Selasa, 5 April 2011 SHAH ALAM, (D5) - Dua gol dalam 10 minit terakhir memastikan Selangor memungut tiga mata penuh apabila menewaskan Harimau Muda A 2-1 di Stadium Shah Alam.
Jaringan Asraruddin Putra Omar (min-81) dan Amirulhadi Zainal pada minit ke-85 membolehkan Selangor menang tipis meskipun ketinggalan satu gol di babak pertama.
Mohd Fandi Othman meletakkan Harimau Muda A di hadapan pada minit keenam selepas menolak masuk bola muntah hasil percubaan rakannya, Wan Zack Haikal yang gagal ditampan kemas penjaga gol Selangor, Iqbal Suhami.
Selangor cuba mencari gol penyamaan pada separuh masa pertama melalui beberapa percubaan bahaya tetapi gagal.
Pada minit ke-10, situasi satu lawan satu dengan penjaga gol Harimau Muda A, Muhd Zamir Selamat gagal disempurnakan Amirulhadi untuk menghasilkan gol penyamaan.
Percubaan sepakan akrobatik dari Mohd Amri Yahyah pula menyusul tetapi tersasar jauh melepasi paling gol. Anak-anak buah Ong Kim Swee perlu diberi pujian kerana berjaya mengekang serang pasukan Selangor pada separuh masa pertama.
Sebaik sepak mula separuh masa kedua, pasukan bimbingan K. Devan kelihatan lebih bertenaga dalam misi mencari gol kemenangan. Percubaan demi percubaan dilakukan menguji benteng keras Harimau Muda A.
Segalanya terhasil apabila pemain gantian, Asraruddin Putra Omar menyamakan kedudukan hasil tandukkan dari sepakan sudut yang diambil oleh Mohd Syafiq Rahim.
Gol kemenangan Selangor pula hadir lima minit selepas itu hasil hantaran Mohd Fitri Shazwan yang berjaya disambar Amirulhadi untuk memberi Selangor tiga mata penuh.
Keputusan penuh perlawanan 5/4/2011
Dear visitor, you went to the site as unregistered user. We encourage you to register or enter the site under your name.