KUALA LUMPUR 26 FEB : Bank Negara Malaysia akan menaikkan premium insurans kenderaan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun depan.
Penolong Gabenornya, Abu Hassan Alshari, berkata ia antara langkah yang akan dilaksanakan menerusi cadangan Rangka Kerja Baru Perlindungan Pemotoran dengan matlamat memudahkan pengguna kenderaan mendapatkan perlindungan serta meningkatkan kecekapan proses tuntutan insurans.
"Kadar kenaikan premium itu masih belum dimuktamadkan, bagaimanapun ia tidak akan membebankan pengguna selepas mengambil kira maklum balas dan input pelbagai pemegang kepentingan," katanya semalam.
Hadir sama Pengarah Jabatan Kewangan Sektor Kewangannya, Abdul Rasheed Ghafur.
Abu Hassan berkata, sebagai contoh, bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.
Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif.
Abu Hassan berkata, pihaknya sudah pun mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pemegang kepentingan serta pandangan majlis ekonomi mengenai perkara berkenaan.
Dear visitor, you went to the site as unregistered user. We encourage you to register or enter the site under your name.
JADAH DIA.... ABIS APE CITER YG TAK PNH CLAIM INSURAN.... ADE KE ORG NAK EKSIDEN/KECURIAN... PENJAGAAN TU PENGGUNA PUNYA CARA.......... KALAU XDE CLAIM PATUT DPT LA SOMETHING.. BKN SETAKAT NCD JER... NI PAYUNG PUN DH XDE BG LG SKG NI....
JADAHHHHH....
BRAPE JUTA KENDERAAN ATAS JLN RAYA NI? FIKIR LAH SDR...........
hahahahahhahaha...mmg rakyat ler kene dlu..org atas goyang kaki...xpenah rase ssh....haram jadah nyer kerajaan skrg....yg dia tau penuh poket dia jerrr