unregistered user. We encourage you to register or enter the site under your name.